Followers

Sabtu, 21 Ogos 2010

Serabai - ingatan kepada abah.

                    (gambar kuih serabai ini diambil di Pesta Adat Persukuan)

Serabai.  Nama kuih.  Semasa kecil selalu makan kuih ini, boleh dikatakan setiap waktu berbuka pasti ada sekeping.  Kuih ni adalah kegemaran abah (arwah)  Setiap petang seorang rakan abah yang tinggal di Tanjung Ipoh pasti membuat kuih ini..  Kalau tak silap namanya Pakcik Bakar. Juga telah meninggal dunia.  Rasanya mereka berdua berkawan baik

Pakcik Bakar memang pandai membuat kuih serabai ni.  Sekarang rasanya tidak ada  yang pandai membuat kuih serabai ni, sebab tiada yang berjual di gerai Ramadhan.  Setiap petang, kalau tidak abah yang pergi mengambil kerumahnya, dia yang akan datang menghantar ke rumah. Datang dengan mengayuh basikalnya.

Ingat lagi bentuknya yang bulat dan sebesar sekeping pinggan makan.  Berwarna putih dan bila dipotong akan kelihatan jelas isinya yang bersawang dan berlubang-lubang macam sarang lebah.  Makan dengan kuah santan bergula.  Kadang-kadang kalau musim durian kuah gula ini dibubuh dengan isi durian. Serabai yang tawar di makan dengan kuah gula memang sedap.

Abah akan makan kuih serabai ni selepas balik dari solat tarawih di masjid.  Abah boleh menghabiskan sekeping kuih tu sekali makan.  Memang kegemarannya.  Ibuintan dan  mak hanya makan seketul dua saja semasa berbuka. Yang selebihnya akan dihabiskan oleh abah.  Setiap hari sepanjang bulan Ramadhan dan disetiap tahun, inilah kuih wajib abah.  Abah tidak pernah jemu memakannya.

Ibuintan ada juga meminta abahintan menjenguk gerai Ramadhan disekitar sini.  Tiada yang berjualan kuih serabai.  Ibuintan memang tidak tahu membuatnya.  Makan saja.  Teringat semula kuih ini dan teringin pula hendak memberi anak merasanya.  Rasanya selepas ketiadaan abah (meninggal 1997) tiada lagi kuih serabai diwaktu berbuka.  Kerinduan kepada abah dan kenangan kuih serabai mengimbau kembali di bulan ramadhan ini.

Selamat berpuasa hari ke 11.

22 ulasan:

kak long berkata...[Reply]

salam kak,
kuih ni pun fev.papa bebudak ni...
kaklong tak pandai nak buek eh...akak tau ko?..
sekarang ni mano ada orang jual kuih ni kan?
kok ado pun orang tuo2 yo pandai...yang bayo2 kito ni mano tau...
yang tak konal kiuh ni pun ado gek eh..

Kakcik Seroja berkata...[Reply]

Salam ibuintan..

kalau kat kampung kakcik, kuih serabai merujuk kepada lempeng..

dah beberapa hari kakcik teringin nak buat lempeng kelapa tapi masih tak berkesempatan. :(

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

Salam Kak,

Kalau balik kampung mak di melaka memang ada jual..

Pastu cicah denga pengat kosong..memang saya suka!

Dekat dengan tempat kerja saya ada jual tapi takde pengat. Saya pernah publish jugak rasanya..

Acik Erna berkata...[Reply]

ibuintan..akak pun teringin..tapi tak ada orang jual..
nak buat tak pandai..

kak wan berkata...[Reply]

Kat tempat kakwan tak silap serabai ni di buat kecil - kecil...di makan dengan kuah pekat.

Eeei terliur lah ..nanti nak carilah kat bazar ramadhan.

ibuintan berkata...[Reply]

kak long,
ni memang kuih orang tuo2, skarang dah tak jumpo dah, takde jual juga di gerai ramadhan...
tak tau buatlah... tu sebab mencari, nak beri anak-anak meraso lak..

ibuintan berkata...[Reply]

salam kembali kakcik,
kat tempat ssya ni lempeng memng dipanggil lempeng...ada lempeng pisang, lempeng kosong atau lempeng kelapa...
ni serabai laen sikit, cecah air gula memang sedap..

dah teringin tu buatlah kakcik

ibuintan berkata...[Reply]

reen..
wah akak kena pi Melaka lah cari kuih ni ye...

ibuintan berkata...[Reply]

kak erna,
dalam bulan puasa ni macam-macam kuih lama kita jumpa, tapi serabai memang tak jumpalah kat sini...

terasa teringin juga nak makan, tapi saya pun tak tau membuatnya...

ibuintan berkata...[Reply]

kak wan,
cecah ngan kuah gula pekat memang best...cubalah cari mana tau ada rezeki

hentian berkata...[Reply]

bukak blog hari ni kebanyakannya cerita pasal makan. dah pukul 6.30 pm ni... aduhai...cobaannnn..!

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...[Reply]

sedap..sedap

Hamizah berkata...[Reply]

salam kenal

saya pula bila sebut serabai igt kat x-student kat Masai..suka sebut serabai bila marah..apa maksudnya ek?

ibuintan berkata...[Reply]

IM,
tulah antara cobaan bulan puasa ni..sabar yolah..

ibuintan berkata...[Reply]

brutal....memang sedap tp tak tau nak buat

ibuintan berkata...[Reply]

hamizah..
salam kenal semula, trima kasih sudi dtg...
kalau kat tempat sini selain nama kuih tu, kalau berserabai bermaksud tidak kemas atau selekeh

Yunus Badawi berkata...[Reply]

Salam ibuintan.

Di bulan puasa dan terutama di pagi hari raya kita sering teringat mereka yg dah tiada. Sedekahkan al-fatihah dan titipkan doa buat mereka.

Yunus Badawi berkata...[Reply]

Saya kali pertama makan kuih serabai ni di gerai di pasar Tun Sardon di Penang ditunjukkan oleh kawan saya. Lepas tu masa pergi ke Penang dgn famili saya bawa mereka makan serabai kat tempat yg sama.

ibuintan berkata...[Reply]

salam kembali YB,
sememangnya begitu Yb berbagai kenangan muncul kembali terutama di bulan puasa begini, kenangan suka dan duka silih berganti..

hanya doa dan Al-fatihah yg dpt dihulurkan, semoga roh mereka aman disana

ibuintan berkata...[Reply]

jauh tu Yb, takkan saja pergi Penang cari serabai tp kalau memang ada di sana, patut juga pergi..

Unknown berkata...[Reply]

Assalamualaikum....hai ibu intan,buat masa ni saya seorang shj menjual kuih tradisi ni... sebelum ni meniaga pada bulan puasa sahaja, skrg di atas permintaan saya meniaga kuih serabai setiap hari ahad pasar pekan ahad...boleh contact saya, 0136231265

Unknown berkata...[Reply]

Assalamualaikum....hai ibu intan,buat masa ni saya seorang shj menjual kuih tradisi ni... sebelum ni meniaga pada bulan puasa sahaja, skrg di atas permintaan saya meniaga kuih serabai setiap hari ahad pasar pekan ahad...boleh contact saya, 0136231265