Sejak semalam mula semula aktiviti menunaikan undangan majlis kahwin. Selain menerima undangan ke rumah terbuka, undangan majlis perkahwinan juga telah banyak di terima. Mulai semalam dan berterusan hampir setiap minggu, telah berbaris undangan untuk dihadiri.
Semalam hanya sempat menghadiri kenduri kahwin saudara sebelah abah mertua di Terachi. Majlis perkahwinan anak perempuan yang sulung. Dua lagi undangan untuk majlis rumah terbuka rakan setugas dan penjaga murid di sebelah petang, tidak dapat dipenuhi.
Balik dari majlis perkahwinan selepas solat zuhur terus ke rumah mak mertua. Hari ini memenuhi pula undangan kenduri kahwin saudara sebelah emak mertua pula. Rumahnya selang beberapa buah saja dari rumah emak mertua, perkahwinan anak lelaki sulung.
Selepas zuhur, adik ipar dan suaminya mengajak menemankannya ke Felda Kepis. Adik ipar dan biras berhajat menemui 'sahabat' yang pernah menolong mengubati adik ipar yang pernah 'dianiaya' sebelum ini. Adik ipar telah mengalami batuk yang teruk dan demam yang berterusan.
Telah beberapa kali ke hospital membuat pemeriksaan, di uji darah, kahak, air liur dan air kencing, namun hasil ujian tidak menunjukkan sebarang penyakit bahaya. Ke klinik dan hospital swasta juga telah dikunjungi. Namun hasilnya tetap sama, kata doktor hanya demam dan batuk biasa, tetapi keadaan adik ipar makin teruk, batuk makin kerap sehingga menjadikan adik ipar sakit dada dan sesak nafas. Fizikal badan juga makin kurus.
Akhirnya adik ipar mencuba pengubatan secara altenatif. Adik ipar telah diperkenalkan dengan seseorang (sahabat) beliau tidak mahu dipanggil sebagai dukun ataupun bomoh', adik ipar telah melalui proses pengubatan yang kelihatannya tidak bercanggah dengan akidah, bukanlah teknik syirik, 'sahabat' itu mengutamakan konsep taqarrub(berpegang & yakin) pada Allah dan Alhamdulillah adik ipar telah sembuh sepenuhnya.
Hajat adik ipar dan suaminya petang tadi lebih kepada untuk bertanya khabar dan menziarah 'sahabat' yang pernah membantunya selama dalam kesusahan dan dalam angkara hasad dengki sesama rakan niaga.
Kami berada di rumah 'sahabat' sehingga pukul lima setengah petang kerana semasa kami sampai dirumahnya sahabat itu sedang berusaha menolong satu keluarga yang datang dari Batu Pahat, anak gadis keluarga tersebut sakit kerana perbuatan dengki sesama manusia sendiri. Namun dari cerita yang didengari daripada mulut ibu gadis itu, anak gadisnya telah hampir sembuh sepenuhnya setelah menanggung derita hampir empat tahun. Mereka telah kerap kali berulang dari Batu Pahat semata-mata berikhtiar mengubati anak gadisnya itu.
Syukur, semoga dengan keizinan Allah anak gadis itu akan sembuh sepenuhnya. Sebak mengenangkan dalam mengejar kesenangan dan kemewahan dunia, ada manusia yang sanggup menganiaya saudara seagama dan sebangsa sendiri.
17 ulasan:
memang betul tu, kata si emaknya, anak gadisnya disihirkan kerana pihak yang satu lagi tidak berpuas hati atas satu sebab...
Kakwan pernah di tanya orang tentang mencari orang yang boleh menengok pasal sakit yang tak nampak ni..
Nanti kalau perlu boleh ke agaknya kakwan bertanyakan ibuintan kat mana tempat 'sahabat' itu.
Salam ibuintan...
Ishk ... moga orang yang berbuat khianat segera bertaubat. Ini lah jadinya bila tiada rasa takut pada Allah...
Moga Allah kurniakan kesabaran yang tinggi pad si gadis seisi keluarga...
manusia ni mmg la...napa la nk wat org mcm tu... geram betol...
HOpe dia cepat sembuh~~
Itulah org kita ni. Tak boleh tengok org lain senang sikit. Sanggup buat perkara yg menyusahkan org lain. Entah apa faedahnyapun saya tak tahu.
Banyak awak dapat jemputan kahwin. Nasib baik dekat2 situ aje.
susah juga kalau kena penyakit macam itu .. kalau bekerja, tak dapat m.c. nak bercuti mungkin tak cukup cuti. hendak repot polis, susah untuk di buktikan.
mereka yang tergamak buat kerja macam itu, tunggu sahajalah balasannya nanti.
felda kepis..?
kaklong byk kenalan kat situ?
blh tau sapa nama bomoh tu?
dia orang jawa kan?
salam ibuintan,penyakit yang tak dapat diubati olih doktor ni..memang ada..
banayk jemputan ibu intan..akak hari sabtu depan..3..tak tau lah camana..nak pegi semua..jauh2 pulak tu..
kak wan, boleh sangat, beritahu saja saya,.. nanti saya beri informasi serta lokasinya..
setakat ini saya juga telah memberitahu kepada beberapa jiran yg memerlukan pertolongan...ada nampak perubahan yang baik
salam kembali fzi,
sememangnya manusia yang dah lupa dosa dan pahala saja yg sanggup membuat aniaya sebegini..
suichi... semuanya angkara dengki dan irihati, tidak suka orang melebihi sedikit daripada mereka
Yb,
faedahnya mungkin hati mereka puas bila melihat org yang disakiti itu menderita
YB, betul tu nasib baik dekat sekitar sini saja...mana yang patut kenalah pergi, supaya tak menghampakan tuan rumah
tuan haji al,
harapnya begitulah , biar mereka menerima pembalasan di akhirat kelak..
mereka sudah hilang perasaan belas kasihan dan yang penting hati mereka puas
kak long,
haah felda kepis, tempat saya pernah berkhidmat dulu, 9 tahun mengajar di sana..
sahabat itu memang orang jawa, asal dari Muar.. tak berani lak nak infom namanya secara terbuka kat sini...
tak minta izin
kak erna,
kalau doktor dah kata tak ada penyakit tapi kita sakit, cubalah iktiar cara lain pula, tak salah mencuba asalkan tidak menggunakan kaedah yang syirik..
ye, dah mula mengumpul kad jemputan kahwin sekarang ni, hujung minggu ni dah menanti 2 majlis..
Catat Ulasan