Followers

Isnin, 24 Mei 2010

Intan ku sayang, penghargaan yang tidak ternilai

Hari ini Intan beri cuti masak lagi. Intan masak untuk makan tengah hari. Intan kata dia belum celebrate Hari Ibu dan Hari Guru untuk ibunya ni. Intan tunggu hari ini sebab dia nak Along ada sama. Jadi pagi-pagi lagi Intan dah desak Along pergi pasar minggu. Dia suruh Along beli seekor ayam dan  sayur-sayuran campur.
Along dengan malasnya pergi ke pasar minggu tapi bila balik dia hanya bawa seekor ayam, terlupa beli sayur. Lagi sekali kena paksa pergi pasar minggu.(pasar minggu hanya 1 km saja dari rumah)

Menu Intan hari ini ialah ayam panggang madu dan sup sayur campur. Begitu semangat dia memanggang ayam mulai pukul sebelas setengah pagi. Harum semerbak aromanya. Lebih kurang jam satu suku hidangan makanan tengah ari siap terhidang. Walaupun dua menu sahaja, ibuintan dah cukup bangga sebab yang menyediakannya ialah seorang anak remaja yang belum pun 15 tahun. Terima kasih yang tidak terhingga untuk Intan, my loving dother....

Sementara Intan sibuk di dapur, ibuintan pula mengambil kesempatan menggunting lima pasang kain untuk baju kurung tempahan jiran dan rakan.

Wassallam.
p/s:  sayangnya Intan tidak izinkan gambar menunya disertakan dalam entri ini.

6 ulasan:

kak wan berkata...[Reply]

tu lah...untung ada anak dara ni.Tak lama lagi intan boleh menjahit pulak.
Tasha buat masa ni cuma boleh di harapkan goreng nasi je.

Kakcik Seroja berkata...[Reply]

Untungnya Ibuintan ada anak dara yang rajin. Ibuintan pula pandai menjahit.. nanti bolehlah kakcik tempah buatkan kakcik baju kurung. :)

ibuintan berkata...[Reply]

tq kak wan,
intan memang suka masak,
menjahit boleh juga, biasanya dia ambil part jahitan leher - mata lalat

ibuintan berkata...[Reply]
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ibuintan berkata...[Reply]

salam kakcik,
bolehlah jahit sikit2,
baju kurung je takde lah banyak,
tempahan baju rakan dan jiran saje,
banyak nanti takut tak terjahit pula

penjejak maya berkata...[Reply]

salam,

alhamdulillah dapat anak sedemikian rupa moga terus menjadi anak yang baik dan mendengar kata orang tuanya..