Followers

Ahad, 15 Ogos 2010

Kegemaran mak

Selamat sudah menjalani ibadah puasa di hari ke empat. Alhamdulillah sudah empat hari juga menunaikan solat terawih di surau berhampiran. Jemaah tidaklah ramai, namun saf perempuan lebih panjang dari saf lelaki. Kaum lelakinya mungkin  ke Masjid Tuan Tulis.

Menu berbuka petang tadi ialah menu kegemaran mak (arwah) ibuintan. Mak suka sangat makan gulai ikan parang  dengan buah tomato dan peria. Kalau  gulai ini selalunya berselera sungguh mak makan.  Pagi tadi ke kedai yang biasa dikunjungi, ikan-ikan yang dijual baru sampai dan masih segar.  Lalu beli seekor ikan parang yang sedang besarnya,  hari ini sekg ikan parang berharga RM14, selalunya mencecah RM18 sekg.  Rakan-rakan yang berasal dari Pantai Timur dan Utara selalu berkata harga  ikan dan sayur di Kuala Pilah harga orang kaya.
Untuk manisan pula, ibuintan buat pengat mee siput dicampur dengan pisang nangka masak.  Mee siput ialah mee kering yang biasanya mudah di dapati di bulan Ramadhan.  Pengat yang di masak dengan gula anau dan dibubuh pati santan.  Ini juga makanan kesukaan mak, setiap bulan puasa mesti buat. Tapi petang tadi menunaikan permintaan abahintan pula, pengat ini menjadi kesukaannya.
Mee siput
Untuk anak-anak pula, petang tadi suruh Azim ke Bazaar Ramadhan di Tanjung Ipoh. Azim beli burger dan murtabak.  Anak-anak suka makan nasi dahulu semasa berbuka.  Azim juga sudah empat hari membeli air soya.  Air soya ialah air wajib di bulan puasa.  Selain itu, untuk mereka ibuintan juga buatkan ayam goreng berempah.  Hampir setiap hari ada menu berasaskan ayam.  Ayam menu wajib, entah bilalah mereka nak muak dengan ayam agaknya



Pengat mee siput dan pisang yang telah disejukkan enak dimakan selepas balik dari surau.

//Walaupun anak-anak selalu komplen ikan parang banyak tulang tetapi mereka suka makan juga.

15 ulasan:

kak long berkata...[Reply]

kak,
kalong roma bona kek mee loka(siput)tu...campo ngn pisang nangko...umang ai sodap eh lak...
ni yang mulo teringin nak buek...huhuhu

Acik Erna berkata...[Reply]

ibuintan..teringat juga dengan arwah mak dan bapak..setiap bulan puasa tak pernah tinggal pengat mee siput tu..
ikan parang pun..kegemaran akak..lemak je..bila dimasak cili api..tapi..budak2 tak berani lansung usik..banyak tulang katanya..

Acik Erna berkata...[Reply]
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Acik Erna berkata...[Reply]
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Kakcik Seroja berkata...[Reply]

Salam ibuintan..

dah nak pencen pun, baru ini kakcik terjumpa dengan pengat mee siput (itupun dalam blog ini). Rasa macam nak cuba buat la pulak! :)

Pagi tadi, waktu sahur - Along kata 'tak payahlah beli air lagi kat pasar'... kakcik senyum sahaja. Iyalah, tiap2 hari kakcik bancuh air, tak nak minum. Nak yang dibeli juga. Bila dah sakit perut, baru 'nak insaf'. :)

Al Fatihah untuk arwah mak2 kita.

hentian berkata...[Reply]

wow... gulai lemak ikan parang tu mengancam. teringat IM ketika memasak dengan kawan IM masa belajar dulu.

Nanti la, kalau rajin IM cerita...

Yunus Badawi berkata...[Reply]

Salam ibuintan,
Lapar terus saya bila tengok gambar2 makanan tu huhuhu.

Pukul berapa mula pasar ramadan di Tg Ipoh tu? Kalau sempat bolehlah kami singgah balik dari Serting nanti hehehe

Maiyah berkata...[Reply]

sy suka gulai ikan parang tu.. mmg mnyelerakan..

ibuintan berkata...[Reply]

kak long...ha'ah mee loka, nak sobut camtu takut tkde yang konal, uih memang sodap...
tambah-tambah dah disojukkan, selalu buat kalau bulan puasa feberet abahintan tu...

ibuintan berkata...[Reply]

kak erna,
memang lauk dan pengat tu, kegemaran mak dan abah.. . ikan parang menamg sedap dan lemak, cuma harganya lebih sikit...
anak-anak saya okey pulak, diorang dah pandai buang tulangnye tapi kena beli ikan yang besar sikit la..

ibuintan berkata...[Reply]

kakcik,
rumah saya wajib setiap berbuka air soya tapi yg tidak diletak ais, hanya disejukkan dlm peti ais saja...
cubalah kakcik, mee siput ni wangi bila dah dicampur dengan pisang nangka, memang sedap bila dimakan waktu berbuka....

ibuintan berkata...[Reply]

IM,
pernah masak ke, sedap walaupun ikan ni byk tulang....
cerita jgn tak cerita..

ibuintan berkata...[Reply]

slam kembali YB...
sabar YB, tahan dulu, poso ni...
pasar ramadhan tu pukul 3 dah mula dah, cubalah singgah YB, tapi taklah sebesar tmt laen...

FM Radio Streaming berkata...[Reply]

Awak nih rindu makan ni
Kangen Intan

NADHIRAH HAZWANI berkata...[Reply]

mak embung..sedapnye pengat nagke ngn mee siput....tau x ank sape ni??^___^