Followers

Rabu, 13 November 2013

Percubaan pertama yang membuahkan hasil yang cemerlang.

Syukur Alhamdulillah... setelah puas menunggu akhirnya penantian pun terjawab. Khabar gembira diterima.  Sepucuk surat yang tebal dan bersaiz besar sampai ketangan ibuintan.  Khabar gembira yang diterima ialah 10 daripada 11 orang ahli Doktor Muda telah lulus dengan cemerlangnya dalam peperiksaan yang mereka duduki pada bulan Julai yang lalu.  Penat lelah sebagai guru pembimbing mereka terbalas rasanya. Paling menggembirkan hati ungkapan kurang manis oleh seorang pegawai atasan terhadap ahli kelab Doktor Muda ini yang dianggapnya anak-anak kampung dan hingusan terbukti tidak benar.  Pegawai berkenaan mempertikaikan ibuintan kerana menghantar calon yang ramai untuk menduduki peperiksaan tersebut dengan alasan mereka baharu menjadi ahli.

Terlebih membanggakan juga mereka mula mengenal Doktor Muda hanya setelah  sekolah mereka diarahkan menubuhkan Kelab Doktor Muda pada bulan Mac yang lalu. Selama empat bulan menjelang peperiksaan itu jugalah mereka yang baharu dilantik menjadi Doktor Muda ini dikenal dan dibimbing menjalankan aktiviti seperti yang dirancangkan dalam Modul yang disediakan.  Guru pembimbing dan ahli Doktor Muda sama-sama belajar dari asas... Modul yang dibekalkan menjadi rujukan utama.  Kami sama-sama belajar dan sama-sama mencari bahan di internet.

Inilah barisan Doktor Muda yang telah menduduki peperiksaan untuk layak mendapat Sijil Doktor Harapan.  Gambar ini diambil semasa mereka menunggu kenderaan Kementerian Kesihatan yang membawa mereka ke pusat peperiksaan di Pejabat Pendidikan K. Pilah pada bulan Julai yang lalu.  Hanya seorang daripada mereka yang gagal dalam peperiksaan yang pertama kali mereka duduki ini.



Terpaksa meminta izin untuk masuk ke dalam dewan untuk mengambil gambar mereka ketika sedang menjawab kertas soalan.  Gambar sebagai bahan bukti ketika membuat laporan aktiviti  tahunan. Calon terdiri daripada ahli kelab Doktor Muda daerah Kuala pilah.

Inilah sijil yang membuktikan kejayaan mereka.  Sijil-sijil beserta lencana Doktor Muda akan diserahkan kepada mereka ketika majlis Hari Anugerah Cemerlang yang akan berlangsung pada pagi esok.  Bertandatangan dua orang Ketua Pengarah dari dua kementerian berbeza... hebat tu.

..... Alhamdulillah, moga anugerah Doktor Harapan ini akan menjadi pembakar semangat untuk mereka terus belajar demi mencapai cita-cita sebenar mereka untuk menjadi seorang doktor suatu hari nanti. In shaa Allah.





8 ulasan:

Unknown berkata...[Reply]

Tahniah IbuIntan..
tapi kesian kan yg gagal sorg tu..mudah2an tidak mematahkan semangat dia untuk terus berusaha..gagal bukan beerti gagal selamanya..insyallah kejayaan menanti di depan.

Acik Erna berkata...[Reply]

Tahniah Ibuintan..berjaya akhirnya

ummiross berkata...[Reply]

Alhamdulillah..tahniah buat ibuintan dan anak didik yang berjaya, tentu jadi pencetus semangat untuk terus berjaya, insyaAllah ada yang berjaya menjadi doktor suatu hari nanti.
Kepada yang gagal, takpe, cuba lagi ye.

Zaitun berkata...[Reply]

Tahniah buat yang lulus juga buat ibuintan yang tak jemu membimbing.

Kakzakie Purvit berkata...[Reply]

Tahniah cikgu. Kakak tahu macam mana perasaan cikgu, gembiranya mengalahkan anak sendiri yg berjaya. Itulah untungnya anak murid kalau dapat cikug yg berdedikasi tempiasnya mereka boleh berjaya tak kira di mana kedudukan mereka..

Tahniah sekali lagi cikgu!!

NzA berkata...[Reply]

Tahniah3x..utk yg berjaya jugak utk guru pembimbing. Moga membuka mata org2 yg memandang rendah pelajar2 di kg2...

makchaq berkata...[Reply]

Makchaq pun tumpang seronok baca tentang kejayaan anak2 didik cikgu.. cikgu apatah lagi...

Semoga anak-anak ni jadi doktor betul-betul nanti..

ibuintan berkata...[Reply]

terima kasih kak Ida, acik Erna, Ummie, kak Zai,kakzakie, Nza dan makchaq... memang sangat bangga dan bersyukur yg tak terhingga setelah mereka sbgai anak kg hanya dipandang sebelah mata saja