Sejak Jumaat juga Intan ada balik ke rumah. Dalam keadaan tangan yang sakit terpaksa juga menjahit dan menyiapkan dua pasang baju kurung untuknya, sepasang kurung batik dan sepasang lagi kurung untuk 'outing'. Syukur, dua-dua sudah siap untuk dibawanyan balik hari ini.
Semalam sekolah ganti untuk cuti Tahun Baru Cina untuk sekolah ibuintan. Sekolah menjadi tuan rumah sambutan Maulidur Rasul DUN Seri Menanti. Jadi sejak dua tiga hari yang lepas agak sibuk juga dengan persiapan menyambut majlis ini.
Bergotong royong menyiapkan beberapa helai sepanduk.
Perarakan sejauh satu km, diketuai oleh YAB Dato Hassan bin Malek, YB Dato Abd Samad bin Ibrahim (Adun Seri Menanti), Tuan Halim b A. Razak (Pengarah Pelajaran NS), nazir-nazir masjid, ketua kampung, penduduk sekitar, ibubapa, guru-guru serta murid dan wakil murid dari sekolah-sekolah dalam Dun Seri Menanti.
Memeriksa sepanduk yang dipertandingkan.
Dan seperti biasa, setiap kali majlis di sekolah, kecil atau besar, inilah bahagian yang ibuintan uruskan ..
tetap dan berpencen iaitu bahagian makan... suka juga sebab habis je majlis perut gerenti kenyang sama
Semalam agak tertekan juga untuk mengendalikan makanan untuk seribu orang..., jemputan, orangramai dan murid-murid. Namun berkat kerjasama semua kerja berjalan lancar. Terima kasih kepada guru-guru lain yang membantu.
Tengahari semalam balik ke rumah tapau lebihan jamuan semalam. Jadi tidak payah masak untuk makan tengahari untuk yang tinggal di rumah. Lauk dan nasi sekali. Pengusaha kantin yang mendapat tender menyiapkan makanan untuk seribu orang seperti biasa membuat anggaran lebihkan sedikit, biar berlebih dari tidak cukup.. jadi lebihan itu dapatlah orang bahagian jamuan menapau sekali. Balik ke rumah, badan pun penat apalagi selepas zuhur sempat tidur sekejap..
Petangnya ke Kuala Pilah menghantar Intan membeli buku rujukan dan juga membeli barang keperluan dapur. Dan yang pentingnya mencari ikan parang untuk menunaikan hajat Intan yang rindukan masak asam pedas ikan parang ibunya.
'Lauk asrama tak best. Ibu masak juga yang best' rungutnya.
hahaha mestilah ... Intan kan dah makan masakkan ibu sejak lahir mana leh kompare dengan masakkan orang lain, air tangan dah lain. Along pernah kata masa dia juga baru tinggal di asrama, 'ibu buat telur rebus pun sodap' ...hahaha bayangkan tu
Sodap ni... tapi kena makan dengan sabar, banyak tulangnya...
//macam-macam cete pulak pagi ni, maklumlah dah tiga hari cuti memblog... menulis entri serta membalas komen.
///ke Mersing kejap lagi, masih belum juga dapat melawat blog sahabat semua, maaf nanti kita jumpa lagi... insyaallah
