Followers

Isnin, 16 Ogos 2010

Kita hanya merancang

Petang semalam hantar Along balik asrama SMKA Pedas.. Bertolak dalam pukul 3.15 petang, perjalanan pergi lancar. Cuaca panas. Singgah di Bazar Ramadhan Taman Tunku Jaafar (TTJ)sebab Along hendak membeli roti John dan ayam percik. Hanya Along yang membeli untuk di bawa balik ke asrama, ibuintan belum membeli sebab kata abahintan  awal lagi, balik nanti singgah semula.  Kemudian meneruskan perjalanan semula. Dalam perjalanan, cuaca yang panas  tiba-tiba bertukar, hujan turun dengan tiba-tiba, dengan lebatnya.  Meredah hujan lebat sehingga sampai di sekolah Along.

Tidak menunggu lama,sebab masih hujan, terus berpatah balik semula.  Hujan masih turun.   Sehingga sampai di Bazar Ramadhan TTJ hujan masih belum reda, ditambah lagi kesesakan parking di kiri jalan, maka tidak jadi singgah.  Abahintan kata, nanti  singgah di  Bazar Senawang Jaya, pun sama juga, hujan renyai-renyai, ibuintan turun dan sempat membeli ayam percik kiriman Azim, Nak beli juga lauk dan sedikit kuih-muih, tapi tidak semena-mena, langit gelap semula dengan angin yang agak kuat,  hujan turun dengan lebat semula.

Memang tidak sempat membeli lauk dan kuih, terus berlari masuk semula ke kereta.  Meredah hujan lagi, dah melalui dua lagi tempat jualan Ramadhan namun masih tak dapat berhenti.  Dalam hujan dan keadaan jalan sesak memang menyukarkan pergerakan kereta.
         Di persimpangan Taman Ixora dan Taman Seri Pagi, pukul 6.15 petang, masih hujan.
Seterusnya smpai di persimpangan Jalan Senawang dan LEKAS , sudah pukul 6.25 ketika ini.  Selalunya lampu trafik tidak mengambil masa untuk bertukar warna di sini, tetapi sejak LEKAS di buka, disini mengambil masa hampir 20 minit baru dapat melepasinya.  Kereta  mula  bergerak perlahan semasa di hadapan Lavender Heights lagi.  Hujan masih lebat di sini. Kalau tahu lama menunggu di sini, kami akan mengikuti jalan pintas di Lavender untuk ke Kuala Pilah.

Kami menempuh hujan sehingga ke jalan baru di Gunung Berembun, jalan baru menggantikan Jalan Bukit Putus.  Lega hati hujan dah berhenti. Harap dapat sampai di Tanjung Ipoh sebelum pukul 7 malam.  Kereta  yang naik ke Kuala Pilah juga banyak.  Sampai di Terachi hujan semula, sebelum sampai ke Tanjung Ipoh, jalan dah jem semula, jam dah pukul 7 kami masih belum sampai di Tanjung Ipoh. Kami sampai tepat pada pukul 7.10 minit di Tanjung Ipoh, kami berhenti dalam hujan tetapi gerai menjual makanan sudah banyak yang tutup. Hanya sempat beli air soya panas, dan tiada lagi lauk yang dapat kami beli.

Terus balik ke rumah, Intan sudah masak nasi, tetapi tidak masak lauk.  'Ingatkan ibu beli lauk' katanya.  Hanya sempat jerang air, waktu berbuka pun tiba.  Abahintan tak sedap hati sebab tak dapat beli apa-apa, jadi dia masak mee segera.  Nasib baik ada dua bungkus dalam simpanan. Jadinya kami sekeluarga semalam  berbuka dengan mee segera, 4 ketul ayam percik dan air soya.  Hanya itu saja rezeki kami semalam.  Apa yang kami plan tidak jadi, mula keluar rancang nak beli itu ini, semua nak makan  mengikut selera sendiri, namun semua tak dapat, hanya dapat memenuhi permintaan Azim saja - ayam percik dan air soya.  Tu pun nasib baik beli empat ketul.

Apa pun itulah, kita hanya merancang.  Untuk sahur ibuintan goreng ikan masak kicap dan ssedikit sayur.

6 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...[Reply]

Salam ibuintan..

Alhamdulillah - masih ada rezeki untuk dijamah. Bayangkan mereka yang hanya berbuka dengan air paip sahaja.. sedih, kan?

Kalau kakcik lalu Lavender Heights tu, mahu cari rumah Kanda AL - buat muka tak malu nak tumpang berbuka.. hehehe... (padahal alamat dan nombor telefon pun tak ada!)

ibuintan berkata...[Reply]

tulah kakcik,
betullah, syukur dapat juga berbuka puasa dgn baik...
tulah kakcik setiap kali lalu lavender mesti ingat kat Kanda AL tu... tak brani nak redah takut kena tangkap ngan pengawal, slalu numpang lalu je...

Acik Erna berkata...[Reply]

ibuintan..alhamdulillah..ada juga rezeki kan..rumah akak tak jauh dari pasar ramadhan TTJ tu..tapi petang semalam hujan ribut..nasib hari cuti..akak memang dah masak,,kalau nak harap beli..rasa nya semalam pun tak dapat..sebab nak keluar rumah pun tak boleh..hujan ribut semalam..

ibuintan berkata...[Reply]

kak erna,
alhamdulillah, akak duduk TTJ ye, bolehlah singgah nanti..
semasa ribut tu rasanya saya dah sampai di Senawang Jaya, sebab disitu pun hujan dan ribut skali..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...[Reply]

allah maha besar

ibuintan berkata...[Reply]

semuanya kuasa Allah..