Di rumah tak mahu duduk lama-lama, doktor nasihatkan hari ni banyakkan buat pergerakkan. Memang pun bila duduk lama sikit, bangun saja terasa sangat sakit, urat-urat menjadi tegang sangat. Kena ejas dulu baik-baik baru boleh berjalan. Namun syukur sangat... ianya tak berpanjangan. Insya Allah esok akan kembali bertugas. Risau memikirkan anak-anak murid tinggal lama tidak beribu. Nanti banyak pula yang mereka ketinggallan. Rindu juga dengan keletah dan keriuhan mereka.
Shahirah.... anak manis yang bijak dan peramah. Becok mulutnya berceloteh. Pandai membaca dan tulisannya cantik dan kemas. Sebagai albino, Shahirah mempunyai masalah penglihatan. Salah seorang anak-anak tahun satu yang manja.
Indahnya menjadi guru tahun satu terutama guru kelas ialah masa yang banyak dan panjang dengan mereka, hubungan kami sangat rapat, mereka tidak segan silu bercerita tentang keluarga, malah selalunya berebut bercerita tanpa dipinta... awas kalau ada anak2 ditahun satu, simpan-simpan sikit rahsia daripada pengetahuan mereka takut nanti cerita rumahtangga sampai ke telinga cikgunya. Telinga cikgu ni dah bermacam-macam cerita rumahtangga yang yang didengarinya, kekadang tak sanggup dengar pun ada. "Cikgu....cikgu....cikgu... malam tadi kannnnnnnn........." hahahaha .......sambung sendiri... PUN HADO!
Moral of the storinya.... mereka bangga bercerita tentang keluarga mereka dengan cikgunya... tak kesah, asal ado crito.
Anak-anak yang lebih cakap dari buat kerja'
Anak-anak orang Asli yang hafal doa makan, doa sebelum belajar dan doa sebelum balik. Pantang jumpa cikgu-cikgu beri salam dan berebut-rebut untuk bersalaman dan membawakan beg cikgu-cikgunya setiap pagi. Tapi sayang minda mereka telah disetkan,"Islam ada dosa, ada dosa.... masuk neraka".
"Kamu semua pandai baca doa, macam orang Islam, nanti kamu nak masuk Islam tak"
"taknak cikgu.... Islam ada dosa, kalau ada dosa nanti masuk neraka"
"semua tak boleh makan cikgu.... susahlah, makan pun ada dosa"
Habis orang Asli macam mana. ......
"tak ada ugama, tak adalah dosa"
Itu antara jawapan balas mereka yang sekarang berada di tahun eampat, tahun lepas ibuintan mengajar mereka subjek Pendidikan Moral. Namun begitu ada juga beberapa orang dikalangan anak Orang Asli ni yang Islam sejak dilahirkan akibat kahwin campur antara ibu atau bapa mereka dengan orang Melayu. Namun begitu, kami sentiasa mendoakan agar Allah membukakan pintu hati mereka suatu hari nanti untuk menerima Islam sebagai agama mereka.
... anak-anak dilahirkan suci bersih, ibubapalah yang mencorakkan mereka... ..
14 ulasan:
Comel Shahirah ni...:)
Saya dpt bayangkan ..keseronokkan mendidik kanak kanak tahun satu ni kan....hati mereka masih bersih..suci...tu yg macam2 cerita telus keluar tu..hihihih
Kita teruskan berdoa + ikhtiar slow slow...semoga hati anak anak org asli ni terbuka terhadap Islam...maybe ustaz/ustazah boleh main pernanan yg besar
Kalu selitkan dakwah marah tak ibu-bapa mereka cikgu. Kalau cikgu dapat Islamkan mereka aduhai saham terbesar dapat tu cikgu.
Kakak ingatkan Shahirah ni mixed-blood kisahnya albino. Tapi comel budaknya.
ooo baru lah tau minda mereka rupanya telah disetkan mcmtu.harap terbukalah hati mereka suatu hr nnt.
cutenya shahirah.....
thn ni masuk thn ke 2 nza mengajar thn 1...baru tahu brtapa penatnya melayan mrk..trkdg jadi macam ibu tiri n terkadang nza mampu tersenyum mendengar cerita2 mrk...betul yg mcm akak kata, mrk brcerita tnpa sempadan hingga boleh buat kita trsentap...ayoyo....
oic, mcm tu rupanya mereka dppengaruhi minda n ditakut2kan kak...moga2 trbuka pintu hati utk mereka mendalami Islam yg sebenar....
suka je baca coretan ibuintan ni...kalau saya yang mengajar budak2 menengah atas ni lain pulak kekdahnya... cute je syahirah, macam nak cubit je :)
Orang Asli.....lebih baik daripada orang tiruan!
@Daddy Ziyyad
memang seronok Doc.. tu yg akak dah bertahan selama 23 th mengajar th 1... kepuasan yg teramat melihat perkembangan mereka dari awal hingga akhir tahun
memang begitu yg kami harapkan, namun bab ni sentisif ... tak boleh terbuka sangat, anak2 mereka memang nampak terbuka sbb kanak2 lagi tp mak bapak mereka tak suka... anak2 mereka masuk nasyid pun ada yg dah melarangnya
@Kakzakie
memang mereka join sama akt dakwah kita mcm maulidur rasul... berarak, ikut selawat, dengar ceramah, malah ada yg lancar baca fatihah sebab ikut budak kita
nilai2 Islam memang sentiasa diterapkan kpd mereka juga... hanya doa moga Allah beri mereka hidayah juga suatu hari nanti
@inazamri
ada yg dah masuk Islam dulu dengarnya tp mungkin tiada bimbingan berterusan maka mereka kembali ke asalnya..... dan perkara yg mereka dengari tentang Islam juga mungkin perkara yg menakutkan dan menyusahkan mereka , maka itu yg mereka tekankan pada anak masing2
@NzA
shahirah yg manis
2 th baru lg tu Nza, akak th ni th ke 23 mengajar th 1.. lain nikmatnya berbanding ngajar th yg atas2
namun tak dinafikan, memang banyak guna tenaga mengajar dan melayan mereka, kekadang memang rasa kehabisan tenaga juga... mereka memang jujur dan telus mcm yg Doc DZZ kata... kekadang kita yg termalu sendiri
ye hanya itu yg sentiasa diharapkan... moga mereka diberi hidayah suatu hari nanti
@Cheq Sue
menengah atas lain pulak cabarannya kan...
terima kasih CqSu... sekadar coretan suka2 saja tu
@ahmad humairi
memang betul... orang tiruan bahaya
Menariknya entry ibuintan ni, pelbagai kelompok murid dapat dikenali, bukan murid sahaja belajar dari guru, malah guru pun boleh mempelajari banyak perkara secara tak langsung dari murid2..
Moga2 satu hari, mereka mendapat hidayah untuk memeluk agama Islam, sama2 kita doakan.
Cantiknya Shahirah......smoga Shahirah n anak2 istimewa ini jd anak2 yg diberkati n dlm perlindungan Allah SWT dunia akhirat.
Catat Ulasan