Followers

Rabu, 1 September 2010

Hati berbunga kembali


Terima kasih, terima kasih, terima kasih....ucapan dengan hati yang berbunga riang sejak petang tadi. Abahintan  telah membeli sebuah LCD Monitor untuk digandingkan dengan laptop ibuntan yang telah rosak skrinnya.  Berjaya juga aktiviti melobi sepanjang seminggu ini

Skrin laptop memerlukan badget yang tinggi untuk diperbaiki, kurang beberapa ratus saja dari harga sebuah laptop yang baru,  jadi abahintan menerima cadangan  untuk membeli monitor yang boleh disambungkan ke laptop. Maknanya laptop ibuintan dah berkahwin campur dengan monitor pc.  Tak dapatlah nak diusung laptop ke mana-mana lagi.  Hanya kekal di atas meja, kalau bawa laptop kena bawa LCD monitor tu sekali.
Tak kisah tak dapat bawa  laptop ke mana-mana janji dah boleh guna semula,

 Inilah keadaannya bila laptop digandingkan dengan LCD monitor, rasa janggal juga pada mulanya bila menaip dan menengok skrin di sebelah lain, skrin laptop pula hanya menunjukkan jalur-jalur garisan.  Set laptop dan monitor ini diletakkan di dalam bilik Intan.

Yang surprisenya juga selain Lcd monitor, abahintan juga membeli set komputer.  'Ini khas untuk ibu dan abah saja' kata abahintan.  Jadi set komputer ini diletakkan di dalam bilik kami.  Rasanya tiada masalah lagi untuk membuat kerja-kerja berkaitan tugas selepas ini, untuk urusan blog juga...

Seminggu tidak menjengah blog , malah blog sahabat blogger yang lain juga, terbit rasa kehilangan sesuatu....untuk mengisi masa yang biasa digunakan untuk berintenet, ibuintan gantikan  dengan menjahit baju-baju yang masih belum siap,  hikmahnya semua kerja jahitan berjalan lancar, rasanya hujung minggu ini semua baju kurung tempahan rakan dijangka siap sepenuhnya.

Minggu akhir ramadhan nanti adalah kerja menyiapkan baju tukang jahit sendiri.....baju raya sendiri belum berusik lagi....sabar.... sabar

12 ulasan:

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

wah-wah-wah....


raya dengan pc baru..

erk...kenapa khas utk ibu & abah aje kak ? hehe.

p/s: tak keruan rasanya bila tak singgah blog kawan2 kan kak...

kasihibu berkata...[Reply]

salam kak
apa yg penting dah boleh gunakan?
kalau tak windu winduan... ;p

salam ramadhan dan selamat menyambut lebaran
maaf zahir batin ye.. ;p

Kakcik Seroja berkata...[Reply]

hahaha.. jangan leka ngadap pasanga kahwin campur tu sampai lupa jahit baju tau.. :)

ibuintan berkata...[Reply]

salam reen....
memang epi sakan dapat pc baru, sah raya ni makin epi..
takde la reen ...saja abahintan cakap camtu, semua boleh guna.....

memang serba tak kena rasanya, rasa teringat2 saja, nak guna komputer di sek tak sedap hati lak,..sebab guna utk hal peribadi

ibuintan berkata...[Reply]

sya...
sah windu winduan.. selamat hari raya juga, maaf dzahir dan batin

kak wan berkata...[Reply]

Wah dari 1 dah jadi 2.....bagus idea tu..
Semua tempahan berjalan lancar ...masyuk sesajelah minggu seterusnya...

ibuintan berkata...[Reply]

kakcik,
sah tak lupa sebab baju sendiri dan baju intan saja yg belum gunting dan jahit lagi...kalau lupa sah dua beranak ni muncung memanjang pagi raya nanti..
nak muncung kat sapa lak kan?? salah sendiri..

ibuintan berkata...[Reply]

kak wan,
tu lah tak sangka abahintan beli sekali komputer, sebab tak mau ibu berebut ngan anak2 guna laptop tu...

sahromnasrudin berkata...[Reply]

salam..anak ibu tak dpt ke pakej komputer 1 Malaysia tue?????

nosembilanbelas berkata...[Reply]

wahhh. sekerin raya

ibuintan berkata...[Reply]

shahrom,
dah mohon tapi tak dapat, tak layak katanya

ibuintan berkata...[Reply]

ane,
yes sekerin raya gitu, dah boleh raya dgn gembira nanti