Followers

Ahad, 19 September 2010

Entri tertunggak

Kesibukkan sejak hari Khamis membataskan mengupdate dan menziarah blog sahabat yang lain.  Hari Khamis bersempena cuti 1Malaysia, ibuintan sibuk sepanjang hari. Setelah dimaklumkan bahawa beberapa keluarga adik dan kakak ipar akan datang beraya ke rumah,   ibuintan minta mereka datang untuk makan tengahari. maka sejak pagi lagi ibuintan telah pergi ke pasar membeli barang keperluan masakan.  Ibuintan masak lauk kampung dan nasi putih saja, menu yang lari dari menu kebiasaan  hari raya. 

Sebaik balik dari pasar, bermulalah aktiviti di dapur dengan dibantu oleh Intan. Menjelang tetamu sampai pada pukul 12 , semua makanan telah siap terhidang.  Hanya 5 keluarga ipar yang tiba dulu sementara keluarga kakak ipar dari Seremban tiba pada pukul 3 petang.  Kakak ipar sampai lewat sebab rumah mereka dikunjungi tetamu yang datang beraya.

Hanya keluarga adik ipar (usu) tidak dapat hadir kerana mereka membuat rumah terbuka. Begitu juga mak dan abah mertua yang tidak dapat datang kerana abah mertua kurang sihat.

Adik dan kakak ipar bergerak dari rumah ibuintan ke rumah Usu pada pukul 4 petang, keluarga ibuintan juga menyertai konvoi ke rumah Usu.  Kami berada di rumah Usu sehingga pukul 6 petang.  Sebaik sampai dari rumah Usu terus menerjah dapur semula, mengemas dan membasuh pinggan mangkuk serta periuk kuali, yang memenuhi singki.  Rumah ibuintan ketiadaan air sejak pukul 11 pagi lagi kerana kerja pemasangan dan membaikpulih paip air yang bocor di tepi jalan.

Air dalam tangki hanya digunakan untuk mandi dan mengambil wuduk saja.  Menjelang Maghrib kerja mengemas selesai.  Disebabkan kekenyangan, makan mee soto di rumah Usu, kami sekeluarga tidak mengambil makan malam. Jadi dapatlah berehat awal, tidak perlu memasak.

Semasa sedang menonton berita perdana, kami menerima pula kunjungan keluarga rakan sekampung yang telah menetap di KL.  Mereka singgah semasa dalam perjalanan untuk balik ke KL, mereka hanya dijamu dengan kuih raya sahaja. Mereka tidak membenarkan ibuintan memasak makanan berat sebab alasan mereka baru makan malam sebelum keluar dari rumah emak mereka.  Kami berbual sehingga mereka meminta diri sekitar pukul 10 setengah malam.


Kepenatan sejak pagi menyebabkan selepas solat isya' terus masuk tidur. Keesokkan paginya Jumaat bersekolah semula.

Free Image Hosting at www.picturetrail.comFree Image Hosting at www.picturetrail.comFree Image Hosting at www.picturetrail.comFree Image Hosting at www.picturetrail.com
Free Image Hosting at www.picturetrail.comFree Image Hosting at www.picturetrail.comFree Image Hosting at www.picturetrail.comFree Image Hosting at www.picturetrail.com

Free Image Hosting at www.picturetrail.comFree Image Hosting at www.picturetrail.comFree Image Hosting at www.picturetrail.comFree Image Hosting at www.picturetrail.com
Antara gambar yang sempat disnap oleh Azim.

10 ulasan:

Unknown berkata...[Reply]

SALAM IBUINTAN,
LETIH PUN TAK APA, ASALKAN HATI PUAS MENZIARAHI SAUDARA MARA DAN DAPAT PULA MELAYAN TETAMU YANG DATANG KE RUMAH KITA. KALAU DEKAT, MAHU JUGAK LF DATANG !

ibuintan berkata...[Reply]

memang puashati walaupun letih..
Dato, taklah jauh sangat ikut LEKAS kan lekas sampai,...

hentian berkata...[Reply]

kembali sibuk dengan kehidupan biasa...

Yunus Badawi berkata...[Reply]

Salam ibuintan dan selamat hari raya.

Senang kalau ramai yg nak datang suruh mereka dtg hari yg sama. Kita nak masakpun tak perlu banyak kali. Tapi mmg penuhlah rumah bila semua dtg pada waktu yg sama. Yg penting semua org seronok.

ibuintan berkata...[Reply]

iye IM kembali sibuk dengan kehidupan dan rutin biasa..

ibuintan berkata...[Reply]

YB,
jimat masa dan tenaga sikit bila mereka dapat datang sekali berkumpulan..
namun hilang penat dan letih sekiranya mereka seronok

Acik Erna berkata...[Reply]

salam ibuintan..akak pun..hari khamis cuti tu..masak2 ada tetamu datang..
semalam hari sabtu..juga sama..akak pun tak pi beraya lagi..mula2 ni layan tetamu..nanti kita pulak berayakan..

sahromnasrudin berkata...[Reply]

salam ibu..kat kuala pilah mesti seronok suasana raya kan..bukit putus pun dah berwajah baru

ibuintan berkata...[Reply]

kak erna,
sambut tetamu lah dulu ye, esok2 kitalak jadi tetamu kan...

ibuintan berkata...[Reply]

salam kembali shahrom,
bukit putus memang dah berwajah baru, tapi pilah makin teruk lak jamnya...