Followers

Sabtu, 30 Mac 2013

Bersantai seharian di Port Dickson.

Selamat pagi.... pagi ni ibuintan dan keluarga bersarapan ringkas sahaja.  Menu sarapan pagi hari ini ialah puding roti bakar.  Harum semerbak bau roti dibakar memenuhi ruang dapur pagi ni.... makan panas-panas lagi sedap, ibuintan suka keranggupannya.  Roti lebihan membuat sandwich yang dibawa ke Port Dickson hari Khamis lepas.


Hari Khamis lepas kami sekeluarga bercuti sehari ke Port Dickson.  Bertolak seawal pukul sembilan pagi dari rumah.  Kami pergi dua keluarga, keluarga ibuintan dan keluarga adik.  Melayan anak-anak yang hendak mandi laut.  Tetapi di sana kami lebih banyak menghabiskan masa dan mandi di kolam saja sebab mengenangkan cuaca yang sangat panas sekarang ni.  Sampai saja di Port Dickson kami terus ke Mayang Sari Resort.  Kami tidak menginap di sana cuma kami pergi mandi manda di kolamnya saja.

Sebab budak ni... kami memilih mandi  di kolam saja tak ke laut.

Puas anak-anak mandi dan berendam dalam kolam ni.  Orang pun tak ramai hanya ada beberapa keluarga lain saja yang mungkin menginap di sana.  Bila tinggal hanya kami saja, apalagi semua pun turun ke dalam kolam. Berendam sepuas hati, ditambah pula cuaca tidak berapa panas.
 

Dah puas mandi, apalagi buka bekalan yang dibawa.  Berkelah pula di wakaf yang disediakan. Macam-macam bekal ada... ibuintan siap bawak mangkuk tingkat tu, senang angkut satu bekas saja tapi isi lain-lain. Keluarga adik pula bawa nasi berlaukkan rendang ayam.

Kami di sini sampai pukul dua setengah petang.  Dari sini kami ke Dataran Teluk Kemang pula. Dah sampai PD mesti nak ke sini jugak.  Anak-anak adik nak main di pantai pula.  Di Bagan Pinang tempat yang kami singgah pada awalnya, laut ketika itu masih surut, airnya jauh ke tengah lagi jadi anak-anak tak dapat bermain air di pantai.

Adik dan isterinya melayan  dua anaknya bermain air.

Anak-anak ibuintan pula melayan anak tekak dengan air batu campur... memang sesuai sangat dengan cuaca yang panas di pantai tu.

Ibuintan dan suami pula hanya membuat lawatan  gerai ke gerai saja dan  sebagai kenangan belikan anak adik baju berlambangkan PD untuk dipakai seharian.

Gerai ini yang paling menarik minat ibuintan.  Mulanya sekadar menjeling-jeling saja ke gerai ni, namun akhirnya tewas juga.  Terpaksa juga melayan tekak.. air liur dah kecur...  tiga peket RM5.  asalnya pilih tiga peket saja tapi yang keluar RM10 dari poket maka dari tiga menjadi enam. Hehehe ,.... ibuintan memang selalu tewas dengan bau air jeruk ni.

 Kami menempuh hujan yang amat lebat bermula dari highway PD hingga melepasi Bukit Putus.  Selepas Bukit Putus kami menempuh jam pula, dari Bukit Putus ke Tanjung Ipoh kami mengambil masa melebihi satu jam.  Hampir pukul enam petang kami selamat sampai di rumah.  Syukur selamat sampai walau agak lewat disebabkan jalan jammed.


..... walau sekadar mandi manda di kolam, namun yang penting anak-anak gembira dan enjoy.



15 ulasan:

zulaikha megat berkata...[Reply]

seronok kak kan kaludpat bersama keluarga..

saya pun kecur liur tgk jeruk tuh..

lizz berkata...[Reply]

waa bestnyer pi port Dickson

Daddy Ziyyad berkata...[Reply]

Jalan Bkt Putus tu kalau jem, mmg terukkan...nak nak time cuti raya/weekend..

Boleh masuk begitu saja ke ke Myg Sari Resort tu nak gi mandi kat pool dia? hihihih...

ibuintan berkata...[Reply]

@zulaikha megat

seronok berkumpul melayan ragam anak-anak

lemah dengan godaan jeruk..hahaha

ibuintan berkata...[Reply]

@lizz


datanglah mandi manda dan jalan-jalan.. tp cuaca panas sangat ni tak selesa juga

ibuintan berkata...[Reply]

@Daddy Ziyyad


hampir setiap hari jam skarang ni Dr... sibuk memanjang hujung minggu lagi la

hehehe akak member kat situ... dah beli satu unit aptment

MulutPayau berkata...[Reply]

Betul tu Ibuintan...yg penting anak happi dan enjoy..
Saya pun kecur jugak tgk jeruk tu....mmng tergoda..

nadz berkata...[Reply]

Salam ibuintan,
memang pun, hati puas dapat bawa anak-anak berjalan-jalan, lebih-lebih lagi berhimpun adik beradik...

makchaq berkata...[Reply]

Nafisah selalu ajak pi berkelah, tapi semua asyik sibuk memanjang... kalau pi dua tiga orang saja tak best la pulak...

NzA berkata...[Reply]

seronoknya p brkelah ramai2 camtu....lama dh xp mandi pntai...huhuhu...

fatal1ty berkata...[Reply]

salam,
Amalkan makanan sunnah?

Sila layari http://ijustbought.blogspot.com/
Facebook http://www.facebook.com/TimurTengahEnterprise
untuk berbagai produk dari timur tengah.

Terima kasih.

Ibuhani berkata...[Reply]

Kami pun lama x ke PD. Hujan??? Rahmat tu.... Pilah lamo x hujan ni....

ummiross berkata...[Reply]

Seronoknya dapat bercuti dan berkelah dengan keluarga, menjalin ukhwah.

Zaitun berkata...[Reply]

Kak Zai pun peminat tegar jeruk hehehe...

BUNDA a.k.a KN berkata...[Reply]

assalam, bunda dan anak2 dah lama tak gi port dickson..