Followers

Sabtu, 7 Ogos 2010

Tolonglah saya.

Semalam dia datang berjumpa.  Hari ini dia telefon pula.  Seorang kenalan lelaki sejak seminggu ini menghadapi kemelut rumahtangga. Isterinya adalah jiran dan juga rakan kepada ibuintan.

Sebelum ini si isteri datang bercerita dan mencurahkan apa yang terbuku di hati. Biasalah bila dalam keadaan begitu hanya keburukan yang dkeluarkan. Tiada sekelumit pun kebaikan pasangan yang telah didampingi selama sepuluh tahun yang disuarakan. Berapi-api siisteri bercerita.

Sebagai seorang rakan, yang tidak mengetahui banyak hal tentang rumahtangga mereka sebelum ini, apalah yang dapat ibuintan cakap.  Hanya sedikit nasihat yang mampu diberikan, sekadar mengesyorkan supaya berfikir secara waras dan bertindak secara betul. Pasangan ini mempunyai seorang anak yang berumur 10 tahun.

Semalam, si suami pula bercerita juga masalah yang sedang dihadapi. Tapi berlainan cerita dan nada. Cerita kelukaannya, cerita tentang kekurangan dirinya, cerita tentang sikap mertuanya juga cerita tentang sikap isteri yang sudah berubah.  Pokok kepada semua masaalahnya ialah 'duit'.

Dalam nada hiba si suami meminta bantuan.  Meminta ibuintan menjadi  orang tengah untuk menjernihkan kembali hubungan mereka.  Siapalah saya, bukan kaunselor bukan juga pakar rumahtangga....bukan juga saudara dekat..

Rasanya kemelut rumahtangga mereka tidak akan sejauh ini jika  ibubapa masing-masing tidak campurtangan. Ibubapa masing-masing saling salah menyalahkan dan menuding jari. Kebencian telah disiramkan kepada anak-anak mereka.  Semasa situasi panas kedua-dua pihak isteri dan juga suami telah mengadu ke pejabat agama. Pihak isteri  minta dilepaskan, sementara pihak suami minta diberi bimbingan.

Punca semuanya ialah kerana si suami yang tidak tetap dengan satu-satu kerja.  Susah mencari kerja tapi senang pula melepaskan kerja itu.....

Kesian kepada si isteri , kesian juga kepada si suami.  Masih memikirkan kata-kata si suami "tolonglah saya kak, saya masih sayang padanya"  Apakah yang dapat ibuintan tolong? 

14 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...[Reply]

Kedua2nya kena buang ego masing2. Mungkin perlu memberi dan diberi ruang untuk 'menyendiri' beberapa waktu. Kalau tindakan ibubapa kedua belah pihak bagai mencurah minyak ke atas bara yang masih menyala, eloklah mereka diketepikan dulu. Masing2 kena menilai kembali kelemahan diri dan kelebihan pasangan.

Mudah2an mereka akan menemui titik penyelesaian yang sewajarnya dan semoga rumahtangga mereka segera reda dari gelora.

(eceh.. sejak bila pulak kakcik pandai2 nak jadi kaunselor ni???)

Zaitun berkata...[Reply]

Susah juga ya nak menyelesaikan masaalah rumah tangga orang.Yang lebih menyulitkan keluarga tak mahu mengalah bukan nak tolong selesaikan tapi memburukkan keadaan lagi.

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

Salam Kak,

seusia dengan tempoh perkahwinan saya.

setuju sangat kata2 kak cik tu..
ego dlm diri masing2 perlu dibuang supaya tak menyusahkan diri sendiri.

kasihibu berkata...[Reply]

rumit kalau kawan mohon bantuan macamni kan?
sya pernah kena , sya tak mampu menolong,
takut dengan pengalaman yg seberapa ni, tak layak rasanya
cuma bagitahu mungkin mereka kena rujuk masalah dengan jabatan agama bahagian kaunselor

Guru berkata...[Reply]

memang paya dan dalam dilema ni kan..

memang kena jumpa kaunselor yang punya latihan dan pengalaman kan

terbaru dari saya : tidak pandai berniaga

Acik Erna berkata...[Reply]

ibuintan..cuma boleh nasihat saje kan..terpulang pada suami isteri itu sendiri..buat keputusan jangan masa marah..ikut hati..bertenang dulu dan ikut nakal..

hentian berkata...[Reply]

menjadi pendengar yang baik adalah salah satu ciri-ciri kaunselor yang bijak.

mendengar pun dah cukup baik bagi si bermasalah...

hari ini kita dengar masalah orang, esok-esok orang dengar masalah kita pula..

ibuintan berkata...[Reply]

kakcik memang macam kaunselor la,
tu la masa jumpa ibuintan siisteri dalam mood marah yang membuak2 sedangkan si suami dah reda sikit ...
mereka duduk menumpang dirumah nenek, tu yang mudah saja keluarga isteri campurtangan

ibuintan berkata...[Reply]

betul la kak zai,
keluarga dah masuk sekali, tu yang susah tu makin mengeruhkan keadaan

ibuintan berkata...[Reply]

reen... tahniah dah sepuluh tahun, semoga ia berkekalan..
yang nampak ego nye ialah si isteri

ibuintan berkata...[Reply]

sya, akak memang tak berani cakap lebih2, takut juga tersalah cakap, cuma beri nasihat apa yang rasa patut saja

ibuintan berkata...[Reply]

cikgu normah,
mereka dah mengadu pada jab agama harap2 jab agama membrikan kaunseling yang sepatutnya kepada pasangan ini, akak tak menyebelahi mana2 pihak dua2 ada kesilapan sendiri

ibuintan berkata...[Reply]

kak erna memang saya dah minta mereka bertenang dan berbincang dulu, minta mereka berfikir dengan waras dan berbincang dengan aman..
tapi tu lah buat masa ni rasanya keadaan masih panas lagi, masing2 masih saling salah menyalahkan lagi

ibuintan berkata...[Reply]

memang betul IM, tapi takut juga kalau kita tidak mampu menjadi pendengar yang baik, takut juga terikut2 emosi si pengadu..
setakat ini hanya mampu bersms bertanyakan khabar dan menasihat apa yang patut