Followers

Khamis, 20 Mei 2010

Al-fatihah- bila masa ajalnya tiba

Selamat pagi,
Mengantuk sangat dah ni tapi sempat juga jalan-jalan ambik angin malam lagi, jengah ruamh-rumah yang tuan rumanya sudah tidur, dah tido ke? Mestilah dah tido tu, sokgi kan nak kerja, takkan nak tengok bola pula Piala Dunia tak start lagi.
Ibuintan sebenarnya baru balik dari rumah sepupu, kakak sepupu meninggal dunia dalam pukul 9.30 malam tadi. Sejak petang tadi sepupu telah berada dalam koma, sakit kencing manis yang sudah kronik, sudah tua juga, 75 tahun. Anak-anaknya tidak menghantarnya ke hospital kerana melihat keadaannya yang dah koma begitu, cuma sepakat mengadakan bacaan Yassin selepas solat Maghrib tadi. Ramai juga yang datang membacakan Yassin, mendoakan yang terbaik buat pesakit. Selepas hampir sejam selepas bacaan Yassin, sepupu pun menghembuskan nafas terakhirnya. Masih dikelilingi dengan anak-anak, cucu serta jiran yang datang membacakan Yassin dan datang menziarah, allahyarham pergi dengan tenang. Ibuintan menatap sama saat terakhirnya untuk meninggalkan dunia yang fana ini untuk pergi mengadap PenciptaNya.  Hanya doa dan Alfatihah yang mampu diberikan, moga Allah mengampunkan dosa-dosanya. Begitulah ketentuanNya setiap yang hidup pasti akan tiba waktu ajalnya, hanya Allah yang mengetahui, kita hanya mampu bersedia untuk menghadapinya juga. Bersedia dengan bekalan amalan.
ALfatihah, ... Amin.

7 ulasan:

Unknown berkata...[Reply]

salam ziarah..oo cikgu rupernya..tak terlambat nak ucapkan selamat hari guru buat kamu. bertugaslah dengan penuh tanggung jawab dan dengan sepenuh hati.

al fatihah untuk arwah..untung pemergian beliau dapat di kelilingi oleh anak beranak, kerabat dan sanak saudara dan jiran tetangga. semuga roh arwah di tempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.

ibuintan berkata...[Reply]

ala kak ina, cikgu tahun satu je..
iya alhamdulillah, aruah pergi di saat ramai saudara mara, anak-anak dan jiran tetangga masih di sisinya

kak wan berkata...[Reply]

ALhamdulillah pergi dalam keadaan Aman.Al-Fatihah untuk Arwah

Kakcik Seroja berkata...[Reply]

Dari Dia kita datang, kepadaNya kita kembali. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan para Syuhada'. Amin.

fzi berkata...[Reply]

Salam ibuintan...
Al-Fatihah buat arwah...moga roh arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan beramal Soleh...aminnn

Maiyah berkata...[Reply]

al fatihah.. moga rohnya di cucuri rahmat..

ibuintan berkata...[Reply]

alhamdulillah,
semua telah selamat, aruah dikebumikan sebelum waktu zuhur
terima kasih kepada kak wan, kakcik dan fzi