Balik joging pagi tadi singgah Pasar Tani Pilah. Beli kuih-muih dan mertabak untuk anak-anak. Untuk lauk pauk pula beli burung puyuh salai. Beli juga tiga ikat pucuk pegaga dan dua ikat terung telunjuk.
Sah la, menu tengah ari tadi... gulai puyuh campur pucuk pegaga. Dah lama tak makan gulai puyuh. Harga sekor puyuh daging yang telah siap disalai ialah tiga ringgit setengah, beli tiga ekor sepuluh ringgit... seikat pucuk pegaga pula seringgit setengah, mahal rasanya tapi sebab sendiri malas menanam, beli juga lah, jangan komplen... beli tiga ikat dengan harga empat ringgit. Seikat untuk dibuat jus pegaga.
Masak juga tomyam campur, tom yam campur ini untuk memenuhi permintaan Azim, dah beberapa kali menyebut. Guna sayur dan bahan-bahan yang ada dalam esbok saja. Menghabiskan stok yang sedia ada..
Terung telunjuk pula digoreng cili api bersama ikan bilis dan tempoyak. Resepi warisan arwah uwan. Arwah uwan suka goreng terung ni sekiranya ada stok tempoyak. Pedas tapi sedap.
Menu ringkas untuk makan tengah ari tadi. Malam ni pula ke majlis kenduri doa selamat. Dengarnya ada lauk kambing, tapi saya tak makan daging kambing.... . belum terbuka selera nak makan lauk kambing.
17 ulasan:
simple pun sidap..ngan budu pun jadi
Sedapnya...
sedapp lauk kg ni kak :)
Saya tak pandai lak makan puyuh gulai ni. Biasa makan yang goreng saja. Mesti sedap tu kan?
Harus cuba nanti.
sgt menyelerakan menu akak tu...
saya peminat daging kambing tau kak..sedap!!!!
Assalam ibuintan..mula2 dulu kakak bagi tau..masak terung telunjuk ngan tempoyak..akak pelik jugak..rupanya..ibuintan pun sama ye..tentu sedap kan..
Iman.. simple je lauk kg, ibu tak makan budu la... cencaluk dan belacan juga
tak terbuka hati lagi nak mencubanya
ckLah.. sedap pada yng bertekak kg cam akak ni
Princess Nur... suka jugak ke lauk2 kg ni
azie,,, buat rendang pun sodap
boleh cuba, apa salahnya
Nza,...entahla, akak tak bolehlah lauk kambing ni, pernah mencuba tapi tak 'terlayan' juga
kakerna.. sedap, boleh digoreng atau gulai juga
boleh juga gulai dengan ikan salai
sodapnya..
nak singgah makan..
ibu , ko tak nak makan kambing bagi kat cik ina, cik ina suka sangat. amboi sedapnya masak lomak puyuh campur pegaga. tetiba je tau cik ina lapau.
kak,kok namo ea torong,kaklong memang suko..masak apo pun tak kisah...yang ponting sodap...sampai,klu blk kg,omak kaklong mesti masak gulai atau pajeri torong,dio tahu kaklong hantu totong...heheh
eheh~
umang sodap e puyuh salai tu. kono pulak ngan pucuk pegago. meleleh air liyo ni..
salam ibuintan: kami sekeluarga pun suka gulai puyuh dgn pegaga tu......sodap!
Catat Ulasan