Followers

Khamis, 26 Ogos 2010

Terpaksa rehat

Selamat berpuasa hari ke 16.
Sejak malam semalam tiada aktiviti buka blog dan baca blog, blog sendiri maupun blog sahabat-sahabat lain. Sudah tertulis barangkali (adakah gitu) laptop yang dah digunakan selama 3 tahun, malam kelmarin terus terpadam, skrin gelap hitam, tiada sebarang cahaya,   Bila 'on' hanya ada bunyi desir angin saja, skrin gelap hitam. Pagi semalam cuba bertanya pada teknisyen makmal komputer, katanya skrin terbakar.

Tanya teknisyen kedai tempat laptop dibeli dulu, katanya hanya boleh di repair di pusat servis.  Kosnya pula dalam anggaran RM800, wah ...banyak tu, knapalah tak terbakar selepas hari raya saja.(seeloknya jgn terbakar), mana nak belanja raya lagi.

Balik rumah pikir dan bincang, rasanya lebih baik beli baru dari repair, kalau repair pun tak jamin juga.  Tapi bila nak beli?,... lain sangat rasanya, walaupun masih sibuk dengan jahitan baju kurung tapi nak juga berinternet, buka fb, buka blog, berinteraksi dengan dunia luar.

Azim dan Intan suruh beli komputer semula sebab komputer pun dah lama dihantar ke pusat recycle. Pening... semua dokumen berkaitan tugas ada dalam laptop tu. 

p/s; selain repair ada tak cara macam mana nak keluarkan semula semua dokumen yang ada dalam laptop itu.
p/ss; semasa di sekolah boleh menumpang gunakan komputer di makmal komputer sekolah, kalau cuti macam mana lak........huhuhu

11 ulasan:

kasihibu berkata...[Reply]

Salam kak
kalau gitu ghupo eh boli yo yg baru... ;p

sahromnasrudin berkata...[Reply]

salam ibu..apply la pakej komputer 1 Malaysia..leh dpt laptop free coz kiter duk luar bandar..ada pakej khs utk org luar bandar..pi mane2 kedai TM terdekat...

piewahid berkata...[Reply]

nasib blogger...

sabar ajelah. boleh pakai lagi dokumen dlm harddisk tu. boleh buat mobile harddisk kalau betul caranya.

ibuintan berkata...[Reply]

sya,
nampak gayo e kono lah camtu, tapi manalah nak korek duit ni... nak raya lagi

ibuintan berkata...[Reply]

shahrom.
skali ngan pakej streamix tu ke, kalau pakej tu tak boleh, sebab umah baru pasang streamix...
ke ada pakej lain?

ibuintan berkata...[Reply]

piewahid,
camnana caranya, tu yg tak tau tu...
bila buka gelap gelita je, ada yg dah masuk pendrive dan masih byk didlm dokument

Acik Erna berkata...[Reply]

ibuintan..risau juga akak ni..dah mula nak hitam akak.punyani..kadang2 tetiba je biru..kadang2 tetiba je hitam..akak semua apa yang ada kat dalam lptop ni..mesti ada kat dalam pendrive..buat backup la..senang kalau emegency...

piewahid berkata...[Reply]

slm,
ikut cara saya yg tak brape tau ni l/kurang cenggini:

kena kluarkan harddisk dari laptop tu, pastu test dulu elok ke tak. kalau elok, masukkn dlm 'sarung' mobile harddisk, siap.

laptop kami dulu pernah terendam dlm air masa banjir. saya pastikan ianya betul2 kering & masih boleh gunakan harddisknya. (skang dah rosak!) kurang2 dokumen2 penting masih boleh diselamatkan.

kalau nak lebih jelas cikgu boleh tanya technician, sy ni maklumlah...

piewahid berkata...[Reply]

p/s- rosak screen dsbnya tak bermakna harddisknya turut rosak cuma laptop ni kalau nak baiki kosnya hampir2 boleh beli baru...

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

Salam Kak,

pc lama dulu pun rosak kena kilat. Masa tu baru upgrade motherboard. Abg mintak kedai tukar kan ke external hard disk jer.

Itu pc; kalau laptop tak tau boleh ke tak.

sud@is berkata...[Reply]

alahai sdey2...simpati ngan ibuintan..buat hal time gini plak ye!...repair or bli bru ..bik bli.tp tulah...