Followers

Rabu, 5 Mei 2010

Tali beg tangan ku putus


Petang semalam sudah masuk, sudah belek, sudah pusing-pusing kedai beg tangan, tapi lastnya tak jadi juga beli, tidak ada yang benar-benar pekenan di hati... ada yang pekenan,  mak datuk haiii harganya perit pulak tambah time gaji sudah panjang ni, sudahlah tak ada diskaun harga pulak  harga mati kutu.....
abah intan ada juga tanya tak ada ke yang berkenan... nak jawab malulah pulak, takut  juga nak minta tambahan darinya, hanya jawab "tak pelah tidak ada yang sesuai"... sebagai isteri takut juga jika abahintan tidak mempunyai wang lebih ketika itu, tidak mahu menyulitkannya... sebenarnya ibuintan terlupa yang abah intan baru keluarkan duit dari ATM sebelum masuk kekedai tu....memang pun masa abah intan bertanya tu macam suruh ambil je satu...
Ni balik dari sekolah tiba-tiba tali beg tersangkut pada handle brek kereta.. tupp terus putus.. waaa  dah tidak boleh guna lagi... menyesal sungguh tidak beli semalam..tadi cita dengan abahintan , dia terus hulur duit.. laa ada duit rupanya.. ......tapi masalahnya bila lagi nak turun Seremban, tunggulah hari Sabtu ni.. esok pagi gunalah dulu beg tangan yang dah lama dalam simpanan tu.. masih boleh guna lagi,.. beg tangan ni pun sudah sepatutnya diganti baru, sudah hampir setahun menggunakannya..terima kasihlah wahai beg tangan kerana telah berkhidmat dengan baiknya,
Wassallam.

1 ulasan:

maiyah berkata...[Reply]

hahaha.. mmg mintak di beli tu..