Hari Keempat ... Khamis.
Paling dinantikan. Tak cukup disekolah, difb pun kami bermesyuarat... risau jika yang dirancang tidak berjalan lancar. Seawal pagi senamrobik memulakan aktiviti di hari ke empat ini.
Diterajui oleh Doktor Muda dan murid tahun enam. Senamrobik mengambil masa selama sejam, memang minggu mengeluarkan peluh juga bagi setiap cikgu yang mengikuti semua aktiviti yang dijalankan. Sakit kaki selepas segmen jalan santai 1000 langkah pun tak hilang lagi.
Gimik yang dirancang... bolehla walaupun tak menjadi sepenuhnya. Kebakaran pada mulanya dirancang di dalam bilik ditingkat atas tapi keadaan angin ketika itu yang agak kuat menjadikan sabut yang dibakar tidak mengeluarkan asap, api menjadi marak dan terpaksa dipadam segera sebelum kebakaran benar-benarberlaku.
Loceng kecemasan atau loceng gila segera dibunyikan. Semua warga sekolah diarahkan berkumpul di kawasan padang sekolah.
Jentera bomba beserta enam anggota pun sampai .
Anggota bomba ke lokasi kejadian.
Memadamkan api (kononnya la)
Anggota bomba ke lokasi kejadian.
Memadamkan api (kononnya la)
Membawa mangsa ke tempat yang selamat. hahaha... berpeluh anggota bomba ni sebab mangsa berbadan besar . Kami memilih seorang murid yang berbadan besar untuk dijadikan 'mangsa' atas cadangan pegawai bomba juga dengan alasan mangsa mudah dilihat semasa operasi menyelamat.
Mangsa di bawa ke tempat yang selamat dan seterusnya doktor perubatan dari unit kecemasan pula mengambil tugas untuk memberi bantuan awal kepada mangsa.
Mangsa di bawa ke tempat yang selamat dan seterusnya doktor perubatan dari unit kecemasan pula mengambil tugas untuk memberi bantuan awal kepada mangsa.
Selesai demontrasi pelajar diberi penerangan ringkas tentang cara menyelamat yang telah dijalankan.
Jamuan ringan dan cenderahati diberikan sebagai tanda terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh kedua agensi yang terlibat.
Terima kasih juga kepada dua orang wartawan akhbar Sinar yang sudi datang membuat 'liputan' dan menyiarkan 'berita kebakaran' ini dalam akhbar mereka.... edisi Melaka dan Negeri Sembilan.
Terima kasih juga kepada dua orang wartawan akhbar Sinar yang sudi datang membuat 'liputan' dan menyiarkan 'berita kebakaran' ini dalam akhbar mereka.... edisi Melaka dan Negeri Sembilan.
Selepas rehat aktiviti diteruskan dengan ceramah, pameran dan kuiz terbuka yang dikendalikan oleh juru rawat dari Unit Promosi Jabatan Kesihatan Kuala Pilah.
.....Syukur aktiviti dirancang berjalan lancar. Nampak gayanya kena juga ada bahagian tiga untuk aktiviti hari kelima pula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan