Followers

Ahad, 3 Februari 2013

Gotong royong Perdana 2.

Bahagian luar ibuintan dah selesai sebaik semua pokok orkid disiram selepas dibubuh baja. Semalam guna baja kompos untuk daun, untuk bunga pula guna baja semburan. Sembur baja setelah pokok disiram, ibuintan akan siram pokok setiap kali selepas membaja supaya baja menjadi lembab. 

 Azim bersemangat sungguh mengemaskan biliknya.  Siap mevakum, mengemop, menjemur tilam, bantal dan menganti cadar sekali.  Ibunya tolong membasuhkan selimut dan cadar yang dah digunakannya saja.



Ahahaha.. siap menjemur tilam bantal sekali tu. Termasuk juga bantal busuknya sekali.

Makin lenalah Azim tidur.  Bilik pun dah wangi, siap sembur dengan pewangi.  Azim berkongsi bilik dengan Along.  Awalnya dulu tidur bilik sendiri tapi sekarang dah kongsi pulak dengan Along... alasannya tak lelap tidur sensorang.  Takutla tu!

Abahintan pula sibuk mengecat siling bahagian beranda yang baru siap.  Abahintan cat sendiri, jimat belanja. Ibuintan tak menolong bahagian ni sebab sakit tengkuk mendongak ke atas.




Bukannya lebar pun tapi menjelang petang masih tidak siap sebab kehabisan cat.  Hari ni  bersambung semula termasuk mengecat stor sebelum barang-barang dipunggah masuk ke dalamnya.

Intan pula menolong mengemas semua bahagian terutama ruang tamu. Walaupun menyapu setiap hari tapi peliknya habuk dan debu mesti masih kelihatan atas rak dan lantai.  Kalau sehari tidak menyapu, dah macam seminggu tak bersapu jadinya. Intan bercuti sekarang jadi tugasan menyapu memang tugasnya setiap hari.    Bila anak-anak dah besar ni, bilik sendiri adalah tanggungjawab sendiri. 

Intan juga ambil tugasan memasak untuk tengah hari.  Intan masak yang simpel dan ringkas saja.  Ibunya dah kepenatan menyapu sawang disiling rumah.  Pelik betullah ngapelah labah-labah suka sangat buat  sawang kat atas tu, kalau tak disapu nampak sangat tuan rumahnya seorang yang pemalas.  Hehehe mak mertua ibuintan pantang benar nampak sawang kat rumahnya.  Bising je mulutnya suruh menyapu.


Abahintan sedang berurusan dengan pemandu Indah Water.  Bayaran jelas RM48 sekali sedut.   Si lori Indah ni pun tiba juga semalam.  Dah berkali-kali di talipon baru semalam muncul.  Mangkuk tandas bermasalah setiap kali hujan lebat terutama apabila air hujan masuk dalam lubang takungan.  Setakat ni baru dua kali  takungan sisa pepejal ini disedut.Kalau tak silap kali pertama dua tahun yang lepas.


Hari ni akan menyambung kerja-kerja semalam yang masih belum siap. Tapi sebelum itu akan ke surau berhampiran dulu, ada majlis maulidur rasul pagi ni. Kalau sempat petang nanti juga  akan memunggah barang-barang dari stor lama belakang rumah ke dalam stor yang baru.


Dek urusan rumah ni maka semalam ibuintan terpaksa mendiamkan diri daripada menghadiri mana-mana  majlis kenduri.  Dah setiap minggu keluar ke majlis kenduri maka semalam tiada 'mood' langsung untuk kesebarang majlis tambahan pula semalam mendapat dua undangan.  Dua-dua tak pergi, dua-dua rakan... baru adil. 


Jumpa lagi.... insya allah.






3 ulasan:

inazamri berkata...[Reply]

kami anak beranak lak gtg royong lipat baju berbakul2 hehehhe

ibuintan berkata...[Reply]

hehehe ina... akak hari ni sambung gotong royong juga antaranya lipat kain baju juga

kasihibu berkata...[Reply]

Best anak dah besar2 boleh membantu