Followers

Ahad, 1 Ogos 2010

Kerja sampingan menjelang raya.


Mesin jahit antik dah memulakan operasi semula. Sejak awal minggu yang lalu, sudah memaksa dan merajinkan diri memulakan operasi part-time. Kerja part-time yang disukai sebenarnya. Cuma sekarang ni entah kenapa pulak penyakit 'malas' datang bertandang. Menerima tempahan menjahit baju kurung raya untuk rakan-rakan sejak masuk bulan Rejab lagi, tetapi diperuk dahulu, biarkan dulu, nantilah dulu... ni dah nak masuk Ramadhan memang tak boleh dilengahkan lagi.,... setakat ini tempahan telah ditutup, memang tidak boleh terima lagi.

Ibuintan hanya menerima tempahan rakan biasa atau kata lain pelanggan tetap saja, tidak berani menerima banyak takut mengganggu urusan kerja wajib, dan ibadat sunat  bulan Ramadhan nanti. Belajar dari pengalaman, pernah  dulu disebabkan tamak (rasanya) terima saja bila kawan/jiran minta jahitkan  baju,  dan disebabkan untuk mengejar masa yang suntuk langsung tidak dapat bersama berjemaah di surau berhampiran.  Cukup sekali rasanya, abahintan kata poket gemuk tapi pahala kurus.

Syukur, sudah hampir separuh baju kurung yang telah dijahit, untuk menyiapkan jahitan leher dan tangan, baju boleh dibawa ke sekolah, boleh dijahit di waktu senggang atau waktu free.  Biasanya setiap hari bawa sehelai baju untuk dibuat kemasan lehernya yang menggunakan jahitan tangan.
Menjahit kerana minat, disamping itu dapatlah juga menambah duit raya. Dapat duit pulak belikan ke biskut raya sebab ibuintan tidak suka membuat kuih muih ni. Okeylah kan tolong rakan/jiran yang mengusahakan kuih muih raya pulak.

17 ulasan:

hentian berkata...[Reply]

ibu_suri juga dulu gemar menjahit dan ambil tempahan. kini semuanya tinggal usang...

kak wan berkata...[Reply]

OK la..tu,
Ada rm masuk..ada rm keluar..macam kakwan ni manjang je keluarnya..sebab bab - bab ni semua memang tak reti.
Any Happy Birthday to Azim...ingatkan masih sekolah rendah rupanya dah bujang ye...

azlina berkata...[Reply]

ok la tu..rajin akk tmbh pendapatan syabas kak..ina ni belajar jahit di IFTC terkubur mcm tu je...entah kenapa blh x minat dah...
pakai minat jahit malas...
btw sama le ina mls nak wat kuih raya bli je lagipun bkn makn sgt anak dan tetamu kalau nk dtg pn dah order yg berat2..he..he..

kak long berkata...[Reply]

greattt..!
cam kaklong ni boli dah siap yo...
solai cukup la yg lain tu lobih ko anak2...
mcm mak sedaro kaklong,jd cikgu,mejait totap mejait...
tp kuih rayo sumo eh beboli..he3

Yunus Badawi berkata...[Reply]

Salam ibuintan.
Wah pandai menjahit baju rupanya sehingga boleh mengambil upah menjahit! Baguslah macam tu sbb gunakan kemahiran utk menambah pendapatan dan dalam masa yang sama merasa seronok.

Emak Adam pun boleh menjahit tapi utk keluarga aje.

ibuintan berkata...[Reply]

tentu ibu-suri rindu suasana dan kesibukkan aktivitinya yang dahulu, semoga ibu-suri terus tabah dan sabar..

ibuintan berkata...[Reply]

kak wan,
suke-suke jer, tapi dapatlah juga menambah duit raya sikit, dapatlah beli daging lebih ...hehhehhe

ibuintan berkata...[Reply]

ina,
akak blaja jahit baju kurung je, sebab minat dan pakai baju tu je..yang lain akak malas, tapi skarang dah byk juga malas nye menjahit ni, mata dah tak tahan..

ibuintan berkata...[Reply]

kak long,
baju rayo sendiri biaso e siap pagi rayo, tu memang sah baju rayo..tapi baju Intan kena jahit awal kalau tak panjang juge muncungnye

ibuintan berkata...[Reply]

YB.. seronok.. stakat baju kurung bolehlah, tu je yang blajar pun, saja senang tambahan kita kerja pakai baju kurung hari-hari..
dapat jugalah tambah pendapatan selain isi masa lapang

kasihibu berkata...[Reply]

salam kak
sya tak pandai menjahit, tp minat tu ado..
ayah sya menjahit langsir, baju melayu, tp dululah sekarang tak lagi

Acik Erna berkata...[Reply]
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Acik Erna berkata...[Reply]

ibuintan,.pandai menjaht rupanya ye..akak tang jahit menjahit ni..fail la..belum pernah jahit baju kurung lagi..asek beli siap je..

Zaitun berkata...[Reply]

Kak Zai langsung tak pandai menjahit,semua hantar kat orang,pernah terjadi lama dah bagi kain tapi baju tak siap pakailah baju lama frust sesangat.

ibuintan berkata...[Reply]

sya, kalau tak pandai tapi minat boleh juga belajar, kalau rajin menjahit ni walaupun buat baju kurung saja boleh buat 'duit' juga

ibuintan berkata...[Reply]

kak erna setakat jahit baju kurung je bolehlah, ramai juga yang menempah tapi tak boleh ambil byk2 takut tak tersiapkan..

ibuintan berkata...[Reply]

kak zai,
dapat bayangkan camno sedihnye tu bila baju rayo tak siap, tu yg saya takut tu...nanti org marah