Yang sebenar-benarnya sepanjang minggu ni, ibuintan sebenarnya sibuk hingga ke petang. Setiap petang sepanjang minggu ini menghantar Intan ke kelas memandu keretanya. Bukan setakat menghantar saja tapi menunggu juga hingga selesai.
Ni hari pertamanya belajar memandu kereta. Langkah pertamanya belajar pusing-pusing saja dulu di tapak pasar tani ni. Selepas lapan pusingan terus dibawa ke jalan raya. Dapat pula cikgu yang muda belia... anak tokey tu yang mengajar, hari pertama Intan dah mula pecut hingga 60 km, aduhai berani sungguh budak ni, cikgunya pun satu... asyik suruh tekan minyak je. "Ala bu... jalan lenggang je, 60km pun bukan laju' selamba je dia. Pelajaran yang amat menggembirakannya. Seronok sakan dia bercerita.
Sebab lambat mula belajar walau dah dapat lesen L, toke kelas memandu tu
terpaksa membuka 'kelasnya' untuk Intan pada setiap petang. Terus
menerus selama seminggu. Disebabkan keinginan yang kuat hendak mendapat lesen kereta, ditambah pula dengan keberaniannya, nampaknya Intan makin cekap, belajar parking pun nampaknya mudah baginya. Tak ada tiang-tiang yang dicacakkan yang tumbang dilanggarnya.
Harapnya nanti sekali ujian saja terus lulus. Ibunya dulu menggigil kepala lutut, tu sebab terpaksa dua kali mengambil ujian bukit.
Pagi tadi pula, ibuintan berada di sekolah mesyuarat dan bengkel PBS. Menjelang tengah hari baru balik. Sebab dah lambat langsung malas pergi kenduri akikah di rumah jiran. Dah malas pergi kenalah masak untuk makan tengah hari. Lepas Zuhur cadangnya nak ke majlis suaikenal group fb Kelab Anak-anak Negeri Sembilan di Seremban tapi datang pula adik sekeluarga. Mereka balik dari rumah kenduri lalu singgah di rumah ibuintan. Borak-borak sampai pukul lima setengah.
.... jeles dengan sahabat yang boleh berblokwalking semasa waktu bekerja.
11 ulasan:
bnyknya tugas sampingan..saya pun begitu juga..
harap2 semua urusan berjalan lancar..
samolah kito bu. maso dah cam tak banyak lai nak kohulu kohilir haha. Bu. tu tapak pasar tani kek pilah ko. macam basten yo kek bolakang tu. uishh.. lamo boto tak makan cendol.
@sal
insya allah ... moga semuanya berjalan lancar
bila makin byk kerja sampingan, terasa sangat keletihannya sekarang ni
@ibundo
yo KakPah... tapak pasar tani belakang basten Pilah la tu... balik la, cendol basten sentiaso ado nunggu
berapa umur Intan ? .. cepat dia belajar kereta.
keretanya dah ada ke belum ?
terima kasih kerana masukkan gambar saya dan linkkan sekali ... malu sey bila dikato femes tu !
banyak lagi program yang akan KAANS buat .. nanti berjumpalah tu. Insya-Allah.
assalamualaikum kak..
tak lama lagi bila intan dah lulus blh le akk relax sebelah pemandu..
dah nama ibu..berkorban apa sahaja..
@al-lavendari
-sedang nunggu keputusan SPM.
- dio tongah aim kereta ibunya.
- apo nak malu lak... memang femes kan, banggo sey tu ado waghih KAANS yg femes di blogger
Insya Allah ada masa n peluang bolehlah jumpa nanti
@azlina
Mualaikumsalam Ina... tu la dah berangan benar jadi pemandu ibunya tu
Kalau berani, cepatlah Intan dapat lesen memandu nanti, insyaAllah,lepas ni bolehlah bawa ibuintan ronda2 kan.
Ummi kadang2 komen tak berbalas juga sekarang ni ibuintan., tapi tetap tekad akan membalas kunjungan, hehe..
Terima kasih sudi singgah blog ummi walaupun dalam kesibukan.
Nana br jer nk mula......br nk ambik L....hehehe.....smoga intan lulus ujian memandunya nanti ye!
moga cepat lulus dan dapat lesen.
Catat Ulasan