Followers

Selasa, 24 Ogos 2010

Cicak oh cicak.

Ahhhhhh..tensen je. Asyik-asyik nampak cicak. Kenapalah  cicak bertandang ke rumah ni.  Pandang dinding nampak cicak, pandang ceiling pun nampak cicak. Dah banyak juga yang dah terjun dilastik dengan getah tapi masih juga wujud cicak-cicak di rumah ni. Nak kata makanannya banyak, tak juga, mana ada serangga dalam rumah ni,.

Tidak tahulah dari mana datangnya. Di ruang tamu ada, di dinding dapur ada, masuk ke dalam bilik pun ada. Dah disembur dah dilastik pun masih ada.  Kata orang tua-tua, sembur dengan air lada, dah buat juga, hilang sekejap, kemudian timbul semula.  Nampak macam berkesan bila disembur dengan air lada tapi masalahnya dinding jadi comot pula.

Yang tidak tahannya bila melihat tahinya yang hitam putih tu, berderet di tepi bendul lantai.  Juga beratur di bingkai tingkap. Sakit mata, sakit hati.  Bila hari siang tidak jumpa pulak di mana 'pot' cicak ni lepak, malam hari je mulalah sekor-sekor keluar tunjuk muka.  Kekadang 'berketak-ketik' pula menyanyi nyanyi riang

 Abahintan suka melastik cicak-cicak ni. Katanya cicak elok dibunuh.

Dipetik dari KITAB NAILUL AUTHAR Himpunan Hadith-Hadith Hukum Jilid 6:

i. dari Sa’id bin Abi Waqqash: Sesungguhnya Nabi saw menyuruh membunuh cicak dan ia menyebutnya binatang kecil penyeleweng (HR Ahmad dan Muslim).

ii. Dari Ummu Syarik ra: sesungguhnya Nabi saw menyuruh membunuh cicak-cicak (HR Ahmad, Bukhari dan Muslim)

iii. Bukhari menambah: Nabi saw bersabda: dan cicak itu pernah meniup (api yang membakar) Nabi Ibrahim as

iv. Dari Abi Hurairah ra, ia berkata: Rasulullah saw bersabda: “ Siapa yang membunuh cicak pada pukulannya yang pertama ditulis seratus kebaikan sedang pada pukulan yang kedua dan yang ketiga kurang dari itu. “ (HR Ahmad dan Muslim) - kredit kepada http://www.mesra.net/forum/lofiversion/index.php/t69275.html


//apakah cara yang paling baik untuk menghapuskan cicak dari kediaman kita?

14 ulasan:

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

Salam Kak,

TU MUSUH KETAT SAYA KAK !

samalah kak.
memang geram dengan menatang ni kann..


saya cuba produk cosway. perangkap cicak+ lipas. Buat masa ni baru 2 ekor berjaya di tumpaskan..hehe..

Percaya tak minggu lepas saya jumpa sebesar 1 inci lebar dan sejengkal panjang !..Punyalah geli..


*nanti saya wat entri pasal tu eh kak.

hentian berkata...[Reply]

teringat jiran sekampung IM selalu bercerita pasal mimpi dia bila saja ada pertunjukan pentas di kampung.

katanyanya dia berhempas pulas bergelut dengan buaya. bila tersedar rupanya....cicak!

Kakcik Seroja berkata...[Reply]

Salam ibuintan..

di rumah kakcik pun ada cicak. Tapi taklah banyak... memang melihat 'sihitam putih' tu merata2, sungguh menyakitkan hati.

Unknown berkata...[Reply]

kat umah saye pun ade jgak..
terutama nye kat dapur..
paling sakit hati
bile kita masuk tandas,dia ade je kat dinding..
mase tu nak terkucil
pun tahan aje la..
sebab saye
memang geli dengan cicak,katak..
ish..geli la..

sahromnasrudin berkata...[Reply]

salam..mmg susah nak hapus coz dia binatang pelik cikit huhuhuh

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...[Reply]

untung akak dapat buat pahala lebih

Acik Erna berkata...[Reply]

ibuintan...akak dulu pun macam tu..banyak betul cicak..akak ada beli satu jenis racun..tapi dah lupa pulak namanya berkesan.bergelimpangan cicak mati..

ibuintan berkata...[Reply]

reen,
musuh ketat ke! hehehe
memang menyakitkan hati, tambahan tabur tahi hitam putihnye merata-rata..

ibuintan berkata...[Reply]

hahaha..klakar lah pulak IM hari ni, semoga ceria dengan cerita cicak tu

ibuintan berkata...[Reply]

kakcik,
tang hitam putih tu la yang saya tensen sangat tu, suami selalu bersungut kalau nampak benda tu, yg lecehnya nak buang yg di bingkai tingkap..

ibuintan berkata...[Reply]

diana,
bia betul takkan sampai camtu skali, uihh mana leh tahan... bahaya tu..
baik ambil penyapu balun ye menatang yg menggelikan tu..hehehhe

ibuintan berkata...[Reply]

shahrom,
pelik tapi benar, menjelekkan dan menyakitkan ati

ibuintan berkata...[Reply]

brutalsolo,
dpat pahala bunuh cicak ke? nanti misi tu akan diteruskan..

ibuintan berkata...[Reply]

kak erna,
racun khas untuk cicak ke, nak cuba cari juga...
dah pernah beli jenis gam tapi tak berkesan