Followers

Ahad, 22 April 2012

Program Kembara PDRM 2012.

Aduih menggong dan benggong betul jadinya!.  Dah beberapa hari tak buka blog dek kesibukan dan tiada kesempatan waktu serta kepenatan bila balik rumah, maka hari ni bila ada masa dan semangat nak buat catatan baru, aleh-aleh blogspot dah setting baru rupanya.  Mang aii serba tak kena pulak jadinya. Puas tercari-cari camna nak mula.  Aduih poning palo den! Knapo la blogspot ni asik tukar-tukar pesen yo.


Dah puas terklik-klik barulah boleh taip.  Nasib baik, kalau tak malas dah nak berblog lagi. Tambahan semangat pun turun naik je sekarang ni. Malam tadi cadang nak buat juga catatan baru tentang program semalam tapi dah keletihan sangat, hanya sempat masukkan gambar ke fb sekolah saja.


Setelah berminggu-minggu pihak polis daerah KPilah bertungkus lumus membuat persiapan akhirnya majlis besarnya semalam di sekolah ibuintan berjalan dengan lancar.  Hampir setiap hari sebenarnya pegawai polis ini bermesyuarat dengan pihak pentadbir sekolah, ketua kampung, JKKK dan tok batin.



Ye lah, majlis besar melibatkan boss tertinggi mestilah perlu persiapan rapi, nampak sangat pegawai yang menguruskan majlis ini sentiasa risau dan tegang.  Tambahan menjelang 'hari kejadian' tentatif program asyik bertukar-tukar, malah pagi semalam pun mereka bermesyuarat lagi, kali ini meting bawah khemah saja. Mendengar dan memberi taklimat akhir kepada setiap ketua unit.

Pihak sekolah selaku tuan rumah untuk majlis ini juga tak kurang sibuknya.  Kami dipertanggungjawabkan untuk sambutan iaitu kompang, bunga manggar dan satu persembahan tarian selain mengelolakan aktiviti untuk semua murid.  Sibuk jugalah sepanjang minggu lalu. Hari Khamis lepas telah diadakan raptai penuh.

Ibuintan, beberapa rakan guru lain dan murid-murid bergabung dengan ahli PERKEP, anggota polis serta beberapa wakil JKKK menyertai kumpulan koir.  Kami menyanyi lagu NegaraKu, lagu 1Malaysia serta lagu polis.

Jom lihat warna-warni acara semalam.


                                 Pertandingan mewarna untuk semua murid Pra hingga tahun 6.

                          Antara kereta yang mengikuti Kembara 4WD ke perkampungan orang asli Langkap.

                                            Antara acara sukaneka rakyat.



                             Acara yang paling ditunggu2 oleh orangramai - pertunjukan helikopter.

                             Kan... mendarat saja terus kena serbu, sibuk bergambar dengan pilot dan heli.  Murid-murid dan guru-gurunya dah serbu dulu, awal2 dah begambar dengan pilot dan helinya, sebelum hari kejadian semalam, heli ini telah dua kali mendarat dipadang sekolah ini jadi semalam guru-guru hanya melihat saja ibubapa dan orang kampung yang menyerbu pula. Dapek begambar pun jadilah...


Ketua Polis Negara tiba lebih kurang dalam pukul 12.30 tengah hari.  Selain menyampaikan ucapan KPN juga menyampaikan beberapa bantuan dan sumbangan.  Antara penerima terbesar ialah pesara polis era sebelum dan awal kemerdekaan.  Gambar di bawah sekali ialah gambar KPN bersama rakan-rakan polis yang pernah sama berkhidmat di Balai Polis Kuala Pilah di awal kerjaya beliau sebagai anggota polis.



                   KPN menandatangani buku pelawat sekolah selepas sidang akhbar berlangsung.

Sebagai kakitangan KPM, kesudian Dato Pengarah Jab. Pelajaran NS bergambar dengan sebahagian warga sekolah amat dihargai.  Satu kenangan manis buat ibuintan dapat bertegur sapa dan bergambar dengan bekas guru yang pernah mengajar ibuintan 30 tahun yang lalu, yang kini telah menjadi  boss tertinggi di jabatan. Tersasul juga antara panggilan cikgu dan Dato semalam.

                         Cikgu/Dato Abd Halim b. Abd Razak, masih sihat dan sentiasa mengukir senyuman.

12 ulasan:

kasihibu berkata...[Reply]

memang tersangat meriah tu kak, siap ada heli lagi
sayangnya sya cuma sampai di seremban je 20hb sampai petang tadi.

MulutPayau berkata...[Reply]

meriahnya....

Kakzakie Purvit berkata...[Reply]

Cikgu tak naik heli itu ke? Kakak tak pernah rasa naik heli, kalau ada tempat kakak mesti kakak serbu juga agaknya hihi...

Temuk berkata...[Reply]

Assalamualaikum ibuintan
Macam-macam kumpulan bergabung tenaga, sandar menyandar,
kenal mengenal dan gembira bersama. Pasti bersuasana
seronok, ya? Insya-Allah.

ahmad humairi berkata...[Reply]

Memang penin nengok gaya baru blogspot nih....saya pun kompius!

NzA berkata...[Reply]

masa awalnya sy pn kekok dgn format baru ttp lama2 rasa lebih senang cz semuanya ada disebelah kanan kita.....

Wah ada heli tu..mesti seronok tgk secara dekat.....

ibuintan berkata...[Reply]

sya.. heli tu yg jadi daya penariknya, memang itu yg ditunggu2 oleh pengunjung

ibuintan berkata...[Reply]

meriah tp amat memenatkan

ibuintan berkata...[Reply]

tak naik la kakzakie... masa heli turun kali pertama dan ke 2 tu, saya xde d skolah, masa majlis malas pulak nak serbu sama... sesak

ibuintan berkata...[Reply]

Mualaikumsalam Pak Temuk... memang kami saling membantu, polis, orang kampung juga... seronok tp sangat letih

ibuintan berkata...[Reply]

cikgu... pening lalat juga sy lagi ni, tambahan ntnet slow

ibuintan berkata...[Reply]

Nza... masih kekok jugak lagi ni


heli polis tu memang jd tumpuan ramai, sampai petang pun masih diserbu