Sejak minggu lepas, jadual menjadi kelam kabut. Memang terasa kesusahan sejak hanya tinggal sebuah kereta. Sejak kereta abahintan kemalangan dua minggu lepas, kami terpaksa mengubah jadual perjalanan pergi dan balik kerja.
Waktu pagi, kebiasaannya ibuintan keluar rumah pada pukul tujuh suku untuk ke sekolah tapi kini sebelum pukul tujuh mesti telah keluar rumah. Tidak boleh lewat sebab Intan mesti berada di sekolah sebelum pukul tujuh suku pagi. Waktu pagi sebelum ke sekolah biasanya sempat sidai baju atau menyapu rumah dulu.
Perjalanan pagi dari rumah ke sekolah Intan di TMS yang jauhnya 8 km melalui jalan Tanjung Ipoh Kuala Pilah yang sibuk seharusnya tidak sampai 20 minit tetapi selalunya berubah jika tersekat di 2 lampu isyarat. lampu isyarat pertama ialah di Simpang Ampang Tinggi dan kedua di hadapan Hospital Tuanku Ampuan Najihah. Kemudian ikut jalan pintas di Taman Melang, kalau ikut pekan Kuala Pilah lagilah tersangkut lama di satu lagi lampu isyarat di tengah pekan.
Rumah ke sekolah ibuintan hanya sejarak satu setengah km saja, kalau jalan kaki boleh tapi penat, naik basikal juga boleh tapi basikal dah takde, naik motosikal lagi boleh tapi tak berani bawak sebab dah dua kali jatuh motosikal. Orang tua kata dah ''jeran'
Waktu balik juga berubah menjadi terlebih lambat. Kalau selalunya pukul dua telah berada di rumah kini pukul tiga suku masih berada di sekolah lagi. Terpaksa tunggu abahintan ambil Intan dulu Ada kereta rakan yang boleh ditumpang tapi biasanya rakan juga ada hal yang perlu diuruskan dan tidak terus pulang ke rumah.
Nak tak nak kena juga keluar sebuah lagi kereta. Kena juga tambah hutang lagi. Dah biasa sorang satu kini kena share, semua plan pun tak menjadi. Yang paling tak best langkah dah pendek.
19 ulasan:
memang pendek langkah kak..
sya pernah acdnt sampai sebulan juga kereta di bengkel, memang mati langkah sungguh..
kereta adalah keperluan sangat kan?
memang patut ado lg sebuah...
patah tumbuh hilang beganti...
yg dah xdo ganti an baru..he3
Salam ibuintan..
kalau dah patah kaki, kenalah cari kaki baru, kan? Nak tumpang orang, bukan suatu perkara yang mudah untuk dilaksanakan, betul tak? :)
salam ..
jauh juga yea kak ssh juga sebab dua2 kerja..
penat kat jalan je kan kak..kesian kat akk.. x pa x lama lagi keta baru sampai..he..he..
macam kami x pa la ina tak kerja setakat nak kuar dekat2 ni rempit je dgn LC kalau cek abg bwk keta..
jalan kaki pun blh sb rmh tgh pekan segala keperluan prasarana berada di sekeliling rmh shja.kedai buku,klinik,shping cmplex segala mcm kalau rajin jln kaki pn sampai..
alhamdulilah...
ermm...hidup berkeluarga ni susah kalau ada satu kete je ek...plus plak 2 2 keje...
salam.
kereta kalau tak ada memang patah kaki.
Tak pa ibuintan apasalah sesekali jadi Tuan ;- diambil dihantar..tapi kalau berkali - kali kena pikir banyak kali juga tu. Ambil baru satu...tak yah pikir.
ibuintan..kereta baru le raya ni ye..
nak buat camana..kan..keperluan..nak tak nak..kena beli juga..
Pendekata, tak ada ong. Sabo je ler...
betul la sya, mati langkah jadi nye, banyak urusan peribadi tertangguh..
kak long nak ganti an baru tu yang payah bona tu, dah patah tapi tak nak tumbuh..
kakcik, tu lah nak tumpang sehari takpe tapi ni hari-hari, nyusahkan kawan juga sebab memasing ada hal juga
ina duduk tengah pekan senang sikit, akak ni duk kampung, kalau takde kereta memang tak begerak ke mana,nak beli barang dapur pun susah jadinye
en derus, memang kete skarang dah jadi keperluan, tambah dua2 ada urusan sendiri, ada masa menyukarkan jadinya
kak pah,
patah kaki, patah langkah dan mati akal jadinye
kak wan,
jadi tuan hati senang takpe, duduk meyandar je, ni duduk menyandar tapi mood dah tensen lama sangat menunggu
kak erna,
lom beli lagi, tengah cari-cari wang muka pun tak jumpa juga, ontah la bila la tu
IM,
memang takde ong, mana lah nak cari ong ni..
Walaupun kak Zai suri rumah tapi perlu juga kereta,pernah juga hubby pinjam terasa macam patah kaki aje.
Catat Ulasan