Followers

Sabtu, 5 Januari 2013

Kongsi rezeki sesama makhluk Allah.


 Dia yang duduk kat atas jadi dialah yang merasa dulu.  Durian belakang rumah baru belajar gugur sedangkan durian orang lain dah habis.  Dulu tupai tu  menumpang rezeki di kebun orang kini berkongsi rezeki pula di kebun ibuintan.  Entah sapa yang tumpang sapa tak tahulah. ... yang pastinya tuan tanah dan si tupai tu sama-sama menumpang rezeki  kurniaan Allah.  Pagi semalam hanya gugur sebiji saja, tapi semua ruangnya dah ditepuk tupai, makanya sebiji tu jadi rezeki tupai.  Tuan tanah tak ada rezeki.

Pagi tadi pula adalah dua biji yang gugurnya.  Sebiji dah juga ditebuknya dan sebiji lagi cantik belum berusik.  Maka untuk hari ini dapatlah tuan tanah dan ahlinya merasa seulas sorang.  Barulah pagi ni dapat merasa buah yang asyik diskodeng selama ni.  Tak lah banyak tapi kalau elok cantik gugurnya puas jugalah tuan tanah serta ahli warisnya makan dian.  Hanya sepokok yang berbuah musim ni.

Durian kampung, putih krim warna isinya. Manis dan tebal juga isinya.  ibuintan sebenarnya lebih suka durian kampung dari durian yang terlalu "lemak berkrim"tu.  Tidak bergas dan tidak mual walau di makan banyak.

Dapat jugaklah berkongsi bersama anak si tukang kayu ni.  Duyah datang ke rumah ibuintan mengikut abahnya seorang tukang rumah.  Kami mengupah abahnya untuk membuat sebuah stor barang serta menyambung beranda di tepi rumah untuk dijadikan porch kereta.  Beranda yang ada sekarang hanya boleh muat sebuah kereta. Tunggang langgang jugalah keadaan laman rumah tika ini.  Penuh dengan batu bata, simen, batu dan sebagainya.

Buah rambutan ni juga baru masak.  Pokoknya di sudut kanan halaman depan rumah.  Sebab pokoknya di depan rumah selamatlah buahnya dari dikongsi pula bersama kera.  Kera biasanya datang segerombolan dan sekali hadap saja boleh licin buah pokok ni. Tinggal ranting la jawabnya. Buah rambutan gading ni dah lama abahintan berangan mau menebangnya tapi ibuintan sayang pulak sebab kerap sangat berbuah.  Masalah utamanya ialah dahan dan daun-daunnya yang banyak menjulai ke atas atap porch kereta.  Makin dibuang dahan yang menjulai ke atas atap. makin banyak pula cabang dahan baru yang tumbuh.


.... lindungi dan jauhilah anak-anak gadis kita dari perkara yang menjurus kepada 'ditebuk tupai' .... minta dijauhkan Ya Allah.
 

Khamis, 3 Januari 2013

Sabar menanti.

Assalamualaikum... hari ni penat sangat rasanya. Balik dari sekolah pun lambat hari ni sebab ada mesyuarat sebelah petang.  Sampai je di rumah, tengok-tengok dah ada pulak cucu jiran yang menunggu,  Nak sambung tusyen lagi katanya.  Awalnya dulu cucu jiran ni hanya bercadang nak belajar masa cuti sekolah hujung tahun lepas saja tapi sekarang nak sambung pula.  Ibuintan tanya tak penat ke nanti sebab sekolah sampai petang (belah petang kelas Agama) ... cepat je Ikmal jawab 'tak sebab Ikmal nak kak Intan tolong ajar kerja rumah yang cikgu sekolah bagi'... Ikmal sebenarnya dah beralih cikgu tusyen kepada Intan, "kak Intan lagi baik tak garang'katanya. Hahaha yo la Intan suka melayan sukalah dia.

Lepas Asar pula Abahintan ajak pergi ke Bahau.  Nak hanta repeir laptop yang dah berbulan rosak.  Tak sempat nak menghantar, selalu pergi tapi lupa pula nak bawa laptop tu sekali.  Nii dah banyak kerja baru bising nak repair, Lcd nya saja yang rosak yang lain okey.  "Boleh siap cepat tak?tanya kat teknisyen. "Kalau ada barang cepat, kalau tak ada lambat ma"jawab teknisyen tu.  Alahai... dia beri tempoh paling lewat dua minggu.

testing... testing.... memang sah, ada cahaya tiada rupa!



Kemudian kami berdua singgah pula satu lagi premis.



terbaik... terpampang di cermin pintu masuk ke premis. Kedai seorang rakan guru.  Juga belum ada rezeki mendapatkan apa yang dicari oleh abahintan.   "Esok kita pegi Seremban la" katanya semasa berjalan ke kereta.  Ibuintan senyum je!




Sampai bila nak mengaler je ni cikgu! Aikk... sampai ko rang sumo muak la...