Followers

Selasa, 25 Mei 2010

Tak nak tu, tak nak lah.. tak faham bahasa ke!!

Macam ganas saja tajuk entri hari ni kan.
Petang tadi terima panggilan telefon lagi. Seorang rakan sudah beberapa kali memujuk supaya ibuintan join sama bisnes direct selling (MLM) yang disertainya.. Ibuintan memang tidak berminat langsung dengan bisness stail begini, macam-macam kata memujuk dan pamplet yang diberikan, supaya ibuintan berminat sama

. Rakan ini juga rasanya sudah banyak bisnes MLM yang disertainya, tapi tidak nampak juga jutawannya, kereta pun tetap kereta nasional, rumah pun tetap rumah biasa-biasa, pakaian pun sama juga macam kita, cuma yang bezanya dia selalu ke hulu ke hilir siang malam mencari ahli/downline, takkan boleh kaya kot kalau hanya mengharapkan bilangan downline sahaja.

Setiap kali dia melobi macam-macam cerita kejayaan dan kekayaan yang telah diraih (oleh orang lain) dan entah berapa orang jutawan yang dah disebutnya. Tetapi yang dia pula tak juga jadi jutawan lagi. Senang sangat ke nak jadi jutawan?Kenapa gelaran jutawan tu yang menjadi keutamaan mereka? Jenama kereta mewah, pakej pelancongan dan macam-macam lagi gula-gula mereka.

Ibuintan tetap tak berminat dan tidak terlintas langsung untuk turut serta. Ibuintan tidak berminat menjadi jutawan kalau terlalu banyak yang terpaksa dikorbankan..... dan tidak ada jaminan yang mengatakan siapa yang join sahaja MLM pasti jadi jutawan, yang menjadi "hutangwan"  pasti rasanya. Maklumlah ada juga yang membuat pinjaman bank untuk modal perniagaan.  Takut nanti jutawan ke mana, hutang yang mengejar sentiasa.
Duit memang boleh buat apa sahaja tetapi duit juga tidak dapat membeli semua.

p/s : kepada rakanku janganlah melobi ku lagi, aku tdak berminat menjadi jutawan dalam angan-angan yang tidak pasti. aku hanya berminat dengan kerjaya dan kehidupan ku sekarang, aku hanya mencari kebahagian dalam kedamaian.

5 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...[Reply]

Salam..

dulu kakcik pernah terpengaruh untuk menyertai MLM ni. Tapiiiii... hmmmm.. 'bukan senang nak senang..'

Maiyah berkata...[Reply]

hehe.. biar gaduh dlu jgn nyesal kemudian.. gaduh berhemah gitu..

ibuintan berkata...[Reply]

memang betul kakcik , bukan senang nak senang,
takde jalan pintas menuju kesenangan

ibuintan berkata...[Reply]

memang rasa nak gaduh dah,
dah menolak dengan cara lembut dan berhemah tp tetap memaksa

kasihibu berkata...[Reply]

sya pernah kena gini, memeng tak ghoti bahasa tui
sampai sekarang sya tak melayan pun kalau ado yg ajak masuk MLM nih..
x minat