Followers

Jumaat, 7 Mei 2010

Azim ke wad kecemasan, sesak nafas disebabkan batuk

Salam pagi Jumaat yang mulia,
Sejak balik dari sekolah petang tadi Azim da mengadu batuk-batuk dan mula rasa sesak dan susah bernafas.. beri dia makan ubat batuk dan sapu minyak angin dibelakang dan dadanya...Azim sejak dua tahun kebelakangan ni tidak boleh langsung mengidap batuk cepat saja sesak nafas.. doktor dah sahkan mengidap asma peringkat awal, dah pernah tingal di hospital disebabkan asma.. dulu sejak lahir sihat dan tiada tanda mengidap asma,, cuma sekarang pemakanannya perlu dijaga dan dipantau.. tapi masalahnya dirumah bolehlah dipantau, bila ke sekolah atau di luar dia bebas membeli makanan apa saja... terutama junk food, memang pantang besar buatnya
Sebagai ibu naluri keibuan tu cepat saja risaunya.. tak sanggup menengok nya tercunggap-cunggap menarik nafas.. cepat-cepat beri ubat lega nafas (yang memang ada dalam simpanan) adalah nampak lega sedikit sehingga maghrib tadi.. makan malamnya tadi ibuintan masakkan bubur nasi, habis satu mangkuk kecil, tetapi menjelang pukul 9 malam tadi sesaknya datang semula.. serba tidak kena, baring atau duduk pun tidak selesa, ada batuk tetapi tidak berkahak, tekak pun perit katanya.. jadi tidak sedap hati abah intan pun bawa Azim ke Hospital Tunku Najihah Kuala Pilah.. pergi sedut gas sahaja, doktor kata tidak ada apa-apa masalah, cuma sebab batuk.. hanya setengah jam sahaja di wad kecemasan.. selepas sedut gas terus balik, doktor hanya bekalkan ubat batuk sahaja.
Alhamdulillah, balik dari hospital Azim terus tidur, lena nampaknya dan dadanya pun tidak berombak sangat lagi, juga tidak berdengkur, dapat tidur macam biasa.. ..syukur ya Allah, lindungi dan jauhilah anakku dari penyakit, sihatkanlah tubuh badan dan mindanya.... Amin

1 ulasan:

maiyah berkata...[Reply]

alhamdulillah.. rehat yg cukup ye..