Followers

Rabu, 18 April 2012

Ilmu baru, teknik bercerita.


Tiga hari berkursus, mulai semalam hingga esok, sesuatu yang amat menyeronokkan dengan mengikuti kursus ini. Tidak bosan kerana semua peserta sentiasa turut serta semasa aktiviti berlangsung dalam suasana santai serta diiringi gelak tawa peserta dan pengelola kursus. Kursus teknik bercerita menggunakan bahan.  Amat menghiburkan. Memang sesuai untuk kanak-kanak.


Menggunakan sehelai daun kelapa sambil bercerita tentang dua ekor katak dan di akhir cerita daun kelapa menjadi seekor  belalang.


Menggunakan seutas tali sepanjang 1.5m sambil bercerita tentang ular dan rama-rama.  Rasa sukar pada mulanya sebab pergerakan tali dan tangan mesti seiring dengan jalan cerita. Berbelit-belit dan bersimpul jugalah tali pada mulanya.


Bercerita kisah Lebai Malang menggunakan sehelai kertas A4 yang akhirnya kertas itu membentuk sebuah kotak, manakala kisah Pak Andeh  dan Mak Andeh yang juga menggunakan sehelai kertas  berakhir dengan kertas menjadi model sebuah kapal.

Bercerita  sambil tangan melipat sehelai sapu tangan mengikut jalan cerita


Hasil dua cerita saputangan akhirnya bertukar menjadi model katak dan tikus.


Bercerita menggunakan sayur-sayuran yang berlainan jenis untuk mewakili watak dalam cerita.  Teknik ini yang paling mudah sebab tidak melibatkan aktiviti kraftangan seperti aktiviti yang empat di atas.  Maklumlah tangan masing-masing dah keras, tu yang menjadikan aktiviti 'kerastangan' terpaksa diulang ajar beberapa kali.

Semua teknik bercerita yang menyeronokkan ini dikelolakan oleh empat orang pensyarah dari IPG Raja Melewar Seremban.  Kursus ini anjuran IPG Raja Melewar dan PPD Kuala Pilah.

Kursus ini akan berakhir tengah hari esok namun ibuintan tidak dapat menyertainya sehingga tamat kerana esok ibuintan dan rakan-rakan sekerja akan mengikuti raptai Program Kembara PDRM sempena Hari Polis yang akan berlangsung di sekolah ibuintan pada hari Sabtu nanti.




13 ulasan:

adol ihsan berkata...[Reply]

Salam..

Wow !! Teknik bercerita yang berkesan.. Saya nak cuba nanti .. :)

kaklong berkata...[Reply]

kaklong gahso ponah cubo teknik tu maso kem kek sekolah dulu...aiyoooo aiii..dah lupo lak pulak....(teknik guno A4 tu)

Acik Erna berkata...[Reply]

salam ibuintan..kursus yang seronok tapi sayang tidak dapat mengikutinya sampai habis kan

ibuintan berkata...[Reply]

memang berkesan... kalau yg dah berusia ni seronok, apalagilah kalau kanak2 pulak yg mendengarnya nanti

boleh cuba, memang kretif

ibuintan berkata...[Reply]

tu la Long bilo tak dipraktikkan lamo2 memang buleh lupo.. cubo ingat balik leh ceto ngan anak tu

ibuintan berkata...[Reply]

kak.. sy hanya dapat ikuti sampai pukul 9 saja,tp hari ni hanya untuk persembahan drp peserta dlm kumpulan saja dan kemudian penyampaian sijil serta majlis penutup

Ateh Nour berkata...[Reply]

Sallam Ibuintan,

Sambil becerita sambil buat kraftangan,
susah juga tu perlu tumpuan kan?

kakmah dulu pernah juga buat belalang dari daun kelapa tu,
sekarang ni tak taulah masih boleh buat ke tak?

Kakzakie Purvit berkata...[Reply]

Kakak rasa kursus macam ini memang seronok cikgu. Apa lagi sambil mulut bercerita tangan dan minda kena fikir barang tu nak diolah jadi benda lain. Seronok kan...

Tapi itulah nampak sangat busy belum habis kursus ada agenda lain menanti.

p/s: orkid kakak tanam dan suka lagi cikgu tapi geram tak boleh berbunga cantik macam cikgu punya.

Akak Kembang berkata...[Reply]

menarik sekali tekniknya :)

Zaitun berkata...[Reply]

Tangan kak Zai dah keras, apa kraftangan pun tak kan menjadi hehehe....

Unknown berkata...[Reply]

assalmualikum ibu intan..
lama tak tinggal jejak kat sini...
pasti byk y tertinggal kisah2 ibu..

thanks berkongsi ya.. suka bila baca ttg pembelajaran praktikalkan sesuatu dgn sesuatu menjadi cerita...

PS: moga y baik2 bt ibu skluarga

k'eja berkata...[Reply]

baguslah macam macam sumber boleh di jadikan bahan rupanya.
buat bentuk katak tu sya pandai lah, tp buat bentuk tiku tu hancus

NzA berkata...[Reply]

sangat2 kreatif...kaedah ni mampu menarik minat muridkan.....