Followers

Khamis, 28 Mac 2013

Buang membuang apa yang patut.


 Cuaca hari ni panas sampai ke petang.  Terik dan membahang. Petang tadi kami sekeluarga membuat operasi mengerat dahan-dahan pokok cempedak di hadapan rumah.  Banyak dahan yang sudah besar dengan daunnya yang merimbun menjadikan kawasan hadapan rumah seakan gelap.  Daun-daun yang terlalu banyak yang gugur juga menjadikan jalan ke halaman rumah nampak tidak terbela.  Tak sempat menyapu daun-daun kering setiap hari.  Abahintan bercadang untuk menebang terus pokok cempedak ini disebabkan buahnya yang sudah tidak berapa elok.  Buahnya banyak yang busuk sebelum sempat masak. Operasi petang tadi menjadikan sebahagian besar pokok ini telah  tidak berdahan lagi.  Disebabkan mengemas dan membuang dahan dan ranting memakan masa maka abahintan tidak sempat menebangnya.  

Sementara abahintan memotong dahan dengan dibantu oleh Along dan Azim, ibuintan pula mengambil kesempatan membelek semula pasu-pasu bunga yang sebelum ini menjadi tempat teduh musuh tanaman.  Kalau sebelum ini siput babi yang menjadikan pasu tempat persembunyiannya telah dikorbankan, saki bakinya yang masih ada sanggup memanjat lebih tinggi lagi.  Pokok orkid yang tinggi pula menjadi tempat teduhnya.

      Entah berapa hari perjalanannya untuk sampai ke paras hampir enam kaki ni.

Sebelum ini pasu-pasu besar ini menjadi tempat persembunyiannya untuk bertelur.


Kumbang kuning ini juga tak kurang hebatnya sebagai perosak, kumbang ini musuh nombor satu ni.  Kalau jumpa saja pasti ditangkap dan dijadikan sumber protin kepada si ikan kaloi.  Kalaulah kumbang ini hinggap pada putik bunga, habis dimakannya tinggal tangkai la jawabnya.

Selesai menggemas dan membuang semua dahan dan ranting-ranting, abahintan dan Azim membuat pula operasi mengait buah kelapa muda.  Dapatlah setandan, dalam empat biji saja yang masih elok dan selebihnya dah ditebuk tupai.




Masih lembut isinya.

Hilang dahaga.  Sejuk nyaman saja bila lalu ditekak.
 
Petang esok  akan diteruskan dengan menebang pokok cempedak pula.  Kalau cuaca mengizinkanlah sebab beberapa hari sudah setiap petang hujan turun dengan lebatnya.

 Pagi esok cadangnya kami sekeluarga akan bermandi manda dan bercanda di sebuah tempat percutian di Port Dickson.  Kami asalnya tiada rancangan untuk bercuti di mana-mana semasa cuti sekolah kali ini tetapi rancangan percutian sehari esok adalah atas  ajakan dan rancangan adik  lelaki dan keluarganya.  Jadi kami pun setujulah demi meramaikan dan memeriahkan lagi aktiviti mandi manda mereka.







9 ulasan:

sal berkata...[Reply]

cuti sekolah inilah peluang kita membuat aktiviti sebegini..seronok keluarkn peluh..

azieazah berkata...[Reply]

Ahaa memang patut dibuang tu. Kata orang, tabur serbuk arang siput babi boleh hilang. Dulu la... masa kat kampung kami buat cenggitu. Sekarang taktau la boleh guna lagi ke tidak cara tu.

Kelapa muda tu aduhaiiii...

Haaa? nak mandi manda di PD. Jeles niiii :)

ummiross berkata...[Reply]

Salam bertemu dan bertamu kembali ibuintan..

Sekali-sekala bergotong-royong anak beranak best juga walaupun penat, yang penting...kerjasama.

Rumah di Putrajaya yang ummi baru duduk ni pun banyak sangat siput babi,boleh lah try guna petua azizah tu nanti.
Selamat bercuti..

MyFreeMinded berkata...[Reply]

oh ada caranya ye.. iNsya Allah akan apply kan cara yang azieazah kongsikan itu.. Best kan penat2 then minum air kelapa muda...

suka pokok orkid sebab bunganya cantik..

ibuintan berkata...[Reply]

@sal

betul tu Sal... hari cuti ni lah dapat membuat kerja-kerja mengemas kawasan luar dengan lebih banyak

ibuintan berkata...[Reply]

@azieazah

kalau saya pulak guna garam kasar... tabur garam di kawasan yang ada siput, memang cepat matinya

ibuintan berkata...[Reply]

@ummiross


betul tu yang penting kerjasama kan .. bergotong-royong sekeluarga namanya

ibuintan berkata...[Reply]

@MyFreeMinded


petua Azie tu boleh juga dicuba tu kan... skarang musim siput babi agaknya, banyak jumpa telurnya dalam pasu bunga tu

Ibuhani berkata...[Reply]

Air kelapa tu campur gula melaka n ais........amboiiiii sodap tu, ibuintan!