Followers

Rabu, 18 Ogos 2010

Singgang ikan.


Petang semalam abahintan masuk dapur.  Abahintan masak sup cendawan dan mee rebus. Boleh tahan juga abahintan masak, sekali makan berbuka habis mee rebus semangkuk besar.  Sup cendawan pun begitu juga, tidak berbaki.  Abahintan memang peminat sup dan masakan jenis rebus, tidak berapa suka lauk yang bersantan dan berlemak.

Kalau abahintan masuk dapur biasanya memang masakan berasaskan air lah yang bakal dihidangkan, mesti buat sup tak pun rebus bodoh saja.  Memang berselera dia makan, tambahan sekarang baru sembuh dari demam.

Ibuintan pula tetap juga masuk dapur, petang semalam  masak sambal sotong.  Sambal sotong  disimpan untuk makan waktu bersahur.  Sudah kenyang makan mee rebus  dan menghirup sup cendawan.

Untuk makan sahur tadi, sebagai penambah lauk, ibuintan masak singgang ikan parang.  Singgang ikan ini ibuintan tambah sedikit tempoyak supaya hilang bau ikannya.  Serai tiada dalam simpanan, di belakang rumah adalah.  Takkan nak keluar pukul 4.30 pagi ambil serai. Tak sanggup dengan keadaan yang masih gelap lagi.

Jadi singgang ikan parang campur tempoyak dan asam gelugur (asam keping) sahaja. Masak sepotong saja, dibelah dua.  Dengan rasa pedas dan sedkit masam, berselera jugalah kami tiga beranak makan.

Azim hanya makan sedikit nasi dengan sambal sotong.  Selepas makan nasi, dia sambung makan koko krunch pula, dia kurang berselera makan nasi diwaktu sahur.

9 ulasan:

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

Salam Kak,

Tak pernah cuba pulak singgang + tempoyak. Mesti sama macam gulai tempoyak eh kak..

Belah mak saya panggil masak pindang. Belah MIL panggil pindang ~ rupanya sama..

kak long berkata...[Reply]

pindang ke singgang sama aje...


bulan2 poso ni gulai2 x jalan na kan kak,
kalau robuih...masam2 sikit..sahor memang selero...

Kakcik Seroja berkata...[Reply]

Salam ibuintan..

kalau makan masakan panas-panas waktu bersahur, biarpun ringkas - lebih berselera, kan? :)

Acik Erna berkata...[Reply]

ibuintan..akak pun sedikan koko krunch untuk anak2 masa sahur..kalau dia tak mau makan nasi..bagi je koko krunch tu laju je..

Zaitun berkata...[Reply]

Selalunya kalau lelaki yang masuk dapur masakkan diorang mesti sedapkan... tak tahulah sedap sebab kita makan saja atau memang betul2 sedap.

2 hari lepas kak Zai masak singgang ikan campur tempoyak tapi kak Zai dan hubby saja yang makan.

kak wan berkata...[Reply]

Itu barulah dikatakan muafakat, lakibini masuk dapur heh...heh

Kakwan kalau masak singgang memang tak letak serai.
Tempoyak biasanya di buat sambal je.tapi skrg kakwan dah tau masak tempoyak .

hentian berkata...[Reply]

hmmm.. tempoyak yer... teringat kg kelahiran IM di Slim River

en_me berkata...[Reply]

salam ramadhan akak intan itteww..

kasihibu berkata...[Reply]

enpakwe suko masak yg macam ni
sodap gak sesekali kan?