Followers

Selasa, 26 November 2013

Pertemuan kembali

Hari Sabtu lepas ibuintan menghadiri dua majlis kenduri kahwin di dua tempat yang berlainan.  Majlis pertama di hotel Melang Inn, majlis resepsi perkahwinan anak seorang rakan guru yang baru bersara bulan Jun yang lepas.  Kalau dah tuan rumahnya seorang guru maka ramailah kelibat rakan guru yang hadir memenuhi jemputan tuan rumah.




 Tahniah kepada Kak Normah dan suaminya yang menerima menantu.  Pasangan ini ialah rakan rapat kepada suami ibuintan.


Dari Hotel Melang Inn ibuintan bersama dua orang rakan baik bertolak pula ke Dewan Majlis Perbandaran Seremban untuk memenuhi jemputan seorang rakan guru juga.  Beliau juga ialah rakan sekelas ibuintan semasa di kelas menengah rendah dahulu, kami sekelas sehingga tingkatan tiga.  Di sini majlis menjadi pertemuan kembali dengan beberapa rakan lama sejak sekolah rendah yang sudah hampir 35 tahun tidak berjumpa.  Sayangnya ibuintan tiba agak lewat apabila ramai yang telah balik.  Hanya sempat berjumpa beberapa orang sahaja.


 Tahniah kepada Uji (berbaju pink) dan pasangan pengantin.  Uji bergambar bersama rakan sekelas sewaktu di sekolah rendah dan menengah dulu.  Sayang ibuintan tak dapat joint sekali sebab ibuintan sedang makan ketika mereka bergambar bersama pengantin ketika ini.

Bersama bff yang sering berkongsi kisah suka duka dan menangis ketawa bersama.  Moga persahabatan ini berpanjangan.  Tahniah Uji yang telah selamat menjadi mak mertua.  Jadi mak mertua yang baik ye baii!

.... kawan datang dan pergi tapi kawan sejati setia di saat susah dan senang kita.  Terima kasih kepada yang sudi berkawan dan menerima ibuintan sebagai kawan dengan seadanya...


10 ulasan:

ummiross berkata...[Reply]

Masa kenduri-kendara kawan ni memang seronok kan ibuintan, kira kalau ramai kawan-kawan yang datang, macam reunion pulak jadinya.

Zaitun berkata...[Reply]

Bila sudah lama tidak berjumpa tentu banyak cerita yang nak dikongsikan.

NzA berkata...[Reply]

Wah rakan2 dh terima menantu tu kak, nmpk gaya tak lama lagi giliran akak pulak..he3x...

mamawana berkata...[Reply]

Assalamualaikum

Meriahnyer kenduri majlis ini. Nice..

sal berkata...[Reply]

cuti sekolah ni memang banyak kenduri...kadang2 sampai 4 jemputan dlm sehari..terutama hri sabtu

Alongxp berkata...[Reply]

Bak kata orang, panjang umur, jumpa lagi... kan?

insan marhaen berkata...[Reply]

as salam,

lama tak singgah baca di sini.

sedang cari rakan blog lama. tapi kebanyakannya dah tak berapa aktif menulis...

Unknown berkata...[Reply]

Senang yah bisa kumpul kumpul..











Jelly Gamat Gold G Obat Kanker Lambung Tradisional

Unknown berkata...[Reply]

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Unknown berkata...[Reply]

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share foto-foto baju, kain dan accessories, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)