Sepanjang satu hari tu kami belajar membuat sebanyak 24 jenis bahan. Kalau rajin membuat semua yang disarankan memang meriah kelas jadinya. Tapi sebenarnya sebahagian besarnya ibuintan dah tahu dan lama buat... di sekolah lama la, di sekolah baru.... baru mula buat.
Hari Selasa pula ibuintan mengikuti kursus TOT .. training of trainers untuk guru pembimbing Kelab Doktor Muda di Institut Latihan FAMA,Port Dickson. Pun best jugak sebab lain daripada kursus yang biasa dihadiri. Kami mula melapor diri di IL FAMA seawal pukul 9 pagi Selasa. Ibuintan dan rakan-rakan dari Daerah Kuala Pilah pergi ke sana menaiki kenderaan Jabatan Kesihatan. Dari Kuala Pilah seramai 8 orang sahaja termasuk dua staff nurse. Kursus sehingga pukul sebelas malam.
Semua guru didedahkan dengan cara dan aktiviti yang akan dijalankan semasa mengendalikan Kelab Doktor Muda. Banyak ilmu yang dikutip sepanjang dua hari setengah mengikuti kursus. Kursus di bawah anjuran Kementerian Kesihatan dengan dikendalikan oleh anggota kesihatan sendiri seperti doktor, jururawat serta daripada guru pembimbing yang telah lama mengendalikan kelab ini di sekolah mereka. Ibuintan yang sebelum ini zero dan sangat terkejut bila tiba-tiba mendapat surat arahan menjalankan Kelab Doktor Muda kini berasa lega setelah mendapat pendedahan dalam kursus ini. Banyak yang dipelajari dan akan dicuba secara beransur-ansur.
Sepanjang berkursus ibuintan menginap di bilik ini, untuk empat orang, nasib baik sorang teman sebilik yang juga pegawai di PPD tidak hadir... kalau tidak mau tak lolap tido..... kami bertiga tersangat2 bersyukur dengan ketiadaannya
Diajar tentang teknik dan cara menggosok gigi yang betul
Doktor gigi ni...
Intro sebelum memulakan ceramah tentang ubat-ubatan
Ceramah tentang penyakit bawaan nyamuk ,... penceramah ni orang kampung ibuintan ni tapi tak tahulah samada dia kenal ibuintan atau tak, rasa-rasanya macam tak kenal je... ayahnya Pak Din penyanyi lagu bongai
Belajar juga tentang pertolongan cemas...
Bergambar di akhir sesi.
Dengan arahan yang diterima dan berbekalkan ilmu yang baru diperolehi maka hari Jumaat lepas juga telah dijalankan pemilihan ahli yang bakal menyertai Kelab Doktor Muda. Ibuintan jalankan pemilihan dengan meminta seramai 20 orang murid yang berpotensi menulis satu karangan ringkas tentang diri dan cita-cita mereka. Berdasarkan hasil karangan serta kebolehan mereka maka hanya 14 orang sahaja yang terpilih. Murid yang menulis cita-cita menjadi doktor layak serta merta sementara yang bercita-cita selain daripada doktor terpaksa dijalankan satu temuduga pendek. Maka bermulalah satu lagi tugas yang perlu tindakan segera.... memulakan yang baru pastinya banyak yang perlu dilakukan.
Bekalan bahan untuk aktiviti kelab yang dibekalkan. Akhirnya disebabkan banyak barang yang perlu dibawa balik, maka ibuintan terpaksa menumpang kereta seorang rakan dari sekolah lain, kenderaan yang di sediakan jabatan kesihatan tidak dapat menampung penumpang serta bahan yang dibekalkan ini.
.... harap semuanya berjalan lancar.
13 ulasan:
Seronok saya baca cerita cikgu ni...rasa saya pulak yg p kursus tu...:)
Salam ibuintan, seronok nampak kursus TOT tu, tentu teruja nak jalankan Kelab Doktor Muda, tambahan bila kita sebagai perintis di sekolah, selamat maju jaya.
bertambah tambah lagilah kerja cikgu yer..
tapi xpa besar pahala nya dapat menyedarkan murid murid tentang kesihatan dan kebersihan..
@azi
memang seronok kursus ni Azie... santai je, banyak dapat ilmu dari bidang lain pula
@ummiross
dalam terujanya... tentu terlalu banyak kerja2 yg perlu dilakukan, apalagi sebagai perintis
@zulaikha megat
insya allah Zu... moga semuanya berjalan lancar
assalam,
salam ukhuwah dan salam kenal...
Assalam ibuintan
Seronok dan bermanfaatnya kursus sedemikian itu. Hihi, yang sepatutnya jadi pemilik katil no.4 yang tak datang tu rajin berbual ke, ibuintan?
Ilmu ditimba kemudian kena curah balik cikgu. Begitulah tanggungjawab. Tapi itulah banyak betul yg kena angkut kakak rasa kalau tiga org cikgu dah penuh bonet kereta:)
suka la part bahan2 yang dihasilkan tu... kreatif sangat...budak2 mesti suka
Seronoknye nampak kursus kursus tu. bertambah la ilmu di dada
wah kreatifnya kak...colourful....
betul lh kelas thn 1 mmg ceria.
wah byk sungguh barang yg dibekalkan.jasa guru mmg tak terbalas.
Catat Ulasan