Followers

Jumaat, 20 Ogos 2010

Al-fatihah buat seorang sahabat.

Salam gang MPIP.... Di maklumkan bahawa Termizi bin Mohd. Tahir (Unit D8) telah kembali ke rahmatullah pada pukul 10:30 malam tadi (18/08/2010)... Jenazah akan dikebumikan di kampong halamannya di Parit, Perak pada hari esok.... semoga RohNya dicucuri rahmat dan semoga ditempatkan bersama2 orang yang beriman... Al-Fatihah - mesej yang tertulis di wall fb ibuintan

Tengah hari semalam buka fb, tersentak dan terkedu seketika. Rakan sekuliah 25 tahun yang lalu, yang baru dapat dijejak semula melalui fb telah dikhabarkan meninggal dunia malam tadi. Berita dikhabarkan oleh rakan seunit yang sama. Kami mula dapat menjejak semula rakan-rakan sekuliah sejak awal tahun ini.

Menurut rakan, arwah menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 10.30 malam semalam setelah muntah-muntah selepas berbuka puasa. Menurut rakan juga, arwah mendapat serangan jantung. Arwah meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak. Semoga keluarga arwah menghadapi ujian ini dengan tabah

.Ibuintan pernah berborak di fb dan arwah amat gembira dengan pertemua semula ini. Arwah juga telah merancangkan satu pertemuan semula (reunion) yang dijangka akan diadakan selepas hari raya nanti. Pertemuan semula yang dijangka berlangsung di Ipoh. Nampaknya hajat arwah tidak kesampaian, begitu juga dengan kami yang lain.  Rasanya pertemuan itu akan ditangguhkan dahulu.

Khabarnya jenazah arwah telah selamat dikebumikan pagi semalam. Semoga rohnya dicucuri rahmat, pemergian di bulan yang mulia dan di kubur juga pada malam yang mulia...semoga ditempatkan dikalangan para syuhada...Al-fatihah..Amin

.//ingat lagi pesanannya semasa kami berborak difb :  meminta ibuintan sentiasa berlapang dada menghadapi apa juga masalah kerana disebalik setiap sesuatu tu ada hikmah yang tersembunyi..

18 ulasan:

kakcik berkata...[Reply]

Innalillahhiwainnaillaihirojiun.. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Amin.

kak long berkata...[Reply]

ada hikmah sebaliknya...

alfatiahah bt arwah..
semoga roh nya dicucri rahmat..amin..


pergi tak kembali...

Yunus Badawi berkata...[Reply]

Bila dah sampai masanya kita dijemput pulang, tak akan tercepat atau terlambat satu saat pun. Semoga keluarga arwah tabah. Bukan senang tiba2 hilang tempat bergantung.

Ibuintan pun mesti rasa sgt sedih hilang kawan yg baru dijejaki semula. Bertemu utk berpisah.

Al-Fatihah utk arwah.

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

Salam Kak,


Al-Fatihah buat arwah.

Semoga rohnya ditempatkan diantara golongan2 yang beriman.

Dah tak ada rezeki nak jumpa kan kak..

ibuintan berkata...[Reply]

kakcik..
semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya...

ibuintan berkata...[Reply]

kak long...
Al-fatihah untuk beliau juga, sememangnya pergi yg tak kan kembali
juga

ibuintan berkata...[Reply]

YB,
memang sedih, terperanjat juga sebab arwah pergi dengan tiba-tiba..
dapat bayangkan perasaan keluarganya yang kehilangan tempat bergantung secara mendadak.

sesungguhnya Allah lebih menyayanginya..

ibuintan berkata...[Reply]

Reen,
memang takde rezeki nak jumpa, aruah dah rancang tarikhnya pada 18 dan 19 hb. Sept nanti...
tarikh sebulan awal dari tarikh pemergiannya

semoga arwah tenang di sana

kak Erna berkata...[Reply]

ibuinta..takziah untuk keluarga dan alfatihah..buat arwah..

sahromnasrudin berkata...[Reply]

salam ibu...semoga keluarga arwah tabah hadapi dugaan ini..al fatihah utk arwah...

a kl citizen berkata...[Reply]

innalillahi wa inna ilaihi ro ji un

takziah untuk keluarganya

mamawana berkata...[Reply]

Al Fatihah...semoga bahagia dan dirahmati di dunia sana.

Zaitun berkata...[Reply]

Al-Fatihah buat arwah.

ibuintan berkata...[Reply]

kak erna,
kehilangan yg tentunya amat dirasai oleh keluarganya

ibuintan berkata...[Reply]

en shahrom..
begitulah yg kita harapkan, ketabahan untuk semua ahli eluarganya

ibuintan berkata...[Reply]

cg normanh..
al-fatihah juga utk keluarganya

ibuintan berkata...[Reply]

mamawana,
Amin..mudah-mudahan

ibuintan berkata...[Reply]

kak zai..
a-fatihah..Amin.. semoga rohnya dicucuri rahmat