Followers

Sabtu, 14 April 2012

Rambutan pacat.

Pernah tak tengok dan makan buah ni? Pagi Rabu lepas sempena cuti pertabalan Agung, ibuintan join sekumpulan kakak dan makcik yang setiap pagi berjalan keliling kampung.  Dari kampung kami, kami berpusing pula ke kampung sebelah, adalah dalam jarak 5 ke 6 km rasanya.  Semasa melalui jalan yang merentas sawah padi, seorang makcik terpandang buah ini yang sedang berbuah lebat di tepi jalan yang kami lalui.  Seumur hidup inilah pertama kali ibuintan melihat dan mendengar nama buah ini.  Makcik ini memanggilnya 'buah rambutan pacat'.  Tak tau lah kenapa namanya pacat, setahu ibuintan pacat ni macam lintah yang menghisap darah tu.  Bentuk buahnya  tak juga macam buah rambutan.


Apalagi ibuintan dan beberapa orang kakak yang tidak pernah merasa buah ini lantas memetik beberapa biji buah yang telah masak.  Buah yang telah masak ranum berwarna coklat kehitaman.  Rasanya agak manis namun masih terasa sedikit pahit dan kelat.  Cantik bentuk buah ni bergugus seakan buah anggur.


                        Inilah pokoknya. Rendah dan rendang dan sedang berbuah lebat.

Ibuintan bawa balik setangkai buah ni untuk ditunjukkan pada anak-anak dan untuk anak-anak merasanya.  Tak seorang pun yang kata 'sedap' sebab rasanya kelat dan pahit.




30 ulasan:

Acik Erna berkata...[Reply]

Assalam ibuintan..bukan buah belinjau ke tu..yang ada keropok pahit2 tu..pucuk dan buah mudanya boleh dibuat masak gulai..

kasihibu berkata...[Reply]

betul tu sya pun tengok mcm buah belinja, kerepek belinjar tu sodap, pucuk di di buat ulam pun sodap.

tapi sya tak tahu pulak boleh di buat gulai

MulutPayau berkata...[Reply]

Ibuintan....saya pun pertama kali tengok buah ni...

zul permatang badak berkata...[Reply]

ooo.....namanya rambutan pacat......

ummiross berkata...[Reply]

Ibuintan,masa kecik2 dulu ummi pernah makan buah ni, memang rasa dia manis2 kelat,kami panggil dia buah 'terajang',haha..

ckLah @xiiinam berkata...[Reply]

Macam buah belinjau, tapi lebat betul buahnya. Tak ada orang ambik pulak ya walaupun terbuka. Kalau buah belinjau, lepas kulit pertama tu ada tempurung nipis. Bila direbus, baru sedap dimakan isi putih di dalamnya. Cer cuba...

NzA berkata...[Reply]

masa kecik2 dulu slalu petik buah ni ttp xtau nama apa.....rasanya mcm buah kurma yg baru nk masak tu..kelat2 sikit...

kaklong berkata...[Reply]

osah lak aiii..kaklong pun 1st time tengok...hahahah!

adol ihsan berkata...[Reply]

Salam..

Nak sekilo .. :P

hazanis berkata...[Reply]

unik nya buah nie....^^

Akak Kembang berkata...[Reply]

memang tak penah nmpk...

ahmad humairi berkata...[Reply]

Sah buah "ninja"...kami masak kari...fuhhh, sdap toi!

Zaitun berkata...[Reply]

Kak Zai tak pernah jumpa dan makan.

ibuintan berkata...[Reply]

Mualaikumsalam kak... saya buah belinjau pun tak kenal, makan keropoknya penah la... rasa kelat kan

ibuintan berkata...[Reply]

entahla Sya . takde pulak makcik2 tu cakap pucuknya boleh buat ulam, nanti kalau join makcik2 tu 'joging' akak nak tanya juga

ibuintan berkata...[Reply]

samalah kita pertama kali tengok, dan rasa juga

ibuintan berkata...[Reply]

en zul... makcik2 tu la kata namanya rambutan pacat, saya pun baru pertama kali dengar

ibuintan berkata...[Reply]

hahaha.. lagi hebat namanya, jangan lepas makan kena terajang pulak

macam2 nama rupanya

ibuintan berkata...[Reply]

buahnya memang lebat ckLah, takde sapa pulak yg ambik, saya pun baru tahu buah ni boleh dimakan

saya makan camtu je hari tu, tak perasan pulak ada tempurung nipisnya, rasanya memang kelat pahit, nanti saya petik lagi... nak cuba macam ckLah buat tu

ibuintan berkata...[Reply]

masa kecik2 dulu akak tak pernah lak makan buah ni, memang rasanya kelat dan pahit sikit... akak pun makan sebiji saja

ibuintan berkata...[Reply]

tongah bebuah lobek tu Long... tepi jalan je, takde sapa yg petik

ibuintan berkata...[Reply]

Adol... datang je petik sendiri, boleh ambik bekilo2, bebudak kg ibu ni takde yg tahu makan buah ni, sbb masak ranum tak dipedulikan

ibuintan berkata...[Reply]

hazanis... unik dan cantik buahnya, rasanya juga unik

ibuintan berkata...[Reply]

alin, akak pun baru pertama kali nengok dan makan buah ni... pengalaman baru jugak la ni

ibuintan berkata...[Reply]

cikgu Mairi... camna masak nye tu, buah yg muda ke yg telah masak boleh di masak kari tu, kalau betul sedap nak juga mencuba, buahnya masih banyak lagi tu


kak Zai... saya pun baru jumpa kak, baru berkenalan jg dgn buah ni

ahmad humairi berkata...[Reply]

Ala macam masak kari ikan je.....xyah campu ikan pun xpe...campur bilis je ganti ikan...takpun pecahkan telo ayam je secukup rasa. Buah ninja tu pakai yang cukup tua, baru sedap..tapi yang muda pun ok gak...lemak-lemak bijinya....teraile!

ibuintan berkata...[Reply]

trima kasih cikgu... nanti saya terai

Nisa berkata...[Reply]

Tak pernah tengok pokok/buah rambutan pacat sebelum ini. Kelat tapa, jangan pahit.

Unknown berkata...[Reply]

Nama sebenar nya ialah buah kasai. Rambutan pacat adalah buah yang berbeza iaitu sejenis dengan pokok rambutan tetapi tumbuh didalam hutan dan tak berbulu seperti rambutan biasa.

SitiAs berkata...[Reply]

saya panggil buah mertajam ni.bukan belinjau. Belinjau lain.