Followers

Ahad, 1 Ogos 2010

SELAMAT HARI LAHIR - MUHD AZIM


 Hari ini Azim si bongsu genap 13 tahun. Selamat hari lahir kepada Azim. Semoga terus ceria dan sihat-sihat selalu.   Azim  lahir  pada waktu azan Subuh sedang berkumandang di masjid bersebelahan Hospital Tuanku Najihah.  Terdengar saja azan, maka ibuintan dengan segera terlintas untuk meletakkan nama si kecil yang baru lahir ini Muhammad Azim.  Semoga Azim akan membesar menjadi seorang anak yang soleh, mendengar kata, berjaya di dalam kehidupan, berjaya di dunia dan akhirat. Semoga Allah juga mempermudahkan semua urusan kehidupan yang bakal dijalaninya.

 Tentang kesihatan pula, sebagai ibu saya hanya mendoakan dan mengharapkan agar Azim segera sembuh dari penyakit asma yang baru dihidapinya. Semoga Azim akan terhindar terus dari penyakit asma yang sedikit sebanyak mengganggu aktiviti hariannya.  Ya Allah, berilah kesihatan yang baik kepada anakku Muhd Azim.
Amin...selamat hari lahir Azim

1 ulasan:

Acik Erna berkata...[Reply]

salam ibuintan ,semoga doa2 untuk Muhd,Azim..diperkenankan.
Selamat Hari Lahir untuk Muhd.Azim..semoga menjadi anak yang solleh..
anak akak yang no.2 pun dapat asma masa umur 13 tahun..
umur 17.lagi sekali kena sampai tak boleh bernafas..
sekarang ni nampaknya dah o.k ..