Followers

Selasa, 14 September 2010

Ikut selera.

Raya keempat semalam.. Tiada aktiviti. Hanya beraya ke rumah  kakak saudara di sebelah rumah.  Yang selebihnya duduk di rumah saja, ke dapur...., makan.. ke depan pun..... makan. Melayan tetamu yang datang pun makan juga.  Alamatlah selepas raya ni tambah lagi beribu-ribu kalori.

Setelah tiga hari asyik mengadap makanan yang tinggi kolestrol dan lemak, semalam hanya makan sayur tumis air. Sejak hari raya ke dua mata mengantuk sangat dan badan rasa malas yang teramat sangat.  Tidur pun rasa tidak cukup dan masih mengantuk walaupun kalau diikutkan rasanya memang sudah terlebih tidur.

Menu raya yang berat mungkin antara faktor menyebabkan badan rasa tidak sedap, rasa lesu dan letih (basau kata orang tua2).  Menu raya pertama terutamanya, antara yang ibuintan makan ialah lemang, nasi impit, kuah kacang, rendang ayam, rendang daging, rendang itik, sup tulang dan juga mee kari.  Makan di rumah sendiri ataupun di rumah yang dikunjungi semasa berhari raya. Raya pertama dan kedua hampir semua rumah yang dikunjungi menghidangkan menu berat ini.

Itu belum lagi biskut yang kebanyakkannya menggunakan majerin atau mentega. Walaupun bukan penggemar biskut tapi bila berada di rumah yang diziarahi, melihat biskut yang beraneka rupa dan nama baru didengari teringin juga untuk mencuba, biasanya akan mencuba makan biskut yang baru ditemui. Antara biskut baru yang di temui kali ini ialah biskut lintah, biskut nur qasih, biskut madu mak dan beberapa nama lain.
 
Begitu juga dengan air minuman. Hampir semua rumah yang dikunjungi juga menghidangkan air minuman yang berperisa dan manis. Tidak kurang juga air bikarbonat. Pendek kata hampir semua makanan dan minuman yang masuk ke perut sepanjang hari raya adalah makanan yang kurang sihat dan bakal penyumbang pelbagai jenis penyakit.  Tiada menu yang mengikuti hukum piramid makanan. Makanan seimbang. Semua menu mengikut hukum selera sendiri.
 
                      Tu sebab semalam beli banyak sayur saja.
Itu nasib baik juga ibuintan bukan penggemar kek, masih dapat kawal dari mencuba makan kek yang berbagai jenis dan lapis.

Bercadang hendak memulakan puasa ganti/sunat mulai semalam tetapi Intan pula minta tangguh sehingga minggu depan. Terpaksa tangguh dulu sebab nanti dia keseorangan  pula  berpuasa.

15 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...[Reply]

Petang semalam kakcik masak kembung asam pedas. Sendiri masak, sendiri tak larat makan sebab pedas! tapi, suami kata sedap.. ok la kan? hehehe....

ibuintan berkata...[Reply]

okeylah tu kakcik,
sendiri tak makan takpe janji suami dan anak-anak makan...

saya tahan pedas tapi suami lak tak berapa tahan sebab perutnya sensitif sikit

Mun berkata...[Reply]

kalo p beraya.. konpem non stop mengunyah..hehehe.. nak plak klu dapat kacang2.. tapi..p semua umah beraya.. semuanyer air gas.. huhu.. hmm..bertambah naik laa berat badan nie time raya..huhu

Guru berkata...[Reply]

memang beraya kalori sekarang ni kan....

ibuintan berkata...[Reply]

cik moon,
kompem.. saya peminat tegar kerepek2 lak, mau habis satu balang sekali hadap...

tak berani naik atas timbang ...takut timbang pun dah takleh baca...hehehe

ibuintan berkata...[Reply]

ckgu normah,
sah raya kalori, bertimbun-timbun...skarang minum air perahan limau kasturi je, takde gula..

nosembilanbelas berkata...[Reply]

hehehhhe. memang menu dah dua hari sayurrr aje. kena cari fiber...haru biru nanti

kak erna berkata...[Reply]

ibuintan..akak tak pi beraya pun..kat opis pun masih mengunyah jugak..bawak dari rumah..sensorang tu..

kak wan berkata...[Reply]

Tula...susah nah nak kontrol makan kan..sebulan puasa turun 3 kilo raya 3 hari naik 5 kilo...

al-lavendari berkata...[Reply]

salam.

hati-hati dalam pemakanan, nanti jadi macam saya. puas cari sungai. hehe

ibuintan berkata...[Reply]

no 19,
memang berat, akak pun dua hari ni banyak makan sayur dan buah...

tak boleh ikut selera sangat...

ibuintan berkata...[Reply]

kak erna,
sensorang mengunyah esok2 dah ramai masuk kerja lagilah banyak mengunyah tu, kan..

sendiri bawak sendiri makan la tu..

ibuintan berkata...[Reply]

hahaha kak wan, biasa la tu, makan semua berat ngan kalori..

turunnya merangkak naiknya bedesup-desup... memang payah la nak kontrol

ibuintan berkata...[Reply]

salam kembali tuan aji,
sungai depan mata ye... dah tak lalu dah berlari ke sungai, orang dah tak buat lagi...

harap tuan aji dah okey..

sud@is berkata...[Reply]

salam ibuintan betul sangat tuu....makan ikut nafsu dah jadinya....selamat hari raya ke6