Followers

Rabu, 11 Ogos 2010

Gelagat

Selamat berpuasa tua, orang-orang lama memanggil puasa pertama ni sebagai puasa tua.  Baru habis kelas tahun satu. Hampir habis satu masa mengajar,  melayan keterujaan budak-budak tahun satu bercerita tentang puasa hari pertama hari ini.  Keterujaan bercerita tentang bersahur dan membaca niat.  Berebut-rebut untuk bercerita dan semua mengatakan mereka berpuasa hari ini.

Tapi dalam reramai tu ada juga yang membawa bekal air walaupun dia berpuasa.  Ada yang berkata boleh minum lepas tu puasa semula.  Yang tidak boleh ialah makan.  Tapi ada juga yang jujur terus berkata tidak berpuasa sebab emak tidak beri, nanti lapar dan penat.  Rasa-rasanya anak-anak tahun satu dah sepatutnya diasuh dan diberi galakkan untuk menunaikan ibadah puasa ini.

Baru pukul sembilan pagi dah ada juga yang mengadu lapar. Dah ada buat alasan penat untuk menulis, ada juga kepala dah terletak di atas meja, nak tidur lah tu. Seronok dan gelihati juga melihatkan telatah mereka. Ada juga yang asyik bertanya waktu rehat nanti nak duduk di mana, nak pergi mana. Sabar jelah...kata mereka tak boleh bermain takut nanti haus dan lapar..

Beri mereka peluang belajar berpuasa, kalau tidak mampu sepenuh hari, beri galakkan berpuasa secara beransur-ansur hingga tengah hari, ansur pula ke petang dan akhirnya mencuba sehingga penuh satu hari.

Ibuintan  menggalakkan anak berpuasa dengan memberi imbuhan wang sebanyak bilangan hari mereka berpuasa. Sebagai insentif yang mereka nampak dan dapat hasil berpuasa, tetapi hanya pada umur enam dan tujuh tahun sahaja. Selepas umur tu tiada krompomi, tiada insentif lagi.

5 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...[Reply]

Semoga anak-anak itu terus kuat dan tabah untuk meneruskan puasa mereka. :)

kak long berkata...[Reply]

tapi kalau nk diikutkan zaman sekarang je ank2 kecil yg mendapat imbuhan kalau berpuasa...
kita dulu jangan harap...
kalau tak pose, waktu berbuka dilarang duduk sekali bebuka...menagis,lepas tu baru la nak berazam pose esok...he

ibuintan berkata...[Reply]

rasanya ada yang tabah dan kuat meneruskan puasa mereka, namun ada juga yang dah buka waktu rehat tadi..

ibuintan berkata...[Reply]

kak long... memang zaman kita mana ada imbuhan gitu, mesti puasa kalau tak mandang je orang makan, kita dapat kemudian..

Zaitun berkata...[Reply]

kak Zai pun bagi imbuhan masa anak2 kecik dulu,Kena ajar walaupun dapat berpuasa setengahari.