Followers

Jumaat, 6 Ogos 2010

Arghhhhhh lega

Hari yang panas. Membahang. Sambil menunggu Intan habis kelas, menunggu di tepi jalan di luar kawasan sekolah. Diseberang kiri kanan jalan terdapat gerai menjual aneka air berbagai kaler dan rasa, juga gerai menjual air batu campur.  Terliur melihat bebudak meneguk abc yang sejuk dan dingin. Teringin juga tetapi malas nak bersaing dengan bebudak sekolah untuk mendapatkan segelas abc.

Gerai menjual air batu campur di bawah sepohon pokok ketapang yang rendang di kiri jalan.
Sebuah lagi gerai yang menjual aneka warna dan rasa air minuman.  Majoriti pelanggan ke dua-dua gerai ini ialah pelajar empat buah sekolah dikawasan ini. Gerai yang hanya wujud di hari persekolahan saja.

Keluar saja, terus minta Intan belikan segelas air batu campur. Kongsi berdua sebab tak minum air batu, tapi teringin sangat melihat anak-anak sekolah menghirup air yang sejuk dingin tu. Sekali teguk saja...arghhhhhhhh lega. Yang lain Intan habiskan.

               Dah habis setengah baru teringat minta Intan snapkan gambar abc yang menyegarkan.
 Setiap hari yang panas, sehabis waktu persekolahan  gerai-gerai yang menjual minuman dan makanan ringan ini pasti diserbu pelajar sekolah yang kehausan dan kelaparan.  Diharapkan sipenjual menjual dengan ikhlas tanpa mengharapkan untung besar, jaga kebersihan dan memastikan air dan makanan yang dijual dimasak sempurna.

10 ulasan:

Zaitun berkata...[Reply]

Tepi jalan nak kesekolah anak kak Zai pun macam2 ada jual,sampaikan pizza pun ada.

Acik Erna berkata...[Reply]

salam ibuintan..sama juga dengan sekolah dirumah akak tu..macam2 ada jual..akak apa lagi..pantang lalu..terberkenankan air kelapa pandan la..sejuk..nyaman je lalu kat tekak..

kak wan berkata...[Reply]

Kakwan pun selalu macam tu ..mesti nak membeli .kalau kakak keluar lambat,
sebab tu lebih baik kakak tunggu daripada kakwan menunggu.selamat segalanya..

kasihibu berkata...[Reply]

kak
kadang kita bukan nak sangat kan?
tp bila tengok orang minum k makan ke..
mengamcam yo..tu yg boli jugak..;p

ibuintan berkata...[Reply]

kak zai,
ramai peniaga yang mendapat rezeki dihari persekolahan dengan berjual di luar kawasan sekolah..
cuma harapnye mereka bertanggungjawab dan menjaga kebersihan makanan yg mereka jual tu

ibuintan berkata...[Reply]

kak erna...
saya pun kalah ngan air kelapa pandan ni, cuma kekadang tertipu juga dengan ais yang lebih banyak dari air kelapa

ibuintan berkata...[Reply]

hahaha kak wan.. betul tu kalau lambat memang selamat poket

ibuintan berkata...[Reply]

sya memang tambah benda2 yang disejukkan macam buah potong juga

hentian berkata...[Reply]

rezeki ini ketentuan allah. panas rezekinya kepada penjual minuman. hujan rezekinya kepada penjual payung.

kalau dah otak bisnes apa dipandang semua boleh menjana duit.

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

Salam Kak,

tetiba rasa nak ABC pulak petang-petang ni..

huhu..