Followers

Rabu, 2 Januari 2013

Alhamdulillah... makin bertambah, makin berkurang


Hari pertama yang berjalan lancar, tiada adengan sinetron kali ni.  Semuanya hepi datang ke sekolah.  Harap berterusan begitu.  Selalunya hari pertama persekolahan mesti ada sorang dua yang menangis meratap dan bermuram durja.  Kali ni semua ceria hatta anak  orang jauh dari pendalaman pun takde masalah. Tahun ni ada enam orang anak Asli dalam kelas ni, hari pertama je dah berkawan macam dah kenal lama. Tu la bestnya jadi bebudak... trus jadi kawan.


 Tulis tulis conteng conteng je dulu.... ckgunya sibuk keluar masuk je hari ni

  

Suka dengan situasi begini... relaak dan santai, macam di rumah sendiri






Enam budak Asli dua Melayu .... Amin


 Sorang  ibu yang risau takut anaknya tak makan, sanggup tunggu di kantin sampai waktu rehat.  Biasanya pukul sembilan je masing-masing dah bising lapar,, asyik la tanya bila nak rehat, dah makan lak asyik tanya ....bila nak balik ... tu lah dua soalan yang akan tinggi rankingnya untuk sebulan ni



2hb bersamaan hari pertama mereka bersama cikgunya,  adalah juga hari cikgu mereka  mula mengenal dunia fana ini... maknanya tahun baru baru menginjak dua hari maka umur cikgunya makin panjang dan masanya makin singkat.  Sempena itu juga anak-anak manis ni dijamu dengan nasi ayam ala kadar je.. sebab hari pertama hanya ini yang terjual di kantin.  Dan yang syahdunya selepas doa makan.... dalam nada berlagu  'jemput makan cikgu., trima kasih cikgu, Allah berkatilah hidup cikgu ' doa yang biasa mereka lafazkan semasa di Pra Sekolah .. sebak rasanya


Amin... moga Allah merahmati dan memberkati hidup kita semua.



Selasa, 1 Januari 2013

Yang lama dikenang, yang baru dinantikan.

Alhamdulillah... hari ni cuti umum tahun baru 2013.  Seharian duduk di rumah saja.  Hari ini juga ibuintan mengambil kesempatan mengodek dn belajar menggunakan si Jack kaler putih ni.  Wah... bedesup-desup lajunya.   Selalunya guna mesin jahit pusaka saja, walaupun menggunakan letrik tapi taklah selaju yang ini.  Kelam kabut juga nak mengawal kaki.  Banyak kali benang asyik putus.  Berejam jugak terpaksa mengadap 'U-tiup' belajar cara memasang benang dan mengendalikan mesin ni.  Memang kelakar.  Benang habis segulung tapi baju selai pun tak siap.  Belum berani mencantum baju lagi.


Mesin ni ibuintan beli 2nd hand daripada adik  jiran berhampiran.  Adik jiran tu hanya  pernah  jahit langsir saja, dua tahun lepas.  Gunting kain nak buat  baju kurung dua pasang tapi dua-dua  kain tu  tak jadi baju.  Akhirnya mesin ni jadi hiasan saja di rumahnya.  Adik jiran tu belajar menjahit pun seminggu saja di Giat Mara, belajar jahit baju kurung je.  Bila dah belajar suaminya dengan gembira belikan mesin jahit ni.  Tak ke haru, baru belajar menjahit, baru belajar guna mesin jahit tup-tup dapat pulak mesin industri yang speednya laju cam gini.  Sahlah mati balik semangat adik jiran tu nak menjahit.  Jadi bila dengar je dia nak jual mesin ni, tambah-tambah dengan harga yang spesel, apalagi ibuintan pun tak lepas peluang la... maunya tak spesel pembeli yang letak harga tu.  Harga kira 3rd hand dah bukan 2nd hand lagi....  mesin pun baik lagi macam baru keluar kedai je, bau kedai je yang takde.  Walaupun dah lama aim mesin jahit pesen ni tapi jenama lain, tak kesahlah tak dapat jenama yang diidamkan tu... dapat yang ni pun dah teramat baik. 


Adik jiran tu dah hilangkan buku panduan menggunakan mesin ni, dia pun dah lupa caranya,  tu yang terpaksa mengadap mister You-tube tu.... nasib baik ado!  Taklah tekial-kial bonar.


Dengan adanya mesin ni, maka angan-angan nak bertukar langsir baru harapnya akan menjadi kenyataan nanti.  Wah... gitu.  Oh ye sebelum terlupa... ucapan berjuta-juta lemon manis buat mister abahintan yang sudi menghulurkan 'pengerasnya'.  Love u sooo much.... kira hadiah la ni, takyah la yang laen.  Wah... maen hadiah pulak kan. . ade la tu!!!  Esok kan dua haribulan..........


Ada yang baru (walaupun dah lama) ni, namun jasa dan pengorbanan si hitam manis pusaka peninggalan arwah mak yang sangat berjasa ini akan tetap dikenang sampai bila-bila.  Banyak sangat jasanya dah, banyak juga RM yang dah mengalir masuk.  Akan dikenang dan akan disimpan menjadi satu koleksi antik. Motornya yang banyak berjasa selama ini juga telah ibuintan sedekahkan pada biras yang sekarang sedang kemaruk menjahit juga.  Dia juga menggunakan mesin jahit biasa berwarna hitam.


Yang lama tetap dihargai, yang baru akan diminta sumbangan baktinya pula.  Demi memenuhi minat dan mengisi masa-masa lapang.......