Followers

Khamis, 14 Februari 2013

Semarakkan kasih sayang ini selamanya.

Kasih sayang 1



                                  gambar credit to Tok Gugel.
                    Salam kasih sayang yang berpanjangan buat semua teman bloggers dan semua pembaca yang sudi singgah membaca serta meninggalkan komen di entri yang dicatat.  Ibuintan sangat-sangat menghargainya.  Maaf juga dipohon jika komen tidak berjawab dan kunjungan tidak sempat dibalas. ... selamat ulang tahun ke 3 Cerita Kehidupan @ ibuintan.  Moga ia berkekalan di alam maya ini.



 Kasih sayang 2

Alhamdulillah....  terima kasih Along.  Semalam Along balik bawa ayam goreng, bubur nasi serta mi kari untuk dikongsi makan bersama seisi keluarga.  Inilah hasil pendapatan pertamanya sebagai seorang pekerja sambilan di Restoren makanan segera Marrybrown.  Dah kerja di sini mestilah beli di sini juga... sambil promosi la tu.

Alhamdulillah.. walau tak seberapa gaji yang didapatinya, namun tanda ingatannya ini  amat dihargai.  Seronok melihat diwajahnya, ada tanda kepuasan bila melihat adik-adiknya juga gembira dengan pemberiannya ini.  Along juga tidak lupa menghulurkan sebahagian wang gaji pertamanya buat ibu dan abah serta ke dua adiknya.  'Moga berkat' kata Along.  Terima kasih yang teramat Along... ibu dan abah akan simpan dan sumbangkan kembali wang pemberian Along yang pertama ini untuk kegunaan Along jika berjaya menyambung pelajaran nanti. Alhamdulillah, moga ingatan Along dan kasih sayang Along sebegini akan Along teruskan dan jadikan amalan sepanjang hayat.  Moga Allah terus memberkati hidup dan rezeki Along.






.... ibu dan abah hanya mengharapkan Along dan adik-adik dapat terus berkongsi kasih sayang dan rezeki kurniaan Allah selagi hayat dikandung badan... kuantiti , sikit atau banyak bukannya  nilai yang perlu diukur.... ikhlaslah dan semarakkanlah kasih sayang sesama kita selamanya. 








4 ulasan:

Dr K berkata...[Reply]

kasih sejati...tak mengira hari..tak mengira tempat...tak mengira waktu...

Kakzakie Purvit berkata...[Reply]

Eh... kenapalah mata kakak berkaca cikgu. Ini kan cerita gembira tapi kakak terharu sebab cara Along treat keluarganya. Syukurlah cikgu...

NzA berkata...[Reply]

sejuk perut ibu mengandungkan along..moga along terus brjaya dimasa mendatang..InsyaAllah..
Sedapnya ayam goreng tu....

ummiross berkata...[Reply]

Salam kasih sayang buat ibuintan sekeluarga.
Alhamdulillah, rezeki yang dikongsi ada banyak barokah didalamnya, tahniah buat ibu ayah yang mendidik anak2 untuk tidak loket memberi. Semoga Along terus berjaya dan murah rezeki.

Selamat ulangtahun ke-3 Cerita Kehidupan @ ibuintan, happy blogging, happy sharing..