Followers

Jumaat, 13 Ogos 2010

Serba salah, serba tak kena.

                                             (dari Tok Google)
Bazar Ramadhan.  Bazar istimewa yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan disetiap bulan puasa. Pergi saja ke Bazar Ramadhan, beraneka lauk pauk dapat dijumpai, begitu juga kuih-muih,yangi moden dan tradisional terdapat di sana, berbagai aneka warna, nama dan rasa air juga boleh di dapati, macam-macam ada dari makanan berat ke makanan ringan. Tepuk dada tanya selera.

Setelah dua hari berpuasa, ibuintan masih belum menjenguk mana-mana Bazar Ramadhan. Yang terhampir dengan rumah ialah Bazar Ramadhan di Pekan Tanjung Ipoh. Banyak juga peniaga yang berniaga di situ. Kebanyakkan yang berniaga ialah penduduk dari sekitar kampung berhampiran. Tak kurang juga beberapa orang jiran dan penjaga anak murid yang berniaga di sini. Ada peniaga sepenuh masa, ramai juga peniaga segera iaitu yang berniaga di bulan Ramadhan saja.

Ibuintan kurang selesa sedikit bila mengunjungi bazar ramadhan di sini.  Serba salah, bila setiap peniaga menegur.  Kalau sekampung, memanggil dengan nama panggilan biasa, kalau penjaga murid pula memanggil cikgu. Seganlah pulak. Bila menyinggah serba salah juga kalau tak membeli. Bila membeli kekadang serba salah juga, biasanya beli satu  dapat  satu lagi free. Takpun, beli kuih tiga biji dapat empat biji, beli sepotong dapat dua potong.

Mungkin mereka ada niat bersedekah, tapi kita yang menerima amat serba salah. Tak diterima, takut dikata sombong tak pun dikata tak sudi. Singgah satu gerai, gerai yang lain pulak menyapa, habis takkan nak singgah semua gerai yang kita kenal atau mereka kenal kita.  Setakat dua tiga gerai takpe lagi, ni kalau dah tujuh daripada sepuluh kenal kita, nak buat camna.  Kalau beli semua mau seminggu takyah beli lagi.

Datang singgah, jenguk-jenguk dan borak-borak tak sedap pulak rasanya. Mereka berniaga, mereka pun mungkin rasa serba salah juga dengan kita.  Jadi jalan paling selesa, suruh Azim saja yang pergi, suruh saja Azim beli apa yang teringin dan terhajat untuk di makan.

Bukan tak sudi cuma memang rasa tak selesa dan serba salah.  Rata-rata teman sekerja yang menetap di sekitar sini juga mengalami perasaan yang sama.  Peniaga di kampung, walaupun berniaga untuk mencari rezeki tetapi sikap 'menghargai' jiran, saudara terdekat ataupun guru masih ada.

Apapun terima kasih kepada mereka-mereka.

20 ulasan:

Wawa~* berkata...[Reply]

sronok juge ye kalau dpt bnyk makanan free.. hehe.. tp tu la.. kalau da bnyk sgt, tkut terbazir lak... slama ramadhan ibuintan :)

kakcik berkata...[Reply]

Saam ibuintan..

memang serba salah bila menghadapi situasi begitu. :)

Bila jiran hantar juadah pun serba salah juga. Kalau yang jenis rajin masak, mungkin tak ada masalah membalas bekas.. tapi, kalau macam kakcik ni.. adoi!

sayangsayangibu berkata...[Reply]

kadang jd serba salah, jadi segankan...?
jalan terbaik, tak payah pergi ;p

kak Erna berkata...[Reply]

salam ibuintan,.akak memahami bagaimana perasaan serbasalah yang ibuintan rasa..akak juga merasai yang sama..bila ada pengusaha yang kita buat projek pert.ditempatnya berjualan dipasar tani..kita tahu..jualan dia terbaik..tapi..serba salah nak pergi membeli disitu..sebab tak mau ambik duit..kita.

kak wan berkata...[Reply]

Salam ibuintan ,
Kalau dah memang rezeki tolak cam mana pun orang nak bagi juga.

maiyah berkata...[Reply]

slmt bpuasa.. ssh gak kan bila nk jga hti org len hehe tp mmg itu jln yg trbaik

diana berkata...[Reply]

saye pun
tak bejalan ke pasar ramadhan lagi..
tak payah pegi kot..
takut tak dapat kawal diri..
haha..

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

salam kak,

tak sampai lagi bazar ramadhan. singgah di gerai2 tepi jalan aje sebelum sampai rumah.


takut nanti terambang mata dan terhabis duit pulak.

ibuintan berkata...[Reply]

terima kasih wawa,
tak seronok lah dpat free cara tu, mereka mencari rezeki...

ibuintan berkata...[Reply]

hahaha kakcik,
samalah kita, saya pun berat hati juga kalau menerima juadah atau kuih dari jiran tak tau nak balas apa, sebab masak yang biasa-biasa je..
selalu sebagai balasan isi buah dlm bekas mereka..

ibuintan berkata...[Reply]

sya,
memang segan pun ada, so jln selamat jgn pergi saja...

ibuintan berkata...[Reply]

ha betul lah kak erna,
ada juge kekadang tu tak mau ambik duit kita, siap kata 'takpe' beri saja...
saya kalau camtu memang tak pergi lagi dah ke gerainya,...

ibuintan berkata...[Reply]

betul tu kak wan,
sesekali takpe juga tapi kalau setiap kali kita singgah diberi layanan begitu, lain juga rasanya bukanlah nak belagak cuma rasa tak seronok sangat...

ibuintan berkata...[Reply]

salam maiyah,
memang itu jalan terbaek, kalau berhajat sesuatu pergi yang jauh sikit, tak pun suruh anak saja beli..

ibuintan berkata...[Reply]

salam diana,
hehehe.. takut terkecundaglah tu, memang pergi sana banyak dugaan, macam-macam yg nak dibeli..
elok tu kawal diri

ibuintan berkata...[Reply]

reen,
gerai tepi jalan pun nak juga kena kawal, silap-silap terambang mata juga...
kat gerai tepi jalan pun macam-macam ada..

Zaitun berkata...[Reply]

Betul kata ibuintan memang serba salah kalau jiran yang berniaga.Kak Zai pun sama tak pergi yang dekat dengan rumah sebab ramai yang kenal,weekend baru pergi tempat jauh sikit.

ibuintan berkata...[Reply]

kak zai,
bukan tak nak menolong kan, kalau sekali sekala camtu takpe juga tapi kalau setiap kali kita beli dia beri percuma atau tak terima duit, camna mereka kan berniaga..

Insan Marhaen berkata...[Reply]

macam IM ni bazaar ramadhan le tempat mengadu...

ibuintan berkata...[Reply]

IM,
bazaar ramadhan memang banyak membantu dan meringankan beban..
IM memang patut kesana..