Followers

Isnin, 16 Ogos 2010

Kempen Kibar Jalur Gemilang 2010

14 hari lagi menjelang ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 53.  Selalunya setiap tahun ibuintan kibar bendera Jalur Gemilang di hadapan rumah takpun letak di kereta. Tetapi tahun ini, di kereta juga tidak diletakkan sebab pengalaman dulu bendera terbang melayang di bawa angin.  Rasanya untuk tahun ini kempen kibar bendera tidak lagi semeriah beberapa tahun dulu. Kempen yang hangat-hangat tahi ayam ataupun kita sebagai rakyat Malaysia tidak ambil peduli dengan ketibaan 31 Ogos ini lagi.

Begitu juga di sekolah-sekolah kalau dulu sibuk dengan bendera, setiap murid diminta membeli bendera untuk dikibarkan.  Seluruh kawasan sekolah penuh dengan bendera, tapi kali ini ala kadar saja, jangan tak kibar saja.  Tiada sambutan Bulan Kemerdekaan di sekolah seperti setiap tahun.

Untuk tahun ini , ibuintan menyahut cadangan cuzshar daripada   http://cuzshar.com  untuk menjalankan Kempen Kibar Jalur Gemilang di blog.  Seperti cuzshar, ini juga tahun pertama ibuintan menyambut hari ulangtahun kemerdekaan negara sebagai seorang blogger.  Teruja juga untuk menyertainya, sebagai semangat kecintaan terhadap Malaysia.

Kepada rakan-rakan blogger sekiranya berminat bolehlah mendapatkan dan membuat pilihan design di blog cruzshar.

12 ulasan:

kak Erna berkata...[Reply]

ibuintan.akak pun berminat la dengan jalur gemilang yang ada ni blog ni..siap berkibar2 lagi..cantik sangat..

ibuintan berkata...[Reply]

kak erna...sebab berkibar tu lah saya join skali, nampak cantik kan..
cubalah letak juga

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...[Reply]

kibar kat blog pun ok...yang pempin tak hormat pu negara apa lagi jalur gemilang ceh

Yunus Badawi berkata...[Reply]

Haah tahun ni macam takde semangat org nak kibarkan bendera. Belum nampak lagi di rumah. Ada takde pun di bangunan kerajaan.

maiyah berkata...[Reply]

wah.. merdeka lagi.. smoga kita dlm kemerdekaan..

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

Salam Kak,

dulu sebab ada hadiah sebab tu semua bersemangat agaknya.

letak pada kereta pun kena curi.. alahai..

Insan Marhaen berkata...[Reply]

entah kenapa IM tak teruja utk kibar bendera kerana sambut merdeka.

Terasa ada yang tak kena dengan sambutan ini...

ibuintan berkata...[Reply]

kibar kat blog ye la ..brutalsolo

ibuintan berkata...[Reply]

YB..
dulu ada kempen skrg dah takde, tu yg takde semangat nak mengibarkan bendera tu..

ibuintan berkata...[Reply]

Maiyah merdeka untuk negara...

ibuintan berkata...[Reply]

Reen, betul agaknya camtu, kena beri insentif dulu baru bersemangat ...

ibuintan berkata...[Reply]

camna lak IM, apa sebabnya?