Followers

Rabu, 4 Ogos 2010

Bila nak shoping ni!

Kurang seminggu lagi masuk bulan Ramadhan.  Berpuasa dan kemudian berhari raya.  Budak tiga beradik ni dah sibuk bertanya bila nak beli baju raya. Selalunya sebelum bulan puasa mesti dah mula membeli sehelai dua baju atau seluar, semua untuk mengelak dari kesibukkan di bulan puasa. Selain itu juga untuk mengelakkan 'bermasam muka' semasa bershoping di bulan puasa.

Bulan puasa memang bulan ujian , menguji keimanan dan kesabaran. Rasanya orang-orang perempuan sabar semasa bershoping  tetapi  kepada kaum lelakinya kurang sikit tahap kesabaran tu.  Selalu kalau pergi shoping, abahintan hanya beri duit lepas tu dia hilang membawa diri sendiri. Siibu lah yang kena melayan kerenah dan pilihan hati si tiga beradik tu.

 Bila anak-anak meningkat remaja, pilihan kita bukan lagi pilihan mereka.  Warna dan fesyen pilihan yang kena di mata kita tidak lagi kena di mata mereka.  Tu yang jadi masa sejam melajak ke beberapa jam tu..
Kita pilih biru, dia cari putih, lastnya round satu shoping komplek pun tak jumpa juga yang berkenannya.

Tak jumpa di satu tempat, boleh lagi minta pergi ke tempat lain lagi.  Jenuh pusing dan belek-belek, kekadang jumpa kekadang tidak.."takpe bu nanti kita datang lagi"  Sedap je ayat tu keluar dari mulut mereka.  Kalau si abah dengar, 'takde beli juga hari ni,cari sampai jumpa, dah takde masa nak datang-datang lagi'  tu yang masam mencuka tu sebab kena paksa juga beli.

Kalau hari biasa boleh lagi sejukkan perut, order dan makan apa-apa yang patut. Tapi kalau bulan puasa macam mana, tu yang nampak Cina menjual air pun rasa nak pergi marah cina tu.  Tensen je nengok cina tu jual air macam-macam kaler.  Tak patut betulkan...

Rasa-rasanya masih ada masa untuk bershoping hujung minggu ni. Kebetulan juga Along boleh balik ke rumah hujung minggu ni, jadi akan mengambil kesempatan tu untuk membeli dulu mana yang patut. Mereka bertiga telah diperuntukkan budget untuk setiap seorang, yang akan merangkumi baju, seluar, baju melayu dan kasut/sandal.

Mereka boleh memilih pakaian mengikut citarasa mereka asalkan tidak terlebih budget yang diperuntukkan.  Cuma Intan yang diwajibkan mengikuti beberapa syarat yang ditetapkan.  Setiap baju atau seluar yang dipilihnya perlu ditapis dan mendapat kelulusan dulu...tidak boleh menjolok mata dan mendedahkan aurat.  Itu peraturan wajib.

12 ulasan:

sayangsayangibu berkata...[Reply]

tahun ni, sya tak buat persiapan apa apa pun, biasanya sya beli kain dan tempah dah baju untuk semua, tp tahun ni agaknya beli siap je kot?

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

Salam Kak,

anak2 dah besar kena ikut jer citarasa dorang kan..kalau tak merajuk pulak nanti..

Baju utk saya dan adiq aje dah tempah.. itu pun kain tahun lepas.. sebelum suami tegur elok buat..hehe


utk yang lain kena tunggu lagi dua minggu..

azlina berkata...[Reply]

salam kak ...

btul la kak kami tak shopping jauh2 bli yg dkt2 sini je..
yang sulong sng bagi duit dia bli sendiri dgn kwn2 dah besar dah peruntukan sama...dgn adik2
adik2 dia yg no 2 dan 3 pning kpala sikit...remaja lah katakan..
aleya tk kisah tapi kalau bli mstinak warna biru dan pink wrna lain tok seh..he..he..
mcm2 ragam anak2 ibu dgn abanh x le bli apa2...mgurus anak2 je dah pning kan kak..

ibuintan berkata...[Reply]

sya.. akak jahit sendiri baju kurung tapi untuk sendiri pun kainnya tak beli lagi begitu juga untuk anak dara sorang tu...tu yg dia sibuk bila nak beli

ibuintan berkata...[Reply]

reen,
kalau masih kecil senang kita pilih apa saja takde bantahan, ni yang dah pandai pilih sendiri ni yang pening kepala kita jadinye

ibuintan berkata...[Reply]

ina,
yang besar tu memang kita beri duit dia beli sendiri tapi nak kena ambil tahu juga kok benda lain pulak yang dibelinye...
tang warna memanglah warna pilihan mereka, warna pilihan kita memang tak pekenan langsung...out of date

kak long berkata...[Reply]

samo la abah intan ngn papa bebudak ni...
kalau nak boli tu dia tak koso nk tunggu lamo2 dah konan amik yo ...
jgn nak tak nak peh tu pusing blk tompek tu...angin yo deh..
tu kekandang maleh nak ajak sekali dio bersoping...

kak Erna berkata...[Reply]

ibuintan..gelak akak..cina jual air warna warni pun nak kena marah ni..kalau anak2 akak kat rumah ni..iklan ayam goreng kat tv pun dia nak marah..
kena beli sebelum puasa jugak..kalau dah puasa..dengan orang ramai dan pilihan saiz dah tak de..mau tensyen juga nanti..

Insan Marhaen berkata...[Reply]

jangan terlebih shopping. ingat selepas raya pula...

ibuintan berkata...[Reply]

memang kak long kan..abahintan kato banyak buang maso yo, tebelek2 tapi tak boli, tu yang dio tak goma tu..
ikut ati dio dah jumpo terus ambik yo

ibuintan berkata...[Reply]

hahhaha betul tu kak erna...
tak pasal2 cina jual air pun kena, memang dah dekat nanti memang tensyen, tambah tensyen masa tu semua nak beli...duit lak makin kurang

ibuintan berkata...[Reply]

IM tu pasti, terlebih soping lepas raya kok menung macam ayam berak kapur lak...masa panjang tu sampai cukup bulan