Followers

Rabu, 25 April 2012

Pengusaha kantin bidan terjun.

Bila pengusaha kantin buat hal, maka seluruh sekolah jadi kecoh.  Semalam dan hari ini guru-guru dan staff sekolah terpaksa bergilir-gilir memasak.  Bilik guru secara tiba-tiba bertukar menjadi dapur.  Kami terpaksa bergotong-royong secara tiba-tiba....  memasak supaya murid dapat makan di waktu rehat.  Seawal pagi sebaik diberitahu pengusaha kantin dan pekerjanya tidak membuka kantin, maka satu mesyuarat tergempar terpaksa dijalankan.  Menu segera yang cepat dan mudah dirancang.  Keputusan segera dibuat, menu untuk makanan murid ialah mee hoon goreng, air sirap serta keropok lekor.  Untuk pagi tadi pula menunya mee goreng, air sirap serta keropok lekor juga.  Hanya itu yang dapat disediakan asalkan semua anak-anak murid dapat makan  diwaktu rehat.


Pihak sekolah memang menghadapi masalah dengan pengusaha kantin sejak awal tahun lagi.  Banyak aduan ketidakpuasan hati yang dilontarkan bukan saja oleh guru-guru malah oleh anak-anak murid sendiri.  Makanan yang tidak sepadan harga dengan kuantiti, makanan yang sering tidak mencukupi serta servis yang amat mengecewakan.  Sangat lembab. Dah banyak kali teguran dan nasihat diberi tetapi tidak diendahkan.  Pengusaha kantin ini berniaga umpama 'main masak-masak' saja.  Syok sendiri saja.  Bila ditegur, marah... bila anak-anak murid ada yang membawa bekal dari rumah atau membeli makanan di luar sekolah, pun marah juga.  Tindakan untuk memperbaiki keadaan tetap tak ada.


Jalan penyelesaian sementara, mulai esok makanan terpaksa diorder daripada pengusaha kantin sekolah yang berhampiran.  Yang penting pembelajaran anak-anak tidak terganggu.




Maka cikgu2 tak kira yang  bertali leher atau pemangku guru besar sekalipun terpaksa turut serta ke 'dapur segera'. Nasib baik anak-anak murid berpuas hati dan lebih memuji hasil tangan guru-guru berbanding hasil masakan pengusaha kantin yang sebenarnya.  Maka selama dua hari ini,  cikgu di sekolah ibuintan selain dengan tugas rasmi mereka juga bertindak sebagai tukang masak dan pengusaha kantin secara bidan terjun.



Demi anak-anak murid setiap guru berusaha melakukan yang terbaik buat mereka....





2 ulasan:

Dr K berkata...[Reply]

Cikgu mithali!

Pengusaha kantin hantu! Baik tamatkan terus kontrak, lantik org lain yg ramai lagi nak meniaga..

Zaitun berkata...[Reply]

Rasanya masaalah pengusaha kantin ada dimana2, kat sekolah anak kak Zai pun sama. Layan murid macam nak tak nak,makanan terdedah,duit lebihan lambat dipulangkan dan macam2 lagi.Yang bermasaalah bukan tokeynya tapi pekerja dari seberang.