Followers

Ahad, 30 Mei 2010

Hujung minggu yang meletihkan - Part 1

Semalam dan hari ini memang penat. Semalam ke  Taman Sri Gadong, Kelang menghadiri majlis kahwin anak sedara, anak lelaki sulung abang/kandak Jamlus dan Kak Siti. Bertolak dari rumah dalam pukul 8.30 pagi, perjalanan yang lancar melalui Lebuhraya Seremban  K.Lumpur dan Lbuhraya Elite.

Berhenti sebentar di Hentian Dengkil, alasan abahintan ke toilet tetapi yang wajibnya berhenti untuk merokok sebenarnya. Lebih kurang pukul 11 pagi selamat sampai di rumah abang. Seronok jumpa Kak Long, Kak Ngah, Kak Lang, Bang Teh, Uda, kak chik, Bang Uji dan Adik Mem, semua dengan famili semasing. Cuma adik Choi yang tak hadir sebab sedang bercuti skeluarga ke Medan. Dah plan awal-awal tak boleh batal.

Dah jumpa macam-macam cerita yang diborakkan. Hanya dapat snap bebarapa keping gambar saja, tukang snap gambarnya- Azim pemalu sangat, asyik hilang saja ngan kameranya.

Kebanyakkan menunya stail jawa sebab kak ipar/Kak Siti orang jawa Sabak Bernam.  Anak-anak puji macam-macam ada, dari pencuci mulut ke rojak, petis, rojak buah, kuih muih, lauk pauk dan keropok kerepeknya, semua memenuhi citarasa mereka, sebab kami sampai awal kamilah dulu yang merasmikan. Tapi makan nasi kami lewatkan,

Rombongan pengantin tiba lebih  kurang dalam pukul 1.30 petang,  Disebabklan berborak sakan dengan kakak2 dan abang2, sampai lupa nak mengikuti aktiviti pengantin, tak taupun pengantin buat apa, yang perasan selepas makan pengantin duduk dipelamin untuk sesi bergambar dengan famili semasing.

Sebelum balik baru kami makan nasi, kami bertolak balik ke K. Pilah dalam pukul 3.00 petang. Singgah rehat sekejap untuk sesi abahintan merokok di Hentian Seremban. Abahintan memang tidak merokok di dalam kereta. Dilarang keras.
   Bersama tuan rumah sedondon oren, Bang Uji, Bang Teh dan Abahintan.

SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA KEDUA MEMPELAI.

ps.; sebab ramai sangat anak sedara, sumo dah besar panjang so nama mereka pun tak berapa nak ingat,
      maafkan makcik yo.

2 ulasan:

al-lavendari berkata...[Reply]

salam.

dari Pilah pergi Kelang mesti lalu belakang Lavender Heights, tempat saya tinggal. saya pun asal orang Pilah. lahir di Serting Hilir .. sekarang dah masuk dalam daerah Jempol.

ibuintan berkata...[Reply]

salam tuan al,
memang lalu Lavender heights pun,
suka naik dari simpang ke taman tu di Panchor (selepas nurseri)
suka nengok banglo org2 kaya di sana,
banglo tuan yang mana satu