Followers

Ahad, 3 Februari 2013

Kesakitan yang tiba-tiba.

Assalamualaikum.... kita hanya mampu merancang.  Pagi tadi rancangan awalnya ibuintan akan ke surau berhampiran rumah kerana ada majlis sambutan Maulidur Rasul yang dianjurkan oleh pelajar Tahfiz.  majlis ini diketuai oleh imam satu masjid kariah di sini.  Majlis berlangsung pada pagi tadi.

Malangnya,  hajat ibuintan tidak kesampaian.  Dah bersiap tadi, sebelum ke surau ibuintan teringin menyiram pokok orkid dahulu sebab sekarang cuaca agak panas hingga ke petang, pokok cepat kering.  Tiba-tiba semasa membongkok untuk mengambil getah paip, pinggang rasa teramat sakit.  Terus terduduk di tepi paip itu. Lama juga menahan sakit.  Kesakitan yang amat dirasai dibahagian tongkeng hinggakan berjalan terpaksa membongkok sedikit.  Tak boleh menegakkan badan pula.

Menjelang petang ni kesakitan masih dirasai terutama bila hendak bangun dari duduk.  Namun kesakitannya semakin berkurangan berbanding pagi tadi. 


..... dan kepadaNya juga di pohonkan kesembuhannya. 





4 ulasan:

kasihibu berkata...[Reply]

Salam ibu intan
moganya beransur sembuh dah ke klinik kan?

mamawana berkata...[Reply]

Assalam Ibu Intan,

Saya pun pernah alami sebegitu. Sakit sangat. Now teringat setiap kali nak angkat sesuatu dari lantai duduk dan tegakkan pinggang baru angkat barang itu. Kalu membongkok ambil brg sgt merbahaya. Saya pun dah lebih 40an. Sejak tu saya guna tilam terapi sampai laa ni alhamdulillah. Doktor panggil appointment terapi pun saya tak pergi dahsejak guna tilam tu. Alhamdulillah.

ibuintan berkata...[Reply]

@kasihibu

salam kembali sya... ada kurang dah sakitnya tapi akak terpaksa juga cuti hari ni, jalan macam robot lagi

dah jumpa doktor sebab nak cuti tu...hehehe

ibuintan berkata...[Reply]

@mamawana

Mualaikumsalam.. tu la, memang silap sendiri kini tanggung akibatnya


dulu dah pernah kena sekali tp sebab terlupa terkena sekali lagi