Followers

Khamis, 5 Ogos 2010

Ubat tahan sakit


 
Petang tadi bersama Cikgu Mai ke Hospital Tuanku Jaafar di Seremban. Menziarah seorang rakan guru - teacher Hafidah yang dirawat di hospital berkenaan sejak hari Ahad yang lalu. Beliau dimasukkan ke wad setelah hampir sepuluh hari mengalami demam panas yang tinggi.

Doktor telah melakukan beberapa ujian darah, dan pagi tadi doktor telah mengesahkan bahawa beliau mendapat hyper tyroid, penyakit yang ada kena mengena dengan hormon dan juga ada masalah kerosakan hati.

Kata beliau juga, berdasarkan penjelasan doktor penyakit ini adalah kesan daripada pengambilan ubatan pain killer yang diamalkan semasa beliau masih belajar dulu. Semasa belajar dulu beliau menghidap migrain yang teruk dan pain killer adalah penyelesaian masalah migrain nya pada ketika itu.. Kata doktor inilah antara penyakit kesan pengambilan ubat tersebut.

Menurut Hafidah beliau banyak makan ubat tersebut semasa masih belajar dahulu, tetapi tidak berapa mengamalkannya lagi sekarang ini, namun kata doktor ubat tersebut memakan masa bertahun juga sebelum menunjukkan kesan sampingannya.  Kesan kerosakan hatinya juga doktor melarang keras beliau memakan sebarang ubat penahan sakit, malah panadol dan ponstan juga tidak dibenarkan sama sekali.

Ubat penahan sakit yang segera menyembuhkan atau menghilangkan sakit tetapi mempunyai kesan sampingan yang amat besar dalam jangkamasa yang panjang. Ada juga rakan yang mengalami masalah hempedu juga kerana pengambilan pain killer  yang diamalkannya...

Kita seharusnya mendapat khidmat nasihat pakar sebelum mengamalkan pengambilan sebarang ubatan.
Semoga Allah mempermudahkan urusan pengubatannya dan semoga beliau cepat sembuh juga.

10 ulasan:

kak long berkata...[Reply]

ya ALLAH...baru kaklong tau...terkesima ese...
bahayo yo makan ponstan bebyk ni yo...

ibuintan berkata...[Reply]

kak long,
memang ado banyak kesan sampingan pada yg terlalu mengamalkannye...
ubat tepung cap kaki tiga juga amat bahaya, aruah uwan sedara dulu meninggal selepas ususnya pecah kerana memakan ubat tepung tu setiap hari

kak Erna berkata...[Reply]

ibuintan..semoga kawan tu cepat sembuh..tapi..kadang2 kan..bila kita pergi klinik..sakit apa pun kita..dr.juga yang bagi painkiller tu..kalau ada kesan sampingan..buat apa bagi kan..
akak dulu lama sangat makan tu..dr.bagi..masa dapat migrain dan gastrik..sampai sekarang..takut jugak kan...

S..U..D..@..I..S berkata...[Reply]

Salam
Tergerak hati nak jengok ibuintan pg ni....rupanya ada tip yang sgt mahal tentang bahayanya ubat tahan sakit...semoga kawan ibu dipermudahkan rawatan dan cepat sembuh...amin

en_me berkata...[Reply]

muger cepat semboh teww..

sayangsayangibu berkata...[Reply]

salam kaka
sya dah lama tak ambil ubat tahan sakit, tp itulah
dulu masa belajar memang pantang sakit kepala,
kalau boleh diundur masa, memang tak akan sentuh ubat tahan sakit, sbb kesan adalah di masa kemudian

ibuintan berkata...[Reply]

kak erna.. yang doc bagi tu ikut dos yang betul tu, ni banyak kes yg beli pain killer ni sendiri di kedai2 luar

ibuintan berkata...[Reply]

trima kasih sud@is sudi datang lagi,
semoga kita berhati2 dengan ubat yang kita beli sendiri di kedai biasa, tanpa rekomen doktor...

ibuintan berkata...[Reply]

en_me,

iye moga beliau cepat sembuh

ibuintan berkata...[Reply]

sya.. moga kita lebih berhati-hati selepas ini