Hari Jumaat lalu, abahintan balik bawa dua ekor ayam hutan atau ayam denak. Semasa balik dari kerja abahintan terserempak dengan seorang rakan sekampungnya yang membawa ayam denak ni. Harga seekor ialah RM20. Kecil saja lebih kurang setengah kg se ekor. Rakan abahintan menangkapnya dengan memasang jerat dalam kebun getahnya. Ayam denak ni biasanya liar.
Abahintan sedang mencabut bulu-bulunya. Ayam denak tidak perlu dicelur dengan air panas sebelum mencabut bulunya. Ianya macam burung dan itik, terus dicabut bulu-bulunya selepas disembelih.
Ayam-ayam yang dah togel. Seksi kan!
Selepas dicabut bulunya, ayam ini dibelah dua untuk membuang bahagian-bahagian dalamannya. Kemudian barulah disalai di atas bara api. Ibuintan suka ayam yang disalai untuk dimasak gulai. Wangi baunya. Kalau beli ayam biasa dipasar-pasar pun, ibuintan akan beli ayam yang telah disalai jika dimasak gulai atau dibuat rendang.
Pada selera sendiri ayam hutan ni jauh lebih sedap dari ayam yang dibeli atau ayam bandar tu, malah lebih sedap juga dari ayam kampung. Dagingnya pejal, tidak berlemak dan manis mungkin sebab pemakanannya yang dicari sendiri cara 'kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang'... semua original takde dedak atau nasi sejuk lebihan semalam.
Sejak berkahwin juga baru ibuintan tahu binatang hutan ni seperti landak , pelanduk, rusa dan ayam hutan ni sangat sedap bila digulai bersama 'daun pijat' atau 'daun pepijet' nama famos amosnya di kampung mak mertua. Daun pepijet ni pun hanya terdapat di dalam hutan juga. Maknanya hasil hutan mesti dijodohkan atau dijudukan dengan hasil hutan juga.
Sejak berkahwin juga baru ibuintan tahu binatang hutan ni seperti landak , pelanduk, rusa dan ayam hutan ni sangat sedap bila digulai bersama 'daun pijat' atau 'daun pepijet' nama famos amosnya di kampung mak mertua. Daun pepijet ni pun hanya terdapat di dalam hutan juga. Maknanya hasil hutan mesti dijodohkan atau dijudukan dengan hasil hutan juga.
inilah rupanya pokok pepijet ....gambar diambil dari blog Ezney in the house... gambar yang ibuintan ambil di rumah MIL dah terdelete.
Daun pepijet ni seakan daun kunyit tapi baunya pula memang la saling tak tumpah bau pijat atau 'kepinding' .. memula dulu tak tahan dengan baunya. Tapi percayalah bau daun ni akan bertukar ke satu aroma yang sangat spesel bila dimasak. Rasa gulainya juga berbeza daripada gulai ayam yang dimasak bersama serai atau daun kunyit. Hilang terus bau 'pijatnya' bila telah dimasak. Memula merasa dulu takut juga tekak tak menerima tapi sekarang rasa nak gulai semua benda dengan daun ni. Tapi masalahnya daun ni sukar di dapati, tak ada dijual di mana-mana pasar atau pasar tani juga ...kat pasar raya lagilah takkan jumpa.
Kat rumah mak mertua ada serumpun kecil.... tu pun beberapa helai saja daunnya. Asal benihnya pemberian seorang penduduk kampung yang suka memikat ayam hutan yang mengambilnya di dalam hutan juga. Ibuintan dah dua kali cuba menanam tapi masih gagal. Setiap kali balik kampung akan mengambil beberapa helai untuk dibuat stok. Daun yang telah kering lagi wangi bila digunakan dalam masakan.
Gulai ayam denak bersama daun pepijet.... dikeringkan sedikit menjadi ala-ala rendang gitu! Sebab Jumaat dan Sabtu berkenduri kendara di rumah sebelah maka ayam denak ini disimpan dulu dalam peti sejuk. Baru hari ini berkesempatan untuk menggulainya.
Bila ada lauk ni tak perlu masak lauk-lauk lain sebagai tambahan, abahintan hanya akan makan lauk ni saja. Tu sebab masak dua ekor ni hanya cukup untuk sekali makan saja. Lagipun ayamnya kecik saje.
Sebagai tambahannya ibuintan buat sedikit sambal ikan bilis bersama tempoyak dan petai.
Alhamdulillah... rezeki untuk tengah hari ini, hasil hutan dari bumi bertuah ini...... ayam denak, daun pepijet serta petai. Lauk kampung untuk tekak orang kampung.
.... dua hari ni sempena cuti CNY anak-anak perantauan ramai yang balik ke kampung, maka mereka menjadikan capaian WIFI di rumah ini tersangatlah lembabnya, sejak semalam line semput, nak masuk FB pun terhegeh-hegeh apalagi nak masuk ke blogger. Tu yang senyap sunyi je dari sebarang laporan terkini.
13 ulasan:
Assalamualaikum Ibuintan
kalau saya ni
3-4 kali tambah...he he
sedap sungguh nmpknya gulai ayam denak tuh..lama dah saya tak makan
daun pepijet tuh klu kat kampung saya org panggil daun kesing sbb bau dia sama ngan serngga kesing..
daun tu jga ubat cirit birit..cuma rendh dlm air panas dan minum airnya..
Sedapnya dapat makan ayam denak tu.
Masa saya kecik dulu jiran saya selalu juga menjerat ayam hutan ni tapi saya tak pernah makan sebab dia makan sekeluarga aje .... huhu
assalam ibuintan..dulu acik selalu makan..arwah bapak dah tak de tak pernah makan lagi dah
saya pernah 2x je makan ayam hutan nie...rasanya lbh kurg ayam kg kan kak..
Wah mengancam sungguh gulai akak tu...Org2 nogori ni kalau masak lomak mmg terbaiklh....
Nampak sedap sangat..makchaq pernah bela ayam baka ayam hutan, ada reban tapi langsung tak masuk, tidur atas pokok, bertelor pun entah mana2 , tiba2 dah bawak balik anak..
Ada sebuah restoren di Seremban yg famous jual segala macam daging eksotik ..dimasak gulai...ada landak, ayam hutan, rusa, pelanduk...dekat dgn sekolah KGV tu..
Assallamualaiikum Ibuintan,
Bukan senang dah nak dapat makan ayam hutan mcm tu..
Sgt beruntung tu..
Daun pepijat...hmm ada nama lain tak..nak mcm daun serai tomyam..tapi daun serai Tmym agak gelap sikit.
akak suka masak lemak dengan dedaun2..wangi kan..
Ummi tak pernah rasa gulai dengan daun pepijet tu, tapi bila dengar ibuintan bercerita, dah kecur air liur ni, nampak gulai tu pun sedap sangat, tambahan masak pekat macam tu, perghh!!!, tak cukup nasi sepinggan tu.
Ayam denak kakak selalu juga makan cikgu tapi daun pepijat kakak tak tahu lagi walaupun kakak orginal org kampung juga tau...
Sedapnyaa tgk lauk gulai ayam denak.. Iye laa kan dah disalai mmg sedap.
Tgk daun tuh mmg nampak cam daun pijet mcam laa daun kunyit.. tapi tak pernah makan plak.. :)
Menarik tu. Apa nama restoran tu
Catat Ulasan