Followers

Jumaat, 14 Mei 2010

Dia nak liwat saya

Salam Jumaat yang mulia,
Selepas rehat masuk kelas 1 Arif, hari ini seperti biasa setiap hari Jumaat kelas B. Melayu dimulai dengan menulis ejaan, murid menulis perkataan yang disebutkan guru, perkataan yang digunapakai pada sepanjang minggu ini , minggu ini tajuk berkisar pada Sayur dan berkebun sayur.. kebiasaannya murid diberi 24 perkataan untuk ditulis.
Sedang aktiviti pembelajaran berjalan tiba-tiba seorang murid lelaki menjerit, "Cikgu, dia nak liwat saya "
ibuintan pun pandang dan panggil murid yang menjerit tu, "Siapa yang nak liwat kamu?" . Murid tersebut tersengih sambil menjawab, " Haikal cikgu".
            Ibuintan, "Dia buat kamu macam mana?
            Murid, "Dia peluk saya" sambil menunjukkan gaya.  meletakkan tangannya ke atas bahu Haikal.
           Ibuintan, "Itu bukan liwat, dia tidak sengaja letak tangannya atas bahu kamu", "Kenapa kamu kata dia
                          nak liwat kamu"
             Murid,  "Iya cikgu saya selalu tengok dalam TV,  kalau nak liwat buat camtu la"
            Ibuintan , "Kamu tahu tak liwat tu apa"
              Murid, "Tau cikgu, peluklah.sebab abah saya selalu peluk ibu saya"
Ibuintan senyum panjang, tak kuasa nak tanya lebih-lebih, takut makin lain jadinya. Tahu yang mereka tidak tahu dan faham makna liwat tu.  Apapun sebenarmya seronok berborak dengan murid tahun satu ni, mereka jujur dan lurus serta ikhlas. Mereka seronok berborak hal keluarga mereka. Tak payah tanya kekadang mereka sendiri datang meluahkan cerita keluarga dan kekadang juga hal rumahtangga ibu bapa mereka. Jangan tak tahu kadang-kadang cerita rahsia ibubapa pun mereka cerita (cerita dalam kelambu)

Moral of the story: kalau ada anak-anak yang berumur bawah 8 tahun yang masih tadika atau tahun satu, jaga baik-baik kisah rumahtangga atau kisah dalam bilik tidur dan satu lagi yang paling penting, jangan tidur sebilik dengan mereka, kita tak tahu bila mereka tidur, tertidur,  pura-pura tidur atau terjaga... jangan cari nahas ada yang menonton dalam samar gelap tu.... mereka tak tahu dan tak faham lagi apa yang mereka lihat, tu sebab mereka seronok bercerita

p/s : dah banyak dengar cerita yang tak sepatutnya didengar tentang kisah rumahtangga ibubapa pelajar, yang ada masanya cikgu pulak yang termalu mendengarnya

4 ulasan:

kakcikseroja berkata...[Reply]

Aduh.. sebab itulah dikatakan, anak2 ibarat kain putih. Ibubapa dan persekitaranlah yang banayk mencorakkan mereka. Kenalah berhati2 agar tidak tersilap corak yang dilekatkan kepada mereka. :)

maiyah berkata...[Reply]

yelah, bebudak skrg punya pemikiran lain sket..

ibuintan berkata...[Reply]

to kakcik,
iye tu memang tugas yang berat,
perlu mencorak dengan baik dan berhemah,
tak boleh membiarkan mereka mencorakkan diri sendiri

ibuintan berkata...[Reply]

to maiyah,
bebudak sekarang dah terlalu terdedah dengan segala macam pembacaan dan penglihatan,
kita ibubapa kena juga menyekat apa yang patut