Followers

Sabtu, 16 Mac 2013

Minggu lepas... satu kisah lagi.

Assalamualaikum, apa khabar semua?  Syukur bertemu kembali.  Seminggu berlalu dengan kesibukkan kerja yang membataskan masa untuk berblog.  Macam-macam kerja dan hal yang diuruskan menyebabkan tiada ruang untuk menjenguk blog ini.  Hinggakan masa malam pun masih menyambung kerja.  Minggu yang berserabut.

Minggu yang banyak dihabiskan untuk kerja-kerja kelab Doktor Muda yang baru ditubuhkan. bermula daripada pemilihan ahli, dokumentasi dan juga penyediaan bilik.  Semuanya baru bermula minggu ini dan semuanya juga masih asas saja yang ada, ibaratnya hanya ada kulit belum ada isi.  Maka misi akan diteruskan lagi selagi isi dalam bilik dan dalam fail masih kosong.   Kalau boleh tak nak dengar bebelan menyakitkan telinga dan hati daripada seseorang yang amat 'menjengkelkan'... dengarnya nak datang buat pemantauan.  Dengar namanya pun hati dah sakit.  Datang selalunya bukan memberi komen yang membina tapi memberi komen yang merentap tangkai jantung ramai guru.  Kalau dia tu cakap serupa bikin okey jugak tapi selalunya hanya layak sebagi 'tin kosong' saja. 

 Empat bilik yang perlu diurus.  Bilik ini asalnya bilik kedai buku dan kini telah dikosongkan untuk digunakan sebagai bilik kelab DM.

                               Yang membantu... terima kasih khidmat kalian amat diperlukan lagi.  Tenaga pemuda-pemuda ini diperlukan untuk kerja-kerja pertukangan... ini untuk memasang partisen di bilik rehat atau sakit yang menempatkan dua buah katil bujang.

Antara yang terpilih menjadi ahli.

Susun dan tampal.... aktiviti ahli KDM yang datang petang semalam.

Bergambar dihadapan bilik kesihatan yang di dalamnya terdapat empat bilik yang perlu diselia dan diselenggara. Si manis di depan sekali bukan ahli KDM tapi datang mengikut kakaknya petang semalam.

Bekerja dengan anak-anak kecil memerlukan banyak masa dan tenaga dihabiskan di sini. Hanya suruhan dan tanpa bimbingan semuanya akan menjadi makin kucar kacir, makin kelam kabut jadinya.  


.... jika ada yang hanya pandai memberi komen tanpa memberi bantuan, jangan pula niat ikhlas orang yang dikomen juga dipertikaikan. 







18 ulasan:

Ibu Lala berkata...[Reply]

Kalau bilik cantik baru best nak blajar kan

Acik Erna berkata...[Reply]

Ibuintan..makin banyak kerja nak buat ye..mudsh2an kali ni tak banyak komplen

ibuintan berkata...[Reply]

@Ibu Lala

nak mencantikkan tu yg tak berapa mampu tu ibu lala... tak terbuat dengan macam2 kerja yg lain

ibuintan berkata...[Reply]

@Acik Erna


memang makin banyak kak erna... komplennya tetap ada tu, pasti sangat..

ahmad humairi berkata...[Reply]

Tahniah dapat 'rumah' baru.

Selamat maju jaya KDM.

sal berkata...[Reply]

alhamdulillah dah siap kemas..
moga maju jaya dalam KDM dan lain2 lapangn tugas..

NzA berkata...[Reply]

wah bestnya...mesti yg demam selesa rehat kt situ....jgn ambil kesemptan dah...hehehe...

makchaq berkata...[Reply]

Menarik kelab ni.. 1st time makchaq dengaq.. Mesti ahli2 nya bersemangat kan.. Mudah-mudahan depa jadi doktor bila besaq nanti...

Pengomen tak membina memang ada ja kat mana2.. Memangnyampah, tapi sejak dah otai ni makchaq boleh buat donno je.. Lantak kau la..

ibuintan berkata...[Reply]

@ahmad humairi

dapat rumah baru... kerja pun bertambah, belanja pun bertambah

bertambah rumah untuk dihias

ibuintan berkata...[Reply]

@sal


terima kasih Sal.. harapnya begitulah, berjalan lancar semuanya

ibuintan berkata...[Reply]

@NzA



hehehe... memang ada yg ambil kesempatan, tambah2 ada air-cond

ibuintan berkata...[Reply]

@makchaq

KDM ni memang bertujuan untuk memupuk minat mereka menjadi seorang doktor nanti

pengomen ni biasanya orang sekeliling kita juga, yg suka merendah2kan apa saja yg kita buat, ada saja yg tak kena pada mereka

lizz berkata...[Reply]

seronok buat kerja bersama..tak terasa penatnyerkan...

Tanpa Nama berkata...[Reply]

Kalau kamar (bilik) bagus, anak2 akan semangat untuk belajarnya... salam blogger dari Indonesia

Nur-nba berkata...[Reply]

Terima kasih kak atas ucapan. Moga pemantauan kali ni tiada komplen2 yang menyakitkan hati.. Sepatutnya berilah komen yang membina.

Ibuhani berkata...[Reply]

Biasalah tu.....dlm ramai2 mesti ada yg tukang komen.Sabar jerlah ibuintan!

Zaitun berkata...[Reply]

Harap2 janganlah ada komplen lagi tapi bersyukurlah setelah apa yang orang lain sudah lakukan.

zulaikha megat berkata...[Reply]

ibu intan..kak zu cuma nak cakap.."bertabahlah"..berat mata memandang berat lagi tanggungjawab yg diamanahkan..