Followers

Ahad, 22 Ogos 2010

Janda Pulang

Salam Ramadhan ke 12.  Petang semalam balik ke rumah mak mertua. Berbuka bersama mak dan abah mertua, turut bersama balik berbuka ialah dua keluarga adik ipar.  Sampai lewat sebab tunggu Along balik dari asrama, Along sampai dalam pukul 5 petang.  Adik ipar menyembelih tiga ekor ayam kampug.

Pagi tadi balik ke rumah semula. Semasa di rumah mak mertua, terlupa minta abaintan kaitkan buah kelapa.   Terasa ingin pula minum air kelapa muda.  Ibuintan tidak suka air kelapa yang dibeli di gerai sebab terlalu manis (ditambah gula), terlalu banyak ais batu dan juga isinya yang sudah mengeras.  Suka isi kelapa yang masih lembut.

Sampai dirumah pagi tadi, menyuarakan keinginan kepada abahintan.  'La tadi kat rumah mak, knapa tak cakap' katanya, sebab di rumah mak banyak pokok kelapa. 'Lupa' itu saja jawapannya.

Minta abahintan ambil kelapa di tepi sawah di hadapan rumah. Ada tiga batang pokok kelapa di tepi sawah tu, di tanam oleh arwah abah dulu.
Sawah padi yang terdapat dihadapan rumah.  Ibuintan hanya tuan tanah kepada dua ekar sawah saja, yang lain jiran-jiran yang punya. Yang mengusahakan sawah pula bukan orang kampung sini tapi En. Munir orang Tanjung Karang.  Orang sini termasuk tuan tanah ni jadi 'tokey', makan duit sewa yang tak seberapa tu.  Takpelah asalkan tanah sawah tu tak  menjadi hutan dara pula.  Setahun dua musim, jadi dapatlah dua kali duit sewa tanah sawah tu. Dapatlah duit sewa tu untuk beli beras pula.
Inilah pokok kelapa tu. La dah tinggi rupanya. Rumah ibuintan atas bukit, pokok kelapa ni tepi sawah di kaki bukit, bila pandang dari halaman rumah nampak rendah saja.  Dah tu ada tinggal setandan saja, dibawah pokok ada sebatang galah, tak pernah pula abahintan ambil buah kelapa ni, sapelah yang ngambil tu, musykil juga.
 Nampak rendah saja dari halaman rumah ibuintan.  Cuba kait dengan galah/buluh yang sedia ada di bawah pokok kelapa.  Dapat dua biji, tapi sebiji jatuh ke tanah terus pecah. kering airnya.


Dapat sejug kecil. Air kelapa muda @ air janda pulang.  Tak tahulah kenapa orang lama-lama ni panggil air janda pulang.  Pulang ke mana pun ...entahlah!  Lupa nak tanya mak-mak janda, diorang pergi mana dan nak pulang ke mana.   Ada juga yang mencampurkan sedikit gula anau. 

10 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...[Reply]

Laaa... kakcik ingat tadi janda mana yang pulang! :)

ibuintan berkata...[Reply]

hehehe..takde janda mana la kakcik,
air saja

kak wan berkata...[Reply]

Oh iya ke..
Orang nogori panggil air kelapa muda ni janda pulang ke..?

Abahintan ambilkan buah kelapa macam ibuintan ngidam pulak ye..

hentian berkata...[Reply]

macam ibu_suri juga. baru keluar rumah dah kecoh nak buang air. jenuh la IM putar-putar cari petronas untuk ke tandas..

sabo je ler, yop....

ibuintan berkata...[Reply]

kak wan,
entah lah, orang2 tua dulu pandai beri nama, macam-macam cara nak menglamorkan menu mereka...

hehehe..saja nak menduga tadi mau pulak dia ambil..

ibuintan berkata...[Reply]

IM,
bukan saja nak menyusahkan, masa kat rumah ibu-suri lom sampai masa nak ke tandas dah kluar rumah baru hajat tu terasa...

ibuintan pulak saje je, menduga..

Acik Erna berkata...[Reply]

ibuintan,,dulu masa dok sg.burung..2 pokok depan rumah..tanam sendiri rendah aje..boleh petik tak perlu galah..
akak suka buat air kelapa..campur sirap sikit dan aiskrim soda..
terasa2 keenakannya...

ibuintan berkata...[Reply]

kak erna,
terasa nyaman je lalu ditekak kan,
nak cuba juga nanti air kelapa aiskrim soda...

Zaitun berkata...[Reply]

Ingat cerita janda hot ke hehehe...

Seronoknya depan rumah ada sawah,sayup mata memandang,tenang aje kannn....

ibuintan berkata...[Reply]

kak zai,
bulan puasa ni tak boleh cerita pasal janda hot, kurang markah...